I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, November 26, 2011

Tujuh Golongan Mayat Dalam Kubur


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."


Firman Allah SWT,
"Kecuali orang-orang yang bertaubat (dari perbuatan munafik itu) dan memperbaiki amalan mereka (yang salah) dan mereka pula berpegang teguh kepada (agama) Allah, serta mengerjakan agama mereka dengan ikhlas kerana Allah, maka mereka yang demikian itu ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman (di dalam Syurga); dan Allah akan memberikan orang-orang yang beriman itu pahala yang amat besar."
( An Nisa' : 146 )

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..


*Sebagai pengajaran untuk kita semua..Lihat diri kita sendiri..Kita yang mana?? Tak tahu lagi..Nauzubillah..



Kalau like, like la..kalau nak share,share la..♥

Friday, November 18, 2011

Perbualan Seorang Bayi Sebelum Kelahirannya

Baca dan hayati kisah di bawah ini. Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat.


Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?"
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :
  • Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
  • Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
  • Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
  • Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu
Jangan lupa untuk tekan butang like selepas anda baca

Sumber : Pemaniskata

Cara Mencuci Kemaluan Dengan Betul


Assalamualaikum..
Hari ni dah berapa kali kalian pergi toilet? hehe..Tiba-tiba nak tanya pasal tu kan..malu la nak habaq..Tak pa, tak kira pun tak pa..yang penting setiap kali kalian pergi toilet tu, ada baca doa tak? Kalau tak hafal, atas ni CK dah letak DOA MASUK TANDAS..

Berkait dengan tajuk, CK nak share mengenai bab KEBERSIHAN today. Baca doa tu..Dapat menghindarkan diri dari gangguan syaitan macam-macam jenis jantina. Kita dok syok membuang ape-ape yang patut, syaitan pun dok syok je membuang kat atas kita..Mana la kita nampakkan..then nak pergi solat pulak..So, baca la doa masuk tandas ye..


Lepas membuang hajat tu, cuci la bersih2..jangan tibai tisu je..adooii..pening-pening..Hello..menyucikan kemaluan selepas membuang hajat itu penting tau..!!! Emm,CK ada share sedikit maklumat daripada sumber-sumber yang lain..baca la sampai habis ye..

Sememangnya, kita mencuci dengan bersih tapi bersih bukan bermakna cara kita tu betul. Penting untuk kita pastikan diri kita bersih terutamanya di bahagian sulit. Selain untuk menjaga kesihatan ia juga penting untuk memastikan amal ibadat kita seharian di terima.

Kenapa penting untuk kita bersihkan kemaluan kita dengan betul?

Ramai orang merasakan diri mereka cukup bagus dengan banyak amal ibadah, bersedekah dan lain lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.

Saidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat seorang lelaki tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruhnya orang membukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.

Saidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba tiba berkata-kata, Katanya” Apakah salah ku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan” Diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
“Sucikanlah dirimu dari air kencing, kerana sesungguhnya sebahagian besar seksa kubur itu disebabkan olehnya”. (Hadits Riwayat Ad-Daruquthni)

Sumber : Firdauskasim.com

Jadi macam mana kita nak bersihkan diri dengan cara yang betul?

Lelaki dan wanita berbeza caranya. Bukan basuh sekadar dengan air dan asalkan bersih je. Ada caranya..



Betul atau tidak cara kita selama ini ? Kalau yang tak betul tu jom sama-sama betulkan supaya diri kita bersih dengan cara yang betul.


p/s: Oppss..Kalau ada yang kata CK post somting yang agak lucah, korang tolong fikirkan bahasa yang lebih sopan ye..hehe..^_^..Ambil maklumat yang penting..(Tapi rasanya semua penting kot..)

Sumber : Banyak..Dan kebanyakannya semua sama je..pakat2 copy paste kot, sama cam CK but CK edit sikit2 ikut versi CK la yerk..hehe..ni salah satu sumbernya..Pemaniskata


Thursday, November 17, 2011

Sutera Baldu : Episod 11

Malam kembali sunyi seperti hari semalam. Iman setia menanti Izzah yang belum pulang di ruang tamu. Harap-harap Izzah sudah tidak marah-marah seperti semalam. Pulang saja daripada kerja tadi, Iman terus memasak makanan kegemaran Izzah untuk makan malam bersama. Harap Izzah akan suka. Tak sabar pula nak makan dengan Izzah. Iman melihat jam dinding yang tergantung di suatu sudut ruang tamu itu. Jam menunjukkan 11.15 malam.."Emm..Lewat la pula Izzah balik hari ni. Selalunya petang-petang lagi dah balik. Pergi mana sebenarnya dia nih?" 

Iman bangun menuju ke tingkap rumah. Dilihatnya sekitar halaman luar rumah. Hatinya mula risaukan Izzah. Harap Izzah dalam keadaan baik-baik saja. Iman kembali ke tempat duduknya. Sudah beberapa kali dia cuba menghubungi Izzah, namun panggilannya tidak berjawab. Siaran di televisyen langsung tidak menarik perhatiannya. Iman bangun menutup televisyen daripada terbiar tidak ditontoni oleh sesiapa. Krioookkk..Dia memegang perutnya,berbunyi. Lapar. 

"Sabar-sabar. Sabar sikit ye, perut. Nati kita makan sama-sama dengan Izzah." Iman bercakap sendirian sambil menggosok-gosokkan perutnya.

"Emm..Lauk mungkin dah sejuk. Nasi pun dah sejuk. Baik aku pergi panaskan nasi dulu. Kalau Izzah balik, boleh terus makan." Iman tersenyum. Kakinya segera melangkah ke dapur. Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi kereta masuk ke halaman rumah. Izzah balik!!

Iman berlari ke depan. Gembira melihat rakan baiknya sudah pulang. Seperti kanak-kanak yang gembira menanti kepulangan ayahnya, Iman tersenyum di depan pintu masuk. Wajah Izzah kelihatan kepenatan. Nasib baik aku dah panaskan nasi tadi. Iman menyambut kepulangan Izzah dengan senyuman.

"Izzah, baru balik? Lewatnya kau balik hari ni. Kau pergi mana?" Tegur Iman sejurus Izzah melangkah masuk ke rumah. Izzah tidak menjawab, malah tidak memandang Iman langsung yang berada di sebelahnya. 

"Izzah, kau dah makan? Jom kita makan sama-sama. Aku dah masakkan lauk kegemaran kau hari ni, asam pedas ikan pari. Kau suka kan? Jom la makan.." Iman memujuk Izzah untuk makan. Izzah terus berlalu ke biliknya tanpa menghiraukan pujukan Iman. 

Iman menyentuh bahu rakannya itu. "Izzah, kau ok tak ni? Kenapa kau senyap je? Kau ada masalah?"

Izzah berpaling apabila Iman menyentuh bahunya. Ditepis kasar tangan Iman. "Memang aku ada masalah! Masalah aku ialah kau!! Kau senyap boleh tak?!! Aku tengah serabut, kau jangan nak tambah serabut kepala aku, boleh tak??!!!"

Iman terkejut dengan jawapan Izzah. "Err..errr..Aku minta maaf, Izzah. Aku cuma risaukan kau. Kalau kau ada masalah, share la dengan aku. Mungkin aku boleh tolong.." Iman cuba berlembut dengan Izzah. Mungkin juga rakannya itu memang benar mempunyai masalah. Disentuh bahu Izzah semula, cuba menenangkannya. Izzah menepis.

"Kau ingat, kau siapa? Kau nak tolong aku? Sedar diri tu sikit! Sekarang pun, aku yang tolong kau!! Jangan nak sibuk hal aku!!" Izzah terus masuk ke dalam bilik. Pintu dihempas kuat. Mengejutkan Iman yang masih terkejut dengan setiap kata-kata Izzah. Iman terpaku di depan bilik Izzah. Kelu lidahnya. Tak tahu apa kesalahan dirinya yang sebenar. Yang pasti, hatinya kini benar-senar sedih dan kecewa yang teramat sangat. Kakinya perlahan menuju ke biliknya. Perut yang berbunyi tidak lagi menarik perhatiannya. Iman terduduk di atas katilnya. Lemah kakinya untuk berdiri di saat itu. Masih terngiang-ngiang kata-kata Izzah kepada dirinya.

"Memang aku ada masalah! Masalah aku ialah kau!! Kau senyap boleh tak?!! Aku tengah serabut, kau jangan nak tambah serabut kepala aku, boleh tak??!!!"

Adakah benar aku menjadi punca masalah Izzah sekarang??

"Kau ingat, kau siapa? Kau nak tolong aku? Sedar diri tu sikit! Sekarang pun, aku yang tolong kau!! Jangan nak sibuk hal aku!!"

Benar! Kau yang tolong aku sekarang. Kau tumpangkan aku rumah kau tanpa sebarang bayaran. Kalau tak, tak tahulah aku nak tinggal kat mana sementara menunggu semester baru di buka. Aku sedar aku siapa....

Air mata laju mengalir di atas pipi mulus Iman. Terasa begitu hangat. Dulu Izzah pernah menyeka air matanya tatkala dirinya sedang bersedih. Kini air itu terus mengalir tanpa henti. Biarlah kesedihan itu terus mengalir keluar bersama air mata. Tak dapat menahan lagi sedunya, Iman menangis sepuas-puasnya. Sabarlah hati. Pasti ada hikmah atas segala kejadianNya. Aku minta maaf, Izzah....



Tuesday, November 15, 2011

Kita Coca-cola Murah Atau Mahal?


Ada tiga tin Coca-cola dihasilkan dari satu kilang yang sama. Mereka diletakkan di tiga bakul yang berbeza.

Bila sudah sampai masanya, ketiga-tiga tin coca-cola dinaikkan ke dalam lori yang sama dan dihantar ke destinasi masing-masing mengikut pesanan.

Tin yang pertama diturunkan di minimarket biasa dan dipamerkan di rak bersama tin coca-cola yang lain dan diletak harga RM1.50.

Tin yang kedua diturunkan di sebuah pasaraya besar ternama dan di masukkan ke dalam peti sejuk dan diletakkan harga RM2.00.

Tin yang ketiga dihantar ke sebuah hotel bertaraf lima bintang yang sangat mewah.Tin coca-cola ini ditempatkan di dalam rak atau dalam peti sejuk.

Tin ini akan dikeluarkan apabila ada pesanan dari pelanggan.

Dan jika ada pelanggan yang memesan coca-cola,air dari tin ini dimasukkan ke dalam gelas kristal ang bercampur dengan ketul-ketulan ais. Ia disediakan dengan cermat dan berhati-hati dan disajikan kepada pelanggan dengan sopan.

Harganya ialah RM15.00

Sekarang isu hangatnya ialah mengapa air tin coca-cola ini memiliki harga yang berbeza sedangkan mereka dihasilkan dari kilang yang sama dan dihantar dengan lori yang sama malah ketiga-tiganya mempunyai rasa yang sama?

Persekitaran Mencerminkan Harga Anda!

Apabila anda berada di persekitaran yang boleh mengeluarkan terbaik dari diri anda,maka anda akan jadi cemerlang.

Tapi jika anda berada di persekitaran yang meng’kecil’kan diri anda, maka anda akan menjadi ‘kecil’.

Firman Allah SWT,
"Bandingan (segala kebaikan amal dan usaha) orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang; mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun dari apa yang mereka telah usahakan itu. Sia-sianya amalan itu ialah kesan kesesatan yang jauh dari dasar kebenaran."
( Ibrahim : 18 )


Orang yang sama,bakat yang sama,kemampuan yang sama + persekitaran yang berbeza = NILAI YANG BERBEZA.


Ape2 pun, yang paling utama ialah rezeki adalah ketentuan Qada dan Qadar Allah Taala, oleh itu berusahalah menjadi yang terbaik disamping pasrah dan memohon kepada Allah Taala.

Firman Allah SWT,
"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya."
( Al-'Ankabut : 69 )


Dan perbezaan tinggi nilai kita di sisiNYA sebenarnya ialah amalan kita.


Wallahualam..


*Peringatan untuk diri sendiri..^_^

Thursday, November 3, 2011

Fikirkan : Malunya Aku..


wahai Adam...
Perempuan bagaimanakah yang engkau mahu jadikan isteri?
Adakah seorang perempuan yang dengan senang hati memberi salam kepada semua lelaki?
Atau perempuan yang melunakkan suara apabila bersuara?
Serta perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua?
Ataupun...
Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefonnya,
Tidak hirau sekeliling semata-mata meluangkan masa untuk bersms denganmu?
Begitukah calonmu wahai Adam?

Ya Allah..malunya aku bila membaca kata2 ni..sekali aku baca terus menusuk dalam jiwa..hati tertanya2,masih layakkah aku untuk menjadi calon kepada Adam ini??

Firman Allah SWT,
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."
( An-Nuur : 31 )

*wahai Hawa,adakah engkau seperti mereka di atas??

*wahai Adam,jawablah..adakah engkau mencari calon seperti mereka di atas??

Tak ada apa yang CK nak perjelaskan di sini. Cuma terpanggil untuk berfikir mengenai diri sendiri..

Siapa aku?
Bagaimana perilaku aku di dunia?
Apa yang aku lakukan sepanjang nyawa masih dikandung badan??
Adakah perkara yang sia-sia? Nauzubillah..

Kita wanita tak lari daripada memikirkan soal Adam, bukan? Macam-macam la kriteria yang kita nak kan? Nak yang beragama Islam (of coz la), baik, kaya, handsome (cmni ke ejaan dia? selalu eja encem je..) dan macam-macam la yang 'kita' nak kan. Tapi cuba tengok diri sendiri dulu, layak ke kau nak demand sangat? (bahasa kasar nampak!!)

 "of coz la aku layak.."

Eeee, tak malu mengaku layak..

Firman Allah SWT,
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)."
( An-Nuur : 26 )

Nilailah diri sendiri..Assalamualaikum..



Meh Baca Yang Ni Jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...