I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, April 4, 2012

Sutera Baldu : Episod 14

Suasana di ruang tamu rumah sewa Izzah sunyi sepi. Iman hanya termenung sendirian di atas sofa. Tv yang dipasang dibiarkan tanpa suara. Apa motif sebenar pasang tv kalau tak dengar suaranya? Otak tingtong!!

Iman tiba di rumah petang tadi, kelihatan kereta Izzah tiada di tempat yang selalu Izzah meletakkan keretanya. Mungkin Izzah masih belum pulang daripada kerja, desis hati Iman. Iman melangkah lemah masuk ke dalam rumah. Penatnya hari ni.

Iman segera menuju ke biliknya seraya teringat bahawa dirinya masih belum menunaikan solat asar. Mata Iman terpandang sekeping notis yang terlekat pada pintu biliknya. Izzah yang bagi ni..Iman membaca sekali imbas lalu terus masuk ke dalam biliknya.

'Aku balik rumah minggu ni..'

Iman masih memikirkan perihal Izzah. Izzah memang dah berubah. Aku tak faham! Aku memang tak faham! Kenapa Izzah perlu tampal notis di pintu biliknya sedangkan Izzah boleh menghantar mesej melalui handsetnya. Dah benci sangat ke Izzah pada aku? Tapi sebab apa? Arrgghh!!..serabuuuutt!

Keropok twisties di kunyah rakus. Matanya tertumpu pada rancangan yang disiar, namun langsung tidak menarik minatnya. Telatah Tom yang asyik dibuli oleh Jerry tidak berjaya menggelikan hatinya. Geli perut ada lah.

Iman mencapai handsetnya. Inbox kosong. Emm, Daiyan memang dah diam membisu sekarang. Call pun tak berangkat. Mesej pun tak berjawab. Geram! Rasa macam nak cubit-cubit je..Tahu tak orang kat sini dah tak senang duduk risaukan awak?!

Esok pagi Iman akan berangkat ke Cameron bersama Mifzal. Kata Mifzal, adiknya juga akan ikut sama. Lega hati Iman andai ada orang lain yang turut serta. Tak sanggup nak pergi berduaan saja dengan Mifzal. Daiyan pun memang tak suka kalau Iman keluar dengan lelaki lain. Emm..

Iman menghantar mesej pada Daiyan untuk kali ke berapa ratus.

'Sy g Cameron esok dgn bos. Adik dia ikut jgk. Awk x perlu la risau..'

Tak perlu la risau? Entah-entah, dia memang langsung tak kisah kau nak keluar ke mana pun. Argghh!!..Monolog yang sangat menyakitkan hati! Lantak la!

Iman bingkas bangun dari sofa lalu terus menutup tv. Baik aku tidur awal. Esok kena bangun awal pulak..Good night, Daiyan..Weeekkk!!

______________________________

"Iman!! Cepat la. Awak buat apa lama sangat tu? Tak payah nak makeup sangat la.." Mifzal menjerit dari luar rumah. 

Jam menunjukkan tepat pukul 7.15 pagi. Bermakna, dia telah menunggu Iman di luar rumah selama 15 minit.

"Ye..Kejap, bos.." Iman meluru keluar sambil membawa beg-begnya.

"Eh!. Awak ni nak berkampung ke dekat sana?"

"Apa pulak nak berkampung, bos? Kan kita pergi 4 hari je. Lagipun bos yang cakap haritu kena bawa baju secukupnya..Kan kat sana tak ada dobi..hehe.."

"Emm. Yela..Yela..Cepat angkat beg awak ni masuk bonet." Mifzal memberi arahan dan terus berlalu ke kereta. Iman mencebik. Ingatkan nak tolong angkatkan beg sekali tadi. Huh!

Iman menjinjit beg-begnya ke kereta. Dari jauh kelihatan seperti ada seseorang di dalam kereta. Mungkin itu adik bosnya. Selesai menyimpan beg-begnya, mereka segera masuk ke dalam kereta. Iman duduk di sebelah Mifzal. Ingat tadi nak duduk seat belakang tapi awal-awal lagi Mifzal sudah membukakan pintu  depan untuknya..So, terpaksa la..

Mereka terus bertolak ke destinasi. Hati Iman berbunga-bunga. Tak sabar nak jejakkan kaki di tanah Cameron. Pasal Daiyan dan Izzah, ketepikan la dulu. Boleh hilang mood kalau fikir pasal hal tu.

Suasana di dalam kereta sunyi. Mifzal hanya menumpukan perhatian pada pemanduannya. Sesekali Iman menoleh ke tempat duduk belakang melihat gadis yang sedang nyenyak tidur.

"Tu adik saya, Maisara.." Tiba-tiba Mifzal bersuara. Iman memandang Mifzal disebelahnya.

"Oh. Student?"

"Yup. Baru form 2. Belajar kat Ipoh."

Form 2? Nampak macam matured je.

Alahai, bosannya duduk dalam kereta ni. Masing-masing senyap. Nak pasang radio boleh? Ok, aku tanya dalam hati je. Sunyi, tambah dengan aircond yang sepoi-sepoi bahasa ni memang membelai mata aku. Mengantuknya..Tahan la mata..Tahan la..

Emm..Ni siapa la yang pegang-pegang bahu aku ni. Jangan la kacau..

"Kak Iman..Bangun la. Bangun la cepat.." Maisara mengejutkan Iman yang sedang nyenyak tidur. Iman yang baru tersedar terus bingkas bangun, terkejut.

"Eh! Kita dah sampai ke?" Iman gelabah. Matanya memandang sekeliling.

"Belum. Kita singgah perhentian dulu. Lapar. Cepat la, kak. Abang tunggu kat depan sana dah tu."

Iman memandang Mifzal yang menanti di depan pintu masuk. Aduh. Apesal la kau tidur, Iman? Malu tau tak! Iman sempat lagi membetulkan tudungnya dihadapan tingkap kereta. Habis senget tudung aku..Setelah memastikan penampilannya kemas, Iman terus menuju ke arah Mifzal.

"Breakfast dulu.." sepatah Mifzal berkata pada Iman. Dia terus berlalu meninggalkan Iman sendirian di belakang. Iman hanya mengangguk. Nasib la bosnya sudah pergi. Tak tahu nak tunduk macam mana dah untuk sorok mata yang sembab baru bangun tidur nih..

Iman memandang sekitar tempat makan itu. Sememangnya dia berasa lapar sejak pagi tadi lagi. Nak breakfast kat rumah tadi, tak sempat. Semuanya gara-gara bangun lewat. Tidur awal, bangun lewat, tidur dalam kereta pulak..Ishh..teruknya kau, Iman..

Kaki Iman terus melangkah mendekati salah satu kedai makan yang ada. Bau makanan yang menyelerakan membuatkan perut Iman mula bermain gendang. Cuci mata dulu. Iman bergerak ke kedai sebelah. Ok..ada bihun sup, makanan goreng-goreng, ada laksa.. Laksa? Waaa..tak mahu..!!

Iman menelan air liurnya. Kembang tekak pulak bila teringat kenangan yang tak berapa nak indah mengenai laksa ni. Move to the next shop. Tak jumpa makanan yang nak dimakan lagi.

"Awak ni nak beli makanan ke nak masak makanan?" Mifzal menegur. Daripada tadi lagi dia memerhati telatah Iman yang asyik mundar-mandir memilih makanan.

"Eh..Bos! Errmm.. Bos buat ape kat sini? Nak beli kat sini ke? Beli apa?" Iman cuba mengawal dirinya yang terkejut dengan teguran Mifzal yang datang tiba-tiba.

"Saya nak beli awak boleh?

"Eh..??

"Nak beli awak, bawa awak naik kereta cepat sikit." Mifzal menjeling.

Iman terkebil-kebil memandang Mifzal di sebelahnya. Apa yang bos cakap ni? Tak faham la.

"Dah..dah..Tak payah nak tengok-tengok saya. Cepat beli makanan tu. Jap lagi kita nak gerak dah ni." Mifzal berpesan pada Iman.

Iman cuma mengiakan kata-kata Mifzal. Tangan Iman mencapai sebungkus nasi lemak daun pisang yang tersedia di atas kaunter kedai itu. Memang daripada tadi lagi hidungnya asyik menyedut udara nasi lemak ni. Sedapnya. Teringat nasi lemak yang opah selalu buat.

Selepas membayar, Iman duduk di satu meja yang agak terselindung di sebalik pasu-pasu bunga yang besar. Baru Iman nak menyuap makanan ke dalam mulutnya, Mifzal dan adiknya datang duduk semeja bersamanya. Mifzal memegang bungkusan nasi lemak yang sama. Begitu juga dengan Sara. Ceh, tiru orang!!

Selesai makan, mereka bertolak ke destinasi semula. Perut dah kenyang, harap-harap mata ni jangan la buat hal nak terlelap lagi. Tak sampai setengah jam perjalanan, Sara sudah tertidur semula di tempat duduk belakang.

"Cepatnya adik awak tidur." Iman berkata.

"A'ah..Dia tu memang kaki tidur. Lagipun semalam dia sampai rumah pada lewat malam. Baru balik dari sekolah dia."

"Balik sekolah?"

"Iye la. Kan hari ni start cuti sekolah. Pak Dee pergi jemput Sara semalam, tapi kereta rosak pulak kat tengah jalan. Tu yang sampai lewat dan mula la tak cukup tidur."

"Ohh..Patut la.." Iman mengangguk-ngangguk tanda faham. Suasana dalam kereta kembali senyap. Aduh. Bosannya. Tolong la pasang radio ke, borak-borak ke? Kang aku tidur balik, baru tau!

"Iman, tolong pasangkan radio tu. Boring pulak tak dengar lagu." Mifzal mencelah ketika anganku baru nak bermula.

"Radio? Oh, boleh sangat bos!" Laju jari Iman menekan butang radio. Bagus la bos ni. Dengar je apa yang hati aku cakap. Hahaha..

Lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain bermain di corong radio. Ok, aku tak minat lagu ni. Bos, nak tukar lagu lain boleh?

Iman menunggu respond daripada Mifzal. Ternyata Mifzal bukan orang yang boleh mendengar kata hati orang. Malah, Iman turut mendengar suara-suara halus yang mengikut lirik lagu tersebut. Yes, hati bos ada bunga-bunga di taman! Hahahaha..

Mifzal membelok kereta ke kiri. Iman melihat signboard di tepi jalan 'Cameron Highlands   <---'

Yey, dah masuk simpang ke Cameron. Tak sabarnya nak rasa angin sejuk. Iman tersenyum-senyum sendirian. Lagu-lagu yang dimainkan di radio tidak menarik minat Iman lagi. Matanya lebih tertumpu pada jalan di hadapan dan permandangan di luar. Cameron, here I come!!! Huahahaha..



No comments:

Meh Baca Yang Ni Jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...