I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, March 6, 2012

Sutera Baldu : Episod 12

Datang kerja pada hari ini hanyalah semata-mata memenuhi tuntutan kerja. Jika diikutkan perasaan, malas Iman untuk datang kerja. Bunga matahari yang dipegang hanya dipandang kosong. Arghh.. Malasnya. Cepatlah masa berlalu. Tak sabar untuk Iman pulang ke rumah. Matanya asyik meminta untuk ditutup, mengantuk. Disentuh kelopak matanya. Emm, bengkak...

Matanya bengkak kerana dek terlalu banyak menangis. Izzah lah ni. Buat hati orang tacing-tacing pulak. Sedihlah macam ni. Getus hati Iman.

Iman yang dari tadi leka melayan perasaannya tidak sedar bahawa dirinya sedang diperhatikan. Mifzal yang berada tidak jauh dari Iman dapat melihat bahawa gadis itu seperti sedang mengalami masalah. Kerap kali Iman menyeka air mata, kerap kali juga Mifzal dapat melihatnya. Menangis lagi..

Mifzal sedar bahawa dalam beberapa hari ini, Iman seringkali menangis sewaktu kerja. Mata tu tak payah nak cakap la. Memang dah bengkak pun. Emmm...

Iman masih di situ, termenung. Sesekali dia mengeluarkan handsetnya untuk melihat sekiranya ada mesej terbaru daripada Daiyan, namun cuma hampa yang bertandang di hati. Daiyan pun satu. Sudah lama benar dia tidak menghubungi Iman. Yang Iman tahu cuma Daiyan sedang mempunyai masalah dan tidak mahu diganggu.

Aduh..Sedihnya hati. Rakan baik mula menjauhkan diri. Kekasih hati pula mendiamkan diri..Arghh!!. Gila!!.Ngomel Iman sendirian.

Tanpa dia sedar, sudah banyak kelopak bunga matahari yang sudah dicabut olehnya. Hanya kerana dek perasaan geram dan kesal yang bertamu di hati, dia sudah merosakkan bunga yang untuk dijual kepada pelanggan.

"Alamak!!" Laju Iman berpaling ke belakang mencari kelibat bosnya. Tiada! Harap-harap bos tak nampak apa yang telah dia lakukan. Mahu aku kena bayar ganti rugi ni. Menyampah dengan diri sendiri!! Kutuk Iman dalam hati.

Cepat-cepat Iman mengutip sisa-sisa bunga yang masih bertaburan dilantai. Sesekali Iman memandang ke belakang. Bos, jangan datang lagi tau. Adeh..

"Apa yang awak buat tu?" Mifzal menegur.

"Hah? Bos!!.. Saya..saya tak buat apa bos. Tak buat apa-apa. Tengok bunga je bos." Iman menjawab gagap. Iman cepat menutup sisa-sisa bunga yang bertaburan dilantai dengan kedua belah kakinya. Tangan yang sedang memegang bunga yang sudah rosak disorokkan ke belakang badan. Iman tunduk. Kepala di garu tanpa rasa gatal. Takut bercampur malu jika Mifzal melihat matanya yang sudak bengkak itu.

Mifzal tersenyum sinis. Budak kecil betul la budak nih!

"Awak rosakkan bunga-bunga saya ye!!?" Mifzal menyoal dengan nada yang agak tegas.

Iman tersentap dan terus memandang bosnya. Iman menggeleng laju. Kemudian cepat dia menunduk kembali. Tak berani nak bertentang mata dengan wajah yang bengis itu.

"Tu apa?" Mifzal menunjuk sesuatu di belakang Iman. "Tongkat?"

Tongkat? Datang dari mana pulak tongkat dalam kedai ni. Iman berpaling untuk melihat. Alamak! Aku lupa yang batang pokok bunga matahari ni panjang. Tak sedar yang bunga matahari yang sudah tinggal separuh kelopaknya sedang hai hai bye bye di atas bahunya. Iman memejam matanya ketat-ketat. Aku bermimpi agaknya. Cepatlah bangun!!!!

"Tak payah nak pejam-pejam la mata tu. Kutip sampah ni cepat.." Arah Mifzal. Matanya memandang Iman, tajam. Iman serba salah. Dibuka matanya perlahan. Sah aku tak bermimpi!

Iman tersengih memandang bosnya. Nak buat muka kesian ke muka doploh sen? Mifzal hanya memandang tanpa sebarang senyuman di bibirnya. Okey, aku nak kutip lah nih!

Selesai Iman membersihkan lantai tersebut, Mifzal memanggilnya. Nasiblah kau, Iman. Tadah je la telinga kau tu. 

Iman kini berdiri di hadapan bosnya. Mifzal yang sedang duduk hanya diam kaku. Senyap. Iman menggosok-gosok lantai dengan kakinya. Aduh, bos ni. Jangan la senyap macam ni. Aku tak tahu nak buat apa dah ni. Dipandang lemah bunga matahari separuh kelopak di tangan bosnya.

"Emm, bos.. Saya minta maaf. Saya tak sengaja rosakkan bunga bos tu tadi." Iman tunduk. Senyap lagi. Keadaan yang sunyi itu membuatkan hati Iman semakin kecut dan tak keruan. Bengang lah bos nih! Suka sangat diam! Sayang sangat dengan suara macho dia tuh! Huh..

"Emm..Yela-yela. Saya bayar ganti rugi bunga bos tu.." Iman mencebik. Tangannya mencapai purse di dalam kocek seluarnya. Aduh, sayangnya nak guna duit nih. Rugi aku, rugi..

"Dah..dah..Tak payah bayar.." Akhirnya Mifzal bersuara. 

Geli hati melihat telatah Iman yang seperti keanak-anakan tapi dia tetap bertahan menahan tawanya. Iman terkejut namun hatinya berbunga. Fuh, selamat duit aku..

"Nah.." Mifzal menghulurkan bunga matahari separuh kelopak itu kepada Iman. Iman tergamam. Namun tangannya masih mampu menyambut pemberian bosnya itu. Bos bagi bunga kat aku?

"Jangan menangis dah.." Ujar Mifzal. Dia terus bangun dari duduknya dan berlalu ke dapur. Iman masih kaku dia situ. Terharu bercampur sebal dalam hati. Seronok dapat bunga daripada bosnya. Tapi...tak romantik la bos nih..Ada ke bagi bunga yang kelopaknya tinggal separuh? Tak romantik langsung!

"Eh, bos cakap apa tadi?" Iman cuba mengingat kembali kata-kata bosnya itu.

"Jangan menangis dah.."

Hah? Bos tahu aku menangis? Bos nampak aku menangis ke? Argghhh..Malu..malu!! Skodeng orang la tu bos nih..Huh..Malu!



No comments:

Meh Baca Yang Ni Jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...