Assalamualaikum..
lamanya CK tak update blog ni..quite busy lorh..ermmm..nak update blog ngan tajuk ni..korang ok ke?? Kot nanti kata CK gatal plak kan..padahal CK tak kawen lagi..(will be soon..keh3..)..layan je la dulu entri nih..hehe..^_~
1. Cium
tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja
masing-masing.
2. Jika berpisah
lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi
dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk
mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya
sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan
kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana,
menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari
peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan
anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya
apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda
mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa
untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa
sebelum tidur.
8. Mudah berbaik
jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satu
jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam
bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari
pandangan anak-anak.
9. Temani pasangan
semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya
kerana apa yang penting ada berada disisi.
10. Jangan sesekali
berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat
kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan
sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman
selepasnya.
12. Biasakan
bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk
menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali
buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu,
memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti
menyukainya.
14. Senda gurau
dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau
apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang
pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami
yang berkerja keras menyara keluarga.
16. Sesekali tukar
gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja
masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk
menyelesaikannya.
18. Sentiasa
menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia
kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
19. Setiap pagi
berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang
hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama.Tidak salah juga minta maaf
andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya
sahaja!
20. Jika
amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini,
jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan
malu.
Nabi Muhammad SAW
bersabda :
“Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang paling baik kepada isterinya. Dan wanita yang paling baik dari umatku adalah wanita yang paling baik bagi suaminya.
Bagi isteri yang baik pada suaminya tiap hari akan mendapat SERIBU syahid (karena ikhlas dan sabarnya). Wanita yang paling baik adalah wanita yang membahagiakan suami dalam segala hal yang diinginkannya, selain bermaksiat kepada ALLAH.
Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang bersifat lembut pada istrinya. Setiap hari Suami yang baik kepada istrinya akan mendapat SERATUS SYAHID (karena ikhlas dan sabarnya).”
Dengan hairan Umar bin al-Khatab as bertanya, ” Wahai Rasulullah, mengapa wanita dapat pahala SERIBU, sedang lelaki hanya SERATUS?”.
Nabi SAW menjawab, “Wahai Umar! Pahala dan keutamaan istri lebih besar dari suaminya, karena ALLAH SWT mengangkat darjat lelaki di dalam Syurga beberapa darjat dikeranakan redha dan doa isteri kepada suaminya.
Namun ketahuilah bahwa dosa terbesar setelah syirik kepada ALLAH adalah menderhakai suami. Dan takutlah kalian kepada ALLAH terhadap DUA ORANG LEMAH, yakni ANAK YATIM dan ISTRI.
Barang siapa yang berlaku baik kepada keduanya/lemah lembut, bererti ia telah menggapai redha ALLAH. Dan barang siapa yang berlaku buruk kepada keduanya, maka ia berhak mendapat murkaNya…
Hak isteri atas suaminya adalah seperti hakKU atas kalian. Barang siapa yang menyia-nyiakan hak ALLAH, maka ia akan kembali dengan mendapat murka ALLAH SWT dan tempat kembalinya adalah tempat yang paling buruk, yaitu Neraka Jahanam”.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata :

Rasulullah SAW
bersabda : “Orang mu’min yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik
akhlaknya, dan orang yang paling baik diantara kalian adalah yang paling baik
terhadap para istrinya.” (HR Tirmidzi)
No comments:
Post a Comment