"Awak ni kenapa Daiyan? Dah berapa hari saya cuba contact awak tapi tak dapat pun. Awak ada masalah ke? Beri tahu lah saya."
"Maaf lah. Saya cuma tak mahu diganggu.."
"Tak mahu diganggu? Saya ni mengganggu awak ke? Awak senyap macam tu je. Tahu tak saya risau sangat pasal awak." Iman meluahkan apa yang terpendam dalam hatinya. Sebenarnya hati dia begitu merindui jejaka itu namun bukan masa yang sesuai untuk diluahkan.
"Awak tak perlu la risau. Saya dah besar, saya pandai jaga diri."
"Memang la awak tu dah besar. Tapi saya kat sini asyik teringatkan awak je.." Iman sesekali menjengah ke dalam kedai bunga tempat kerjanya. Risau kalau-kalau bos nampak dia tengah bergayut, kena cop curi tulang pulak nanti.
"Saya ok. Saya cuma penat. Emm..Tak pe la, awak. saya ada kerja nak buat ni. Nanti kita bercakap lagi ye."
"Emm..Yela. Pergi la buat kerja awak tu.." Iman menjawab lemah.
"Assalamualaikum.."
"Waalaikumussalam.."
Iman memandang sayu telefon bimbitnya. Sedih betul la. Baru je nak luah rasa rindu, dah nak stop bercakap. Tak faham betul la lelaki nih! Bentak Iman di dalam hati.
Iman melangkah laju masuk ke dalam kedai tanda protes dengan perangai Daiyan. Tak pe..Tak pe..Tak nak layan orang, sudah!. Orang kawan dengan bunga ni lagi bagus! desis hati Iman. Di capai sekuntum bunga mawar yang berada berdekatan dengan dirinya. Geram pulak tengok bunga ni. Rasa macam nak makan-makan je bunga ni..
Daiyan buat hal. Yang kes Izzah pun satu hal. Pening aku bila fikir pasal Izzah ni. Asyik nak marah je. Nak kata datang bulan, dah seminggu lebih dah macam tu. Arghhh!!..Di genggam kuat batang bunga mawar itu untuk melepaskan ketidakpuas hatinya itu..
"Aduh..Tajam la duri kau!" Iman sedikit menjerit kerana duri tertusuk pada tapak tangannya. Dia sendiri lupa bahawa bunga yang sedang dipegangnya itu adalah bunga mawar yang begitu kaya dengan duri yang tajam. Cis..
"Hah! Patah-patahkan la lagi bunga-bunga yang ada kat sini. Memang saya ambil awak bekerja kat sini untuk suruh awak patah-patahkan pun bunga tu.." Perli Mifzal. Mifzal mendekati Iman dari arah belakang.
"Alamak.." Iman mengetap bibirnya. Dia masih membelakangi bosnya itu. Adeh. Kenapa la aku pergi ambil bunga ni. Kenapa tak ambil penyapu ke, batang paip ke..Siot la kau, Iman. Iman mengutuk dirinya sendiri.
"Err..Bos..Emm..Saya tak patahkan lagi pun bunga ni.." Iman berpaling mengadap bosnya yang sedang memandangnya tajam. Dihulur bunga mawar itu kepada bosnya sebagai bukti bahawa bunga itu masih dalam keadaan baik.
"Memang tak patah pun lagi. Tu pun sebab saya datang tegur awak. Kalau tak, memang patah seribu la bunga ni."
Amboi, bos!..Ayat hiperbola sungguh. Patah seribu la sangat. Aku bukan guna mesin pengisar pun. Paling koman pun dapat la nak patahkan dua tiga. Huh..
"Tu kenapa nak tenung mata saya balik?" soal Mifzal kerana kaget apabila Iman merenung matanya terlalu lama.
Eh..eh..Iman cepat-cepat memandang ke tempat lain. Aku tenung mata dia? ngee..Tak kuasa aku nak tenung lama-lama.
"Eh, mana ada saya tenung mata bos. Saya nak pandang dinding belakang sana tu." Iman menjawab sambil menunjuk dinding belakang Mifzal.
Mifzal mencerlun geram ke arah Iman. Geram dengan budak yang suka menjawab ni. Aku patah-patahkan jugak kau nanti.
"Kuat menjawab ye awak nih?!! Bagi makan bunga ni nanti baru tau!" Laju Mifzal mengambil bunga mawar tadi dari pegangan Iman dan diacah-acahkan bunga itu ke wajah Iman. Geram dengan mulut yang banyak bercakap tu.
"Ish..Ape bos buat nih..!" Iman cuba mengelak daripada ditonyoh mukanya dengan bunga mawar itu. Nasib la bunga ni wangi.
"Haa..Kan dah rosak bunga ni. Bukan saya yang buat. Bos yang buat. Tak tau..tak tau.." Iman mengusik bosnya.
Mifzal melihat bunga di tangannya. Hancur. Siapa yang buat? Aku? Cis..
"Dah..dah..Banyak main la awak nih!" Mifzal meninggikan sedikit suaranya. Geram melihat Iman yang kelihatan begitu gembira ketawakan dirinya. Iman yang agak terkejut terus menutup mulutnya dan senyap. Bos pun datang bulan agaknya. Emm..
"Sabtu ni kita pergi Cameron ambil bunga kat ladang. Kita nak guna banyak bunga minggu depan."
"Eh, Cameron? Cameron yang bukit tinggi tu?" Iman bertanya seperti tidak percaya. Mifzal hanya mengangguk.
"Bos ajak saya?" Tanya Iman lagi.
"Ia la. Tak kan saya ajak bunga ni kot." balas Mifzal sambil menunjuk bunga mawar yang semakin layu itu.
Iman tersenyum. Dia tidak pernah pergi ke Cameron dan itu adalah salah satu tempat yang dia begitu teringin nak menjejakkan kaki.
"Kita pergi empat hari. Bawa baju secukupnya. Kat sana tak ada dobi." Mifzal berpesan. Eleh, tak ada dobi pun tak pe. Aku boleh sental guna tangan je..haha..
"Dah..dah..Tersengih-sengih daripada tadi lagi. Nah, ambil bunga ni! Bersihkan sisa bunga yang atas lantai ni sekali. Berangan je tau.." Mifzal memberi arahan sebelum berlalu ke mejanya. Ayat terakhir Mifzal langsung tidak berkesan pada Iman. Fikirannya sudah terbayang-bayangkan suasana dan cuaca yang sejuk dekat sana. Iman tersenyum sendirian..Yey..Dapat pergi Cameron!!
Mifzal berpaling ke arah Iman semula.
"Hah! Lagi satu. Jangan cuba-cuba nak rosakkan bunga-bunga dekat ladang sana pulak!" Mifzal memberi amaran keras kepada Iman. Iman hanya tersenyum memandang Mifzal dan menganggukkan kepalanya tanda faham.
Mifzal terus ke mejanya sambil tersenyum. Akhirnya terukir senyuman di bibir mungil Iman.
_______________♥_______________
Opah duduk di depan pintu dapur rumahnya. Melepaskan lelah penatnya. Baru nak berkebun sikit dah penat. Jika dulu dirinya masih kuat, rajin dia bercucuk tanam. Macam-macam jenis sayur dan buah ada kat tepi dan belakang rumah.
Iman masa kecil dulu rajin menolong opahnya menanam. Dia tahu Iman sangat suka makan buah rambutan dan manggis. Kalau sayur, Iman suka makan kacang kelisa cicah sambal tempoyak. Rindunya nak makan bersama dengan cucunya.
Sudah hampir dua minggu Iman pulang ke Kuala Lumpur. Tadi Iman ada menelefon, katanya dia akan pergi ke Cameron dengan bosnya. Risau pula dalam hati ni. Siapa bos dia tu? Baik ke orangnya? Ada niat lain ke disebaliknya? Macam-macam yang bermain di fikirannya. Semoga Allah sentiasa melindungi anak ini.
"Assalamualaikum, opah." Eqa memberi salam.
"Walaikumussalam. Oh, Eqa. Mari la masuk." Opah mempelawa Eqa masuk seraya sedar selepas Eqa memberi salam.
"Termenung ape ni, opah. Teringat kat Iman la tu." Eqa cuba meneka. Dia tahu bahawa jawapannya selalu tepat.
Opah tersenyum. Mereka duduk di kerusi meja makan. Eqa menghulurkan sesuatu.
"Ni Eqa dah belikan minyak yang opah pesan semalam tu. Pastu masa nak datang sini Eqa singgah beli karipap ni sikit. Opah rindu kat Iman, Eqa pun rindu kat Iman. Emm.. Makan la, opah." Eqa berkata sambil tersengih memandang opah.
Apabila dia teringatkan Iman, pasti dia akan pergi membeli kuih karipap dari gerai Kak Biah. Kegemaran Iman tu. Tangan Eqa mencapai sebiji kuih karipap lalu disuapkan ke mulutnya. Terliur pulak tengok karipap tu. Panas lagi.
"Iman nak pergi Cameron sabtu ni dengan bos baru dia tu." Opah mula bercerita pada Eqa.
"Cameron? Berdua je?" Eqa terkejut. Biar benar..
"Ntah. Opah pun tak pasti..Opah risau sebenarnya. Opah tak kenal bos Iman tu macam mana. Baik ke? Dah la baru kenal je tu.."
"Emm..Opah izinkan ke Iman pergi?" Eqa bertanya. Hatinya mula berdebar. Dia tahu bos baru Iman itu adalah seorang lelaki. Bahaya keluar berdua dengan lelaki yang baru kenal ni. Ish..
"Opah izinkan je walaupun hati opah tak berapa nak senang."
"Laa..kenapa opah izinkan. Bahaya tau opah Iman keluar dengan lelaki yang tak kenal." Eqa menjadi seperti batu api. Bukanlah dia berniat jahat untuk menghasut opah, tapi hatinya juga risaukan Iman. Dia sayangkan Iman.
"Bahaya la jugak. Opah memang susah hati. Tapi opah tahu Iman pandai jaga diri. InsyaAllah, tak ada perkara buruk yang berlaku. Iman pergi pun sebab kerja jugak."
"Emm, yela. Dah tu kata opah." Eqa mengeluh. Karipap yang di dalam mulutnya terasa berat nak dikunyah. Terasa sukar nak ditelan. Nak luahkan balik boleh tak? Sebenarnya hati dia cemburu. Cemburu bila Iman keluar dengan lelaki lain. Iman, jaga diri baik-baik tau..
No comments:
Post a Comment