Baca dan hayati kisah
di bawah ini. Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling penting, amalkan
ilmu yang anda dapat.
Adalah dikisahkan….pada ketika seorang
bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.
Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para
malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia,
tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu
malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”
Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini,
didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan
tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan
bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan
cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”
Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin
saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak
memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan
berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan
dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk
berkata-kata.”
Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh
saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan
mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”
Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar
bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang
akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’
Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti
akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan
kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali
juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”
Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan
hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.
Dan sang bayi bertanya perlahan :
“Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku
nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?"
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil
malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang
dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan
cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang
gantinya, dunia mahupun akhirat. ”
Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini
dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar.
Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4
perkara :
- Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
- Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
- Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
- Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu
Jangan lupa untuk tekan butang like selepas anda baca ♥
Sumber : Pemaniskata
No comments:
Post a Comment