I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, August 24, 2012

Sutera Baldu : Episod 20

Daiyan merenung tajam wajah Izzah. Soalan pertamanya langsung tidak dijawab. Gadis itu buat tak endah sambil memandang terus ke arah luar. Perasaan geram terhadap gadis itu semakin membuak-buak.

"Eh, kau tak dengar ke aku tanya ni? Kenapa kau pilih aku?!" Suara Daiyan sedikit kuat.

Izzah masih memandang ke luar. Sebolehnya dia tak mahu menjawab pertanyaan Daiyan. Dalam hatinya semakin berdebar-debar. Dia tahu bahawa Daiyan tidak pernah sukakan dia. Dan dia tahu bahawa wanita yang dicintai oleh jejaka di depannya adalah Iman.

Semenjak Izzah mengetahui hati Daiyan sudah dimiliki oleh Iman, perasaan benci mula menguasai hati Izzah terhadap Iman. Semakin lama, semakin meluat Izzah terhadap Iman. Tambahan pula Iman kini tinggal serumah bersamanya.

"Kau memang nak cari pasal dengan aku kan?!" Laju Daiyan merentap pergelangan tangan Izzah. Digenggam kuat tangan itu. Izzah terperanjat dengan kelakuan kasar Daiyan. Izzah cuba melepaskan tangannya daripada genggaman Daiyan. Dia mula berasa sakit dengan cengkaman tangan Daiyan yang kuat.

"Daiyan..Please..Lepaskan tangan I. Sakitlah! Pleaseee.."

Izzah cuba merayu pada Daiyan supaya melepaskan tangannya. Sesekali dia memandang Daiyan. Mata itu tajam merenungnya. Izzah takut melihat mata Daiyan yang kelihatan merah akibat terlalu marah. Benar, tangannya kini benar-benar sakit.

Mata Daiyan tepat memandang cincin yang disarung pada jari manis Izzah. Izzah turut memerhati cincin itu. Please, Daiyan.. jangan buat hal kat tempat yang ramai orang ni..

"Cincin ni! Cincin ni tak layak ada dekat jari kau! Kau tak layak jadi tunang aku!!"

"Daiyan..Ramai orang tengok kita ni. Please, lepaskan tangan I dulu. Tangan I sakit ni.."

Rayuan Izzah langsung tidak dilayan. Malah cengkaman Daiyan semakin kuat. Bulat mata Daiyan memandang gadis di depannya itu.

Daiyan menarik Izzah keluar dari Cafe tersebut dan menuju ke taman yang berhampiran. Tangan Izzah tetap tidak dilepaskan.

Mereka sampai di taman yang berhampiran dengan Cafe tadi dan jauh sedikit daripada orang ramai.

"Now, lepaskan tangan I." Izzah cuba menarik tangannya. 

Daiyan melepaskan tangan Izzah dengan kasar. Tubuh anak gadis itu sedikit tertolak ke belakang. Daiyan lantas berpaling mengadap ke arah lain. Semakin meluat dia melihat wajah perempuan itu. Izzah menggosok-gosok perlahan pergelangan tangannya yang merah. Terdapat kesan genggaman tangan Daiyan di situ.

Diusap-usap cincin di jari manisnya. Cincin itu yang mengubah segalanya. Kini dia sudah sah menjadi tunangan Daiyan. Dia memandang Daiyan yang kini membelakangi dirinya. Izzah melepaskan keluhan.

"I dah lama sukakan you. Dari kita tahun satu lagi, I dah lama perhatikan you. I memang cintakan you.."

Tersentap dengan pengakuan Izzah itu, Daiyan segera berpaling mengadap Izzah.

"Eh.. Kau tak payah nak cakap cinta-cinta la dengan aku. Kau cintakan apa sebenarnya? Aku tak ada apa-apa pun. Sampaikan ayah aku tu pun berhutang dengan ayah kau sekarang. Ni, aku ni barang gadai ayah aku tahu tak!" bentak Daiyan.

"Daiyan.. Tak baik you cakap macam tu. Papa I cuma nak bantu family you. Kami tahu family you sekarang..." Izzah belum sempat menghabiskan kata-katanya, Daiyan sudah mencelah..

"Ahh!! Bantu apa kalau macam ni?!! Kau tahu apa balasan yang ayah kau minta? Dia nak kahwinkan aku dengan kau! Kalau ayah aku tak setuju, ayah kau tak nak bantu keluarga aku, tahu tak?! Aku ni dah macam buah dadu yang orang asyik main lambung-lambung je.."

Izzah terkelu. Semuanya kerana dirinya yang meminta agar disatukan dengan Daiyan. Cuma itu sahaja peluang untuk dia dapatkan Daiyan dan menjauhkan jejaka itu daripada Iman. Daiyan harus menjadi miliknya.

"I tahu you tak cintakan I. Tapi bukan ke cinta tu boleh dipupuk?" Izzah cuba memujuk Daiyan. Tubuh yang tinggi lampai itu didekati.

"Nak pupuk-pupuk apa lagi? Aku memang tak cintakan kau sebab aku cintakan orang lain. Aku cintakan Iman!"

"Lagi-lagi Iman! Lagi-lagi Iman! Iman tu dah tak ada apa-apa ikatan dengan you! You sekarang dah jadi tunang I, bukan dia!"

Suara Izzah nyaring. Perasaan sakit hatinya tak dapat dikawal apabila nama yang begitu pantang menyapa telinganya disebut oleh Daiyan. Nama 'Iman' seakan-akan merobek hati merahnya. Terlalu sakit apabila dia mengingati kembali semasa dia terserempak dengan Daiyan dan Iman di shopping mall Mines dua minggu yang lepas. Mereka kelihatan begitu mesra membuatkan hati Izzah benar-benar meluat.

Perasaan benci mula timbul kerana kawan yang dianggap baik telah menikam dirinya daripada belakang. Izzah pernah meluahkan perasaan sukanya terhadap Daiyan di hadapan Iman ketika mereka sama-sama menyertai kem Rakan Muda pada tahun satu dulu. Tapi kini hati lelaki itu dah dimiliki oleh insan yang dianggap teman baiknya. Sungguh, dia tidak dapat menerima kenyataan tersebut. Daiyan hanya miliknya seorang..

"Kau yang musnahkan segalanya. Kalau kau tak setuju masa ayah kau tanya dulu, kita tak akan bertunang sekarang ni tau!"

Peluh di dahi dikesat. Izzah berasa semakin panas, sepanas perbalahan dia dan Daiyan. Mana mungkin dia mengatakan tidak setuju sedangkan semua itu adalah permintaannya sendiri.

"Habis tu you nak putuskan pertunangan ni? Nak biar family you merempat kat luar sana semata-mata hutang ayah you tu? Eh, fikir la sikit, jangan disebabkan cinta kecil you tu, you nak abaikan family you tu.."

"Kau tak faham. Aku dah jadi mangsa dalam masalah keluarga aku sendiri. Aku ada perasaan. Kenapa family aku sendiri sanggup buat aku macam ni? Kenapa??"

Suara Daiyan bergetar. Tiada lagi suara lantang seperti tadi. Daiyan terduduk di atas rumput yang menghijau. Lututnya lemah untuk terus berdiri. Disembamkan kepalanya di atas kedua-dua lututnya.

"Aku penat nak menahan perasaan aku ni..Aku penat.." Daiyan seolah-olah mengadu.. Izzah hanya mendengar. Hatinya tersentuh melihat keadaan Daiyan yang amat menyedihkan.

"Sudahlah tu. Sekarang ni pun kita dah bertunang. Mungkin sekarang you tak boleh terima kenyataan ni lagi. Mungkin you perlukan masa. I yakin, you akan dapat terima I nanti.."

Izzah sudah pun melabuhkan punggung di sebelah Daiyan. Menemani insan yang tersayang.

"Tak, Izzah.. Kalau kau kata kau cintakan aku dari dulu lagi, aku juga cintakan Iman daripada dulu lagi." Tajam mata Izzah memandang Daiyan. Rupanya mereka sudah lama menyulam kasih? Aku memang benar-benar tertipu!

"You..!!" Izzah tidak boleh meneruskan kata-katanya. Dia perlu mengawal perasaan marahnya. Dia perlu berusaha untuk menambat hati Daiyan. Dia tak akan melepaskan Daiyan kali ini hanya kerana simpati dalam hati. Tak mungkin!!

"Izzah.. Kau mungkin tak faham apa yang ada dalam hati aku sekarang ni. Kalau kau pernah mencintai seseorang dan tiba-tiba family kau minta kau berkahwin dengan orang yang bukan pilihan kau, baru kau tahu bagaimana perasaan aku sekarang.." Daiyan meluahkan perasaannya. Telinga Izzah masih menangkap setiap kata-kata yang diucapkan oleh Daiyan walaupun pandangannya dilempar jauh di depan sana.

"Aku sayang dia.. Aku sayang Iman.."

Izzah mengetap bibirnya setiap kali nama Iman disebut. Semakin meluat dia mendengarnya.

"Izzah... Aku nak minta tolong daripada kau.." Daiyan yang daripada tadi asyik memandang ke tasik terus menjatuhkan pandangannya kepada Izzah di sebelahnya. Nadanya mendatar yang penuh dengan harapan.

"Apa dia?" Sekilas Izzah memandang di arah Daiyan. Terasa dirinya begitu dekat dengan lelaki itu sehinggakan setiap hembusan nafas jejaka itu dapat didengari oleh Izzah.

"Kita putuskan pertunangan ni ye.."

Ditatap lama ke dalam anak mata Daiyan. Mata itu mencerminkan begitu tinggi harapannya terhadap kata yang baru diungkapkan.

Pandangan Izzah terus dilemparkan jauh daripada pandangan Daiyan. Seperti batu yang berat sedang menghempap dadanya. Mana mungkin dia akan melepaskan Daiyan semudah itu. Tak mungkin!

Daiyan terus memandang Izzah. Lama. Daiyan masih mengharapkan jawapan 'Ya' daripada Izzah. Izzah tidak memberi sebarang reaksi. Perlahan-lahan Daiyan menundukkan kepalanya. Hidup aku akan terus layu seperti ini.

Izzah pula terus memandang pemandangan di depan. Terus mendiamkan diri tanpa bicara. Pengharapan Daiyan dibiarkan berlalu begitu saja tanpa sebarang jawapan. Aku tak akan berputus asa Daiyan.




Monday, August 13, 2012

Air Mata Seorang Ibu di Pagi Ramadhan

Assalamualaikum..


Selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat semua.. Pada 10 terakhir ramadhan ni, mesti semua menggunakan kesempatan ini untuk beribadat dan beramal.. Alhamdulillah.. Tak kurang juga yang dok sibuk2 buat persiapan untuk raya yang tinggal lagi beberapa hari je lagi ni..Syoknya nak raya..hehe..

Duduk kat kolej@umah sewa, sume pakat2 nak buat kuih untuk bawak balik ke rumah raya nanti..Bestnya.. CK tunggu balik umah nanti la baru buat kuih tu. Bahan-bahan nak buat kuih dah menanti kat rumah nun. Hoho..excited lorh..

Tapi dalam kita bergembira nak menyambut raya, tetap ada yang bersedih mengenangkan nasib.. Kenapa tiba-tiba nak cakap cite sedih ni????!!

Emm..Pagi tadi masa dalam perjalanan nak pergi kerja dengan kawan2 CK, kami dengar radio HOT FM.. Kan selalu ada segmen yang pemanggil boleh share cerita, pendapat atau ape2 kan..harini dorang buat topik cakap pasal persiapan raya gitu..

Tengah dok gelak2 dengar lawak DJ, ada sorang pemanggil ni, dia pompuan..Seorang isteri dan punyai beberapa orang anak yang masih kecil..6 tahun dan 8 tahun (Ni yang akak tu bgtau la..Tak tau la kalau ada lagi anak yang lain).. Senyap...Semua nak dengar cerita ape yang akak ni nak cite.. Mulanya nada dia mendatar...CK cam agak somting sad story and its true...

Kisah akak ni....Suami dia kemalangan 3 bulan yang lepas dan kaki patah kot..lupa pulak..tapi suami akak ni tak boleh nak keluar bekerja sebab kaki dia sakit. Nak jadi cite, sekarang ni bulan puasa, dah dekat nak raya. Kebiasaannya, anak-anak kecil akan jadi excited sangat nak raya kan??

Tak terkecuali anak-anak akak ni..Dorang seronok sangat nak raya..akak tu cakap, anak2 dia cakap, “Mama, ayah dah dapat gaji nanti kite pergi beli baju raya, potong rambut ye..”

Akak tu kata, dia terkelu..Tak tahu nak cakap macam mana dah yang dia tak mampu nak sediakan tu semua untuk anak2 dia raya kali ni. Dia tak kisah pakai baju2 lama pun tapi anak dia? Anak kecil sukar nak faham..Akak tu cakap, dia seorang OKU... :’(

Fafau suggest, apa kata tukar baju dengan baju anak2 kawan yang lain..kan nampak lain..Mungkin anak2 tak sedar..( Bukanlah nak menipu anak2 ye..Jangan salah faham..Kita cuma nak menjaga hati anak2 walaupun kita tak mampu nak beli yang baru..)

Tapi akak tu dah mula menangis..Dia kata, dulu dia buat sendiri kuih..Sekarang, nak buat tak mampu, nak beli apa tah lagi.. Yang paling menyayat tangkai hati ni bila akak tu kata, suami dia cakap, “Tak payah buat kuih apa semua. Kita duduk dalam rumah senyap2 je..”

Menangis akak tu..Mengalir juga air mata kami..Air mata CK bergenang..

Dalam hati CK time tu, ‘Aku bergembira nak raya, tapi ada orang yang menangis hari2 mengenang nasib diri..’

Ya Allah... hambaMu ini bersyukur kepadaMU atas segala kurniaan dan rezeki yang Kau turunkan kepadaku..Allahuakbar...

Mungkin CK bercerita macam ni, korang tak rasa sedih pun..Tapi kalau korang dengar sendiri luahan hati akak tu tadi, sure your tears will come out like us..

Selamat Hari Raya Aidilfitri, semua....
Pinjam kat pakcik google..

*Siapa yang ada dengar tadi..Apa yang korang rasa?



♥ Kalau like, klik like ♥

Thursday, August 9, 2012

Sutera Baldu : Episod 19


Laju kereta milik Mifzal menyusur menuju ke ladang bunga Florizzo Rose. Sesekali Mifzal memandang Iman di sebelahnya. Iman hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Elok saja Iman melentokkan kepalanya di tepi tingkap. Pandangannya dilempar jauh keluar daripada dasar hati. Kata-kata Daiyan semalam asyik bermain di fikirannya.

“Baik kita putus..”

Sepatah kata yang keluar daripada mulut Daiyan bagaikan halilintar yang merentap segala denyutan jantungnya seketika. Aku sedang bermimpikah? Aku tersalah dengar?

“What?!! Putus? Why???”

“Tak ada sebab lagi untuk kita teruskan hubungan ini.”

“Tapi kenapa tiada sebab? Sebelum ni awak kata semoga hubungan kita ni sampai ke jinjang pelamin dan hingga ke akhir hayat. Tapi kenapa sekarang awak cakap macam ni?!”

Iman hilang sabar. Kenapa Daiyan perlu berubah sehingga ke tahap ini?

“Saya dah cakap tak ada sebab. Awak ni tak faham ke?”

“Saya memang tak faham sebab kenapa semua ni berlaku secara tiba-tiba? Apa salah saya sebenarnya?"

Air mata mengalir lagi. Apa semua ni? Kenapa Daiyan mahu memutuskan hubungan ini sedangkan sebelum ini jejaka itu yang begitu berhati-hati dalam membina hubungan ini.

Daiyan senyap membisu di sana. Dia berupaya menahan sendunya daripada didengari oleh Iman. Awak tak faham.. Awak tak faham..!

“Sudahlah, Iman..”

“Awak ni kenapa? Sebelum ni saya sms, awak bukan nak reply. Kalau saya call, punya la susah nak angkat. Awak ni ada masalah apa sebenarnya?”

“Awak tak kan faham!”

Iman memejamkan matanya rapat-rapat. Dia cuba untuk membuang bayangan Daiyan buat sementara waktu. Sakitnya hati, hanya dia yang tahu. Pandangannya tumpah pada tumbuh-tumbuhan menghijau. Dia mula rindukan suasana sawah padi di kampungnya.

Kereta diparkingkan sejurus mereka sampai di ladang. Iman yang sedang leka dengan lamunannya tidak berganjak langsung daripada tempat duduknya. Mifzal baru ingin mengejutkan Iman yang disangka tertidur mula menyedari keadaan Iman. Air mata itu mengalir lagi. Mifzal hanya membiarkan Iman seketika, setia menunggu di sebelah anak gadis itu.

Iman menyeka air matanya. Mifzal yang daripada tadi memerhati dapat melihat air mata itu mengalir sebelum sempat diseka Iman. Apa la yang bermain di fikirannya. Sebolehnya Mifzal ingin menyelami hati gadis itu.

Dihulurkan tisu buat Iman. Sekilas Iman menoleh ke arah Mifzal. Terkejut apabila ada seseorang yang menghulurkan tisu buatnya. Ingatan pada Daiyan hilang serta merta apabila matanya tertacap pada sebujur wajah yang tenang di sebelahnya.

Cepat Iman menundukkan kepalanya. Malu bila dilihat Mifzal akan matanya yang merah akibat menangis.

“Tak payah la nak tunduk-tunduk. Saya dah nampak pun muka awak yang sembab tu. Macam orang tua dah.”

Iman mengetap bibirnya. Cis!!

“Dah..Dah..Lama dah saya tunggu awak ni. Ambil tisu nih. Lap air mata tu tapi jangan habiskan semua tisu ni pulak. Betulkan tudung tu jugak. Senget-senget dah. Orang tak betul je pakai tudung senget macam tu. Saya tunggu awak kat luar ni.” kata Mifzal bersahaja. Tersenyum-senyum Mifzal dapat mengenakan Iman.

Mifzal segera keluar daripada kereta membiarkan Iman mengemaskan dirinya. Iman menggenggam kuat tangannya, geram. Disapu kasar air matanya, tanda protes. Bencinya aku dengan mamat ni. Suka cakap benda yang buat aku sakit hati..Arghh..

Cepat-cepat Iman membetulkan tudungnya yang dikatakan senget. Sesekali Mifzal mengetuk tingkap kereta meminta supaya Iman cepat bersiap. Terkial-kial Iman membelek matanya yang kelihatan sedikit merah. Alah, malu la nak keluar dengan mata bengkak macam ni. Sempat lagi Iman menyapu sedikit bedak di wajahnya dan mencalit sedikit lips balm di bibirnya.. Biar nampak segar sedikit.

Segera Iman keluar dari kereta apabila sudah betul-betul bersedia. Mifzal masih setia menunggunya.

“Buat apa lama sangat? Dah macam Mak Datin pergi tukar baju pulak.” kata Mifzal sambil memandang Iman. Iman hanya tunduk memandang ke bawah. Malas untuk menjawab.

Mereka melangkah masuk ke dalam kawasan ladang tersebut. Ada beberapa orang pekerja datang menyapa majikannya. Iman hanya tersenyum membalas apabila Mifzal memperkenalkannya kepada pekerja-pekerja yang ada di situ.

Dari jauh lagi Iman sudah dapat melihat kawasan tanaman bunga-bunga di situ. Waaahhhh.. Banyaknya bunga..

“Iman..” Mifzal memanggil..

Iman begitu leka melihat bunga-bunga di situ sehinggakan dia tidak mendengari panggilan daripada majikannya.

“Iman.. Awak tengok apa?” soal Mifzal sambil mendekati Iman dan berdiri di hadapan gadis itu. Iman terkejut. Siapa yang berdiri depan aku ni?

“Eh, bos.. Kenapa bos?” Iman memandang tepat ke arah majikannya.

“Tak dengar saya panggil?”

“Eh..??” Iman terkebil-kebil memandang Mifzal. Dalam fikirannya tertanya-tanya, bila bos panggil aku? Perlahan Iman menggeleng.

Mifzal mengeluh. Ish, kenapa la budak ni. Blur je memanjang.

“Saya panggil awak tadi. Beg awak tu pergi simpan dekat dalam pejabat. Nanti awak jalan-jalan kat sini, beg awak terlanggar bunga-bunga ni, rosak pulak. Nak ganti? nak?” Mifzal sedikit sergah. Mukanya sengaja di dekatkan dengan muka Iman. Mata Iman terjegil..

“Ye..nak..nak.. Eh, tak nak..tak nak..!” Berlari Iman masuk ke dalam pejabat. Tidak lama kemudian Iman muncul semula dengan senyuman yang meleret sambil mendekati Mifzal.

“Bos.. Kita nak buat apa sekarang? Petik bunga ke?” soal Iman. Jarinya sengaja dipatah-patahkan. Lagak seperti samseng yang bersedia untuk menyerang lawannya.

“Amboi..Semacam dah awak ni. Nak pergi berperang ke?” Mifzal memerli. Iman hanya memandang Mifzal sekilas. Kata-kata Mifzal tidak berbekas di hatinya walaupun sedikit.

“Kita melawat bunga je. Kalau awak yang petik, alamatnya rugi la saya sebab semua bunga rosak dikerjakan awak. Jom.. Emmm..semangat!” Mifzal mengerling sekilas pada Iman di sebelahnya. Sengaja dia memperlahankan suaranya ketika menyebut ‘semangat’ itu tadi. Niat di hati memang di tujukan khas kepada Iman.

______________________________

Suasana di rumah opah sunyi. Sunyi seperti kebiasaannya. Ye la.. Ada cucu seorang pun, dah belajar jauh di Kuala Lumpur. Bila la Iman akan pulang ke kampung ini semula.. Banyak hati yang merinduinya di sini.

Eqa tiba di hadapan rumah opah. Sengaja dia ingin melawat opah pada pagi itu. Dia turut mengajak Aish untuk bersamanya tapi keadaan ibunya yang tidak berapa sihat membuatkan Aish menolak. Eqa sendirian.

Diberi salam beberapa kali namun tiada yang menjawab seperti selalu. Opah pergi mana pulak pagi-pagi ni? Eqa menuju ke bahagian belakang rumah. Mungkin opah tidak mendengar salamnya tadi. Namun tetap sama. Tiada yang menjawab salamnya. Opah tiada di rumah.

Fikirannya ligat memikirkan ke mana opah sebenarnya. Selalu opah ada pada waktu-waktu begini. Eqa duduk di pangkin tepi rumah, tempat yang dia selalu menghabiskan masa dengan Iman dan Aish.

“Mana opah pergi ni? Ish, tak kan pergi sawah kot? Keluar beli makanan kot. Tak pun pergi rumah Mak Jemah beli minyak..Emm..” Eqa membuat andaian. Kalau nak terus balik, rasa tak sedap pulak. Biar la dia menunggu sebentar lagi. Mungkin opah akan balik tak lama lagi.

Eqa memandang sawah yang menghijau. Pandangan yang sangat damai. Sesekali kedengaran bunyi cengkerik yang bersahut-sahutan. Ingatannya mula tumpah pada Iman. Rindunya nak bermain kejar-kejar di tepi sawah seperti dulu. Dia, Iman dan Aish. Pernah orang kampung berkata, besar nanti dia akan berkahwin dengan Iman dan Aish. Iman dan Aish bermadu.

Eqa ketawa bila teringat andaian orang kampung. Andaian itu timbul kerana hubungan antara mereka yang begitu akrab. Di sisinya sekarang cuma ada Aish.. Iman dah jauh.

Panas matahari pagi menyinari matanya. Kelibat opah tetap tidak kelihatan. Mungkin perlu aku beransur dulu. Petang nanti baru aku datang semula, berkata Eqa dalam hati. Dia kembali menyarungkan seliparnya.

Baru Eqa melangkah, kelihatan sebuah kereta mewah menyusur masuk ke perkarangan rumah opah. Siapa yang datang pagi-pagi ni?

Eqa mendekati kereta tersebut. Eqa cuba melihat kelibat orang di dalamnya. Mungkin dia kenal atau mungkin juga tidak.

Keluar seorang wanita dari kereta. Agak bergaya bagi pandangan Eqa. Dia hanya memerhati. Tidak pernah pula dia melihat wanita itu. Wanita itu membukakan pintu kereta di sebelah pemandu. Dia memimpin keluar seseorang.

“Opah!!” Berlari Eqa ke arah opah. Terkejut dia melihat keadaan opah yang kelihatan tidak bermaya.

“Tolong ambil beg opah kat seat belakang.” arah wanita tersebut. Eqa hanya menurut.

Mereka masuk ke dalam rumah. Opah di baringkan di bilik. Eqa meletakkan beg di tepi dinding. Eqa masih belum tahu apa yang terjadi kepada opah.

“Mak Wan rehat dulu ye. Ubat tu semua Amani dah letak kat atas meja ni.” Wanita itu bersuara. Amani? Siapa dia tu?

Eqa tidak boleh berhenti berfikir siapa wanita itu? Kenapa dengan opah? Eqa memandang opah dan wanita itu silih berganti. Seperti jawapan itu ada di wajah setiap orang.

“Tolong ambilkan air masak untuk opah ye..” Wanita itu memberi arahan lagi. Eqa hanya menurut.

Seketika Eqa kembali dengan segelas air masak di tangannya. Di hulurkan kepada wanita itu. Setelah siap memberi opah makan ubat, wanita itu meminta diri untuk pulang. Eqa menghantar wanita itu ke pintu hadapan.

“Emm..Maaf saya bertanya, puan ni siapa ye?”

“Saudara opah..” jawab dia pendek sambil tersenyum. Wanita yang membahasakan dirinya ‘Amani’ itu segera masuk ke dalam kereta dan meninggalkan rumah itu. Eqa masuk.

Dalam hatinya terlalu banyak persoalan namun berat untuk bertanyakan kepada opah. Dia duduk di sisi opah. Mata opah tertutup rapat. Mungkin opah dah tidur. Baru Eqa hendak bangun, kedengaran suara lemah opah memanggil namanya.

“Kenapa opah?”

“Janji dengan opah yang Eqa tak akan bagi tahu Iman pasal hal hari ni ye..” susah payah opah cuba menghabiskan kata-katanya.

“Ye, baik opah.. Eqa janji tak bagi tahu Iman pasal hal ni..” Eqa mengiakan permintaan opah.

Opah memejamkan matanya. Lega mendengar jawapan Eqa. Dia percayakan anak muda itu. Melihat opah kembali pejamkan mata, Eqa fikir opah memerlukan rehat yang secukupnya. Persoalan yang ada dalam mindanya di simpan dalam benak fikirannya. Sekarang bukan masa yang sesuai untuk bertanya.

“Emm.. Opah rehat, tidur dulu ye. Tengahari nanti Eqa datang lagi.”

Sebelum beredar, Eqa menyediakan air masak dan diletakkan atas meja ubat bagi memudahkan sekiranya opah ingin minum air nanti. Tak perlu opah bersusah payah ke dapur lagi.

Daripada cara opah meminta perkara ini dirahsiakan seperti ada sesuatu yang tak kena. Macam ada rahsia lain yang disembunyikan. Wanita bergaya itu siapa? Saudara? Kenapa sebelum ni dia belum pernah nampak wanita itu datang ke rumah opah? Eqa cuba mengingati semula wajah wanita itu tadi. Persis wajah seseorang yang dia kenal.



Friday, August 3, 2012

Haid dan Istihadah




Assalamualaikum..

Korang puasa tak hari ni? Kalau yang pompuan tak pose tu, CK faham la.. Kalau ada lelaki yang tak pose, kasi pelangkung kepala tu..huhu3...Ganaz giler..

Kalau tengok tajuk kat atas tu, kaum wanita mesti faham punya la.. Lelaki mungkin ada yang faham, ada yang tak.. Mungkin dorang ada yang tak tahu pun ape benda alah tu..Ish3..tak leh kawen lagi nih..


Time-time bulan puasa ni, ramai yang risau bila didatangi haid, tambah2 bila dah melebihi tempoh haid yang kebiasaannya. Dorang tak pasti tu sebenarnya masih darah haid atau darah istihadah, Sebab kalau istihadah, wanita2 ni wajib solat dan puasa dah.. Tu yang dok pening sebab ramai dikalangan kita sering berlakunya kesan 'lebihan' haid selepas mandi hadas. Dan mungkin jugak 'lebihan' tu sebenarnya darah istihadah..


So, ramai yang tak boleh nak bezakan "Ni darah haid lagi ke? Aku dah mandi wajib hari tu.. Ni batal ke tak puasa aku hari ni? Ke ni darah istihadah? Kalau istihadah, aku tak boleh bukak puasa ni.. Ishh.. Buntu!!!"


So, jom kita find out kalau berlaku perkara camni, kita boleh tahu tu haid atau istihadah..

Apa itu Haid?
Menurut bahasa, haid bererti mengalir. Manakala menurut syarak ertinya darah yang keluar dari rahim wanita yang sihat yang tidak ada sesuatu sebab pada waktu-waktu tertentu. Kebiasaannya, wanita kedatangan haid berusia 9 tahun Qamariyah dan lazimnya 12 tahun.

Pada umumnya, darah yang keluar dari rahim wanita dianggap darah haid kerana lazimnya mengalir mengikut putaran bulanan. Namun selain itu terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan darah itu keluar tidak mengikut putarannya, maka ia dianggap darah istihadah.

Apakah itu darah istihadah? Istihadah ialah darah yang keluar bukan pada waktu haid dan juga bukan dalam tempoh nifas. Menurut Syeikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimin, istihadah ialah darah yang keluar terus-menerus pada seorang wanita tanpa henti sama sekali atau berhenti sebentar dalam sebulan.


Darah ini membatalkan wuduk dan tidak mewajibkan mandi, dan tidak pula mengakibatkan harus ditinggalkannya solat dan puasa. Jadi, wanita yang mengelami istihadah diharuskan mencuci darahnya dan membalut tempat keluarnya (Wanita tau la nak buat camne kan...), lalu melakukan solat dengan berwuduk untuk tiap-tiap solat fardu.

Daripada takrif yang dikemukakan di atas, terdapat dua keadaan istihadah iaitu:
Keadaan pertama: darah yang keluar tanpa henti-henti.
Keadaan kedua: darah tidak keluar berterusan, sebaliknya berhenti seketika dan keluar semula.

Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah r.ha. bahawa Fatimah binti Abu Hubaisy berkata kepada Rasulullah s.a.w: "Ya Rasulullah, sungguh aku ini tak pernah suci, apakah aku perlu meninggalkan solat?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "Tidak, itu adalah darah penyakit. Namun tinggalkan solat sebanyak hari yang biasanya kamu haid sebelum itu, kemudian mandilah dan lakukan solat." (Riwayat al-Bukhari)

Manakala riwayat daripada Hamnah binti Jahsy, ketika datang kepada Rasulullah s.a.w., dia berkata: "Ya Rasulullah, sungguh aku sedang mengalami istihadah yang deras sekali." (Riwayat al-Bukhari, Ahmad, Abu Daud dan al-Tirmizi)

Bagaimana Mengenali Istihadah

Masih ramai wanita terutamanya remaja yang masih keliru dalam membezakan antara darah haid dengan istihadah. Jadi, bagaimana hendak membezakan antara kedua-dua jenis darah ini? Berikut adalah empat keadaan istihadah:
1. Darah yang keluar kurang daripada had masa minimum haid iaitu sehari semalam.
2. Darah yang keluar melebihi had masa maksimum haid iaitu 15 hari.
3. Keluar darah sebelum umur minimum haid iaitu sebelum berumur 9 tahun.
4. Darah yang keluar lebih daripada tempoh maksimum nifas iaitu 60 hari.

Keadaan Wanita Mustahadah

Dr. Abdul Karim Zaidan membahagikan keadaan wanita mustahadah kepada empat seperti jadual di bawah (turut disertakan ialah cara-cara menentukan sama ada itu darah haid atau istihadah):

Keadaan
Haid
Kaedah Menentukan Sama Ada Darah yang Keluar Haid Atau Istihadah
Tamyiz (Membezakan)
Adat
Pertama
Dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Tidak ada kebiasaan tertentu bagi waktu haid.
Tamyiz iaitu dengan membezakan warna darah. Darah yang berwarna gelap, pekat dan berbau dianggap darah haid. Sebaliknya darah yang berwarna kekuningan, cair dan tidak berbau dianggap istihadah.
Kedua
Tidak dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Mempunyai kebiasaan waktu tertentu bagi haid.
Mengikut jumhur fuqaha, waktu istihadah dikira menggunakan kaedah adat. Sekiranya kebiasaan haidnya ialah 7 hari, maka hari ke-8 adalah istihadah.
Ketiga
Tidak dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Tidak ada kebiasaan tertentu bagi waktu haid.
Maka cara menentukannya ialah berdasarkan adat kebiasaan wanita lain. Menurut Syeikh Uthaimin, wanita tersebut boleh mengikut kebiasaan haid wanita yang mempunyai fizikal atau umur yang hampir sama dengannya, wanita yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang dekat atau lain-lain pertimbangan.
Keempat
Dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Mempunyai kebiasaan waktu tertentu bagi haid.
Mesti menggunakan kedua-dua kaedah iaitu tamyiz dan adat sekiranya darah yang memenuhi ciri-ciri darah haid keluar dalam tempoh biasa haid, sekiranya boleh diguna kedua-dua kaedah tersebut.
Namun sekiranya adat dan kebiasaan tidak selari, maka menurut mazhab Hanbali, ada 2 pendapat:
1. Tamyiz diutamakan.
2. Adat lebih diutamakan.

Hukum-hukum Istihadah

Memandangkan istihadah bukan darah haid dan dianggap darah penyakit, maka hukum istihadah tidak menyamai hukum haid. Wanita yang mengalami istihadah tidak perlu mandi wajib. Mandi hanya perlu setelah tamat tempoh haid.

Bagi wanita yang berada dalam keadaan istihadah juga, mereka tetap wajib menunaikan solat seperti biasa. Namun mereka perlu berwuduk bagi setiap kali solat yang hendak ditunaikan. Ini berdasarkan saranan Rasulullah s.a.w. dalam sabda Baginda yang bermaksud: “Kemudian berwuduklah kamu setiap kali hendak solat.”(Riwayat al-Bukhari)

Perlu diingat bahawa wanita mustahadah perlu berwuduk untuk satu solat, bukan satu wuduk untuk dua solat. Ini bermakna, wanita mustahadah tidak boleh “menyimpan” wuduk bagi solat Maghrib untuk digunakan dalam solat Isyak.

Selain itu, wanita mustahadah juga perlu membersihkan darah istihadah itu setiap kali sebelum berwuduk. Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Hamnah yang bermaksud: “Aku beritahukan kepadamu (agar menggunakan) kapas kerana kapas dapat menyerap darah.” Hamnah berkata: “Darahnya lebih banyak daripada itu.” Baginda bersabda lagi yang bermaksud: “Gunakan kain.” Jawab Hamnah: “Darahnya masih banyak.” Baginda berkata lagi yang bermaksud: “Maka pakailah penahan.” (Riwayat al-Tirmizi)

Dalam konteks zaman kini, penahan yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. itu ialah tuala wanita. Sekiranya telah dibersihkan darah istihadah dan ditukar dengan tuala wanita yang baru, darah tetap mengalir selepas berwuduk, maka wuduk tersebut tetap sah untuk satu solat.

Mungkin bagi wanita yang telah berumah tangga, mereka tertanya-tanya, apakah boleh mereka “bersama” suami? Menurut Syeikh al-Uthaimin, ulama berbeza pendapat dalam masalah ini. Sebahagian mereka berkata elok dielakkan selama mana tidak menyebabkan zina. Namun hakikatnya, tiada sebarang larangan pada zaman Rasulullah s.a.w. dan sahabat dalam hal ini. Jadi, berdasarkan hukum wanita mustahadah dibolehkan solat, maka Syeikh Uthaimin berpendapat bahawa mereka boleh bersama suami.

Rujukan:
Syeikh al-Uthaimin, fi al-Dima’ al-Tibbiyah li al-Nisa’.
Muhammad Athiyah Khumais, Fiqih Wanita.
Dr. Abdul Karim Zaidan, al-Mufassal di Ahkam al-Mar’ah.

Sumber: 1- SOLUSI
              2- Panduan Mandi Hadas

*Harap rakan-rakan semua boleh faham ye.. Penjelasan tu CK dah campur2 dari macam2 sumber..Harap memudahkan kita untuk memahami.. Selamat berpuasa.. ^_^

♥ Kalau like, klik like ♥

Meh Baca Yang Ni Jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...