Kisah benar ini berlaku di US.
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di
US. Dia memakai tudung dan memiliki
akhlak yang bagus.
Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat
kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang
pada masa itu.
Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap
sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut.
Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih
Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu.
Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap
hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon
keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat
Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah
membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat
menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak
endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang
seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit
selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit
putih yang dia lihat semalam
adalah perogol itu.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat
aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui
kawad cam dan selepas siasatan dilakukan,
polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak
jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di
masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini
nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan
perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on that night even
though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun
awak tau saya seorang je masa tu?)
Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw two young man
walking with you. One on your right side and the other one was by your left
side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2
orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah
kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)
Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan
perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu,
mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.
p/s : MORAL CERITA INI???
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan
meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita
dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang
seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang
lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk
menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.
"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila
berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya
hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan
nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]
Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada
pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang
bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan
senjata orang mukmin iaitu DOA….
semoga kita sentiasa dipelihara Allah dari kejahatan
syaitan yang di rejam…….
2 comments:
blh post bnde ni kat fb x
boley je..klu nak share kat fb,share la..^_^
Post a Comment