Assalamualaikum..
Malam ni mood CK agak berbunga-bunga cikit..Sebab ape? hehehe..
Hari tu CK ada bgtau yang CK join 1 contest ni kat FB..Kena buat short story..Dan dan dan...CK MENANG!!!..Alhamdulillah..
Pestaim join benda2 camni..Tu yang terlajak over sukenya..Saje suka2 nak join..Dah rezeki story CK terpilih The Best Story, Alhamdulillah..
Hari tu masa baru hantar story tu, CK tak berani nak share kat sini lagi. Kang kalah, maluuuuu..Sekarang meh CK share kat sini deh..
Contest ni anjuran Studio.Muslim..Gambar ni CK cilok kat page tu la sebab ayat yang dalam tu sebahagian daripada story CK jugak..Gambar ni, dorang la yang edit sendiri..CK hantar cite je..huhuhu..
Syarat nak wat short story ni mesti la view video yang dorang wat dulu then lahirkan idea sendiri tak lebih dari 150 words.."Dengan syarat cerpen itu dari sudut anda samada sebagai watak
pelakon utama hero atau pelakon utama heroin"
So op kos la CK pilih jadi Heroin kan..keh3..Cerita pulak kena mulakan dengan "Namaku..... dan inilah ceritaku.." kemudian sambungkan..
Dan ni hasilnya yang tak seberapa..:)
Namaku Nurul dan inilah ceritaku yang singgah hanya sedetik
cuma. Kehidupanku yang sentiasa ditemani ayat-ayat Allah memberikan seribu erti
dalam diri untuk aku terus mengharungi hidup dalam Mujahadah. Hidup ku tenang
disamping mereka yang sentiasa membimbingku. Ya, aku sedar bahawa diluar sana
masih ada hati-hati yang keras dan sentiasa ingin memberontak. Namun, disebalik
serpihan kaca-kaca yang halus, terselit sebutir permata yang cuba menyinarkan
dirinya. Syukur, Ya Allah. Kau membuka hatinya. Dan hati ini juga begitu
menyenangi akan kehadiran si permata. Langkah yang diatur tidak lagi cuba
berpaling. Hidup kami disisiMu. Namun, Kau uji hati ini dengan menarik kembali
sebutir permata itu jauh dari hidupku. Benar, itu tanda kasihnya Allah kepada
makhlukNya, tidak akan membiarkan sinar permata diselubungi kegelapan lagi. Aku
merelakan pemergianmu, sahabat. Permata yang baru bersinar itu akan terus
bersinar dengan titisan air wuduknya dan alunan merdu bacaannya. Pergilah,
sahabat. Teruslah bersinar disisi Allah, Penciptamu.
~Tamat~
♥ Kalau like, klik like ♥
No comments:
Post a Comment