I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, April 28, 2012

Just want to say, THANKS TO YOU..♥

Alhamdulillah...
Itu yang pertama sekali CK nak sebut..sebab hati CK rasa puas sangat sekarang..
Puas sebab ape?
Sebab dapat masakkan sesuatu untuk kawan2..

Ya Allah..
Beberapa minggu yang lalu, tak tau la kenapa CK rasa gian sangat nak memasak..
Mungkin sebab pengaruh tengok blog masakan..mungkin..
Minggu lepas dah masak..
Minggu ni nak masak lagi..
Dan kali ni CK sangat2 puas..sebab whole day CK wat persiapan untuk malam ni..(Walaupun masaknya tak seberapa..)
Hehe..gigih kan?

Syukur..
Bila dapat peluang memasak, tambah2 pulak dapat share dengan kawan2..
Rasa gembira sangat2..
Terima kasih sebab sudi makan makanan yang huda masak..
Sayang kamu semua..:)

Seronok tengok gelak tawa kawan2..
Dan awak yang naik moto tu!!..Terima kasih sebab tak wat muka muncung malam ni..Smile tu kan awet muda..huhu..
Kalian yang ada bersama dengan CK tadi, terima kasih sebab makan walaupun CK masak tak sedap..keh3
At least tak de pembaziran..

Kepuasan dihati..
Hingga terdetik, adakah aku masih boleh buat macam ni lagi?
Kenapa hati kata macam dah tak de peluang tu?
Sedih..but CK dah puaskan kehendak CK..
Thanks kawan2..
I love all of you..I'll miss you after.....

♥ Kalau like, klik like ♥

Sunday, April 22, 2012

Hawa Dijadikan Ketika Adam a.s Sedang Tidur...

Hanya copy from somewhere..( Giler malas nak hapdet blog..terbaca kat FB tadi..terasa nak share kat sini plak..baca je la ye..)

Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa Hawa dijadikan oleh ALLAH S.W.T di saat Adam a.s tidur? Jawapannya seorang lelaki apabila kesakitan, maka dia akan membenci manakala wanita sebaliknya. 

Bagi wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari tulang sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam pada saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan kesakitan dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan anak dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang.


tercipta engkau dari rusuk lelaki,
bukan dari kaki untuk dialasi,
bukan dari kepala untuk dijunjung,

tapi dekat dibahu untuk dilindung,
dekat juga dihati untuk dikasihi,
engkaulah wanita hiasan duniawi...


♥ Kalau like, klik like ♥

Friday, April 20, 2012

Join Contest "The Best Story" ♥

Assalamualaikum..
Malam ni mood CK agak berbunga-bunga cikit..Sebab ape? hehehe..

Hari tu CK ada bgtau yang CK join 1 contest ni kat FB..Kena buat short story..Dan dan dan...CK MENANG!!!..Alhamdulillah..

Pestaim join benda2 camni..Tu yang terlajak over sukenya..Saje suka2 nak join..Dah rezeki story CK terpilih The Best Story, Alhamdulillah..

Hari tu masa baru hantar story tu, CK tak berani nak share kat sini lagi. Kang kalah, maluuuuu..Sekarang meh CK share kat sini deh..


Contest ni anjuran Studio.Muslim..Gambar ni CK cilok kat page tu la sebab ayat yang dalam tu sebahagian daripada story CK jugak..Gambar ni, dorang la yang edit sendiri..CK hantar cite je..huhuhu..

Syarat nak wat short story ni mesti la view video yang dorang wat dulu then lahirkan idea sendiri tak lebih dari 150 words.."Dengan syarat cerpen itu dari sudut anda samada sebagai watak pelakon utama hero atau pelakon utama heroin"

So op kos la CK pilih jadi Heroin kan..keh3..Cerita pulak kena mulakan dengan "Namaku..... dan inilah ceritaku.." kemudian sambungkan..

Dan ni hasilnya yang tak seberapa..:)

Namaku Nurul dan inilah ceritaku yang singgah hanya sedetik cuma. Kehidupanku yang sentiasa ditemani ayat-ayat Allah memberikan seribu erti dalam diri untuk aku terus mengharungi hidup dalam Mujahadah. Hidup ku tenang disamping mereka yang sentiasa membimbingku. Ya, aku sedar bahawa diluar sana masih ada hati-hati yang keras dan sentiasa ingin memberontak. Namun, disebalik serpihan kaca-kaca yang halus, terselit sebutir permata yang cuba menyinarkan dirinya. Syukur, Ya Allah. Kau membuka hatinya. Dan hati ini juga begitu menyenangi akan kehadiran si permata. Langkah yang diatur tidak lagi cuba berpaling. Hidup kami disisiMu. Namun, Kau uji hati ini dengan menarik kembali sebutir permata itu jauh dari hidupku. Benar, itu tanda kasihnya Allah kepada makhlukNya, tidak akan membiarkan sinar permata diselubungi kegelapan lagi. Aku merelakan pemergianmu, sahabat. Permata yang baru bersinar itu akan terus bersinar dengan titisan air wuduknya dan alunan merdu bacaannya. Pergilah, sahabat. Teruslah bersinar disisi Allah, Penciptamu.
~Tamat~


♥ Kalau like, klik like ♥


Sunday, April 15, 2012

13 Alasan Wanita Tidak Menutup Aurat


WANITA TIDAK MENUTUP AURAT SELALU GUNA 13 ALASAN INI....

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ 

Pernah tak kalian nasihat dan tegur kawan-kawan wanita kalian yang tidak menutup aurat? CK tak pernah la  tegur lagi. Ape-ape pun jom kita tengok dulu apakah alasan yang SELALU digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan diorang itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk diorang?.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke? -Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang. -Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..." 

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos. -Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang. 

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik. -Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat? 

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok. -Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak? 

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami. -Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau. 

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa. -Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga? 

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain. -Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau. 

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan. -Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya. 

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis) -Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah? 

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru. -Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti. 

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la.. -Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku. 

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya. -Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.


Bila baca 13 alasan ni, hati ni yang berderau rasa nak marah..sabo2..Ni baru 13 alasan..Sebenarnya banyak lagi kot.. Kalau ada orang tegur korang dan CK dengar korang jawab macam ni, siap la..cabai mulut tu kang!!
♥ Kalau like, klik like ♥


Saturday, April 14, 2012

Hari Yang Tak Keruan~Banyak Berangan

Assalamualaikum..
Hari ni CK memang xde terdetik langsung nak menghapdet blog..Malas~
Tapi setelah menghabiskan separuh hari harini, CK rasa cam nak hapdet plak..Sebab? sangaplah borim.

Oleh kerana tajuk entri pun agak-agak vengong, CK tak nak buat ayat formal lah..Terasa skema plak..

Hari sabtu yang macam ni memang otak aku jadi teng teng sikit..Aku bangun pagi2 ni, perut aku dah minta steamboat (kat Fb pun hapdet status sal steamboat). Aku terus menggoogle cari resepi nak wat steamboat. Apa yang ada dalam otak aku time tuh, aku nak salin resepi, dan nak kua pegi pasar @ Giant kat Metro pun boleh pagi2 tu nak cari bahan. Periuk? Aku nak angkut periuk nasi kawan aku je..(Kalau boleh...)

Kat google, image steamboat memang wat perut aku merana lah..Nak makan steamboat!! Bukak satu blog ni, ada cara-cara nak buat steamboat. Oh my! Bahan-bahan sume ni aku nak cekau kat mana? Tak boleh jadi ni..Cari resepi lain yang nampak agak-agak simple jeh.. Ok..Mengalah..kebanyakannya bahan-bahan lebih kurang. Banyak la duit kau nak beli bende-bende alah tuh? Lagi pun, sedar la yang kau tu dok hostel, bukannya kat rumah..ade paham ka? Emm..So sad :'(

Hasil daripada menggoogle jek..:(
Sedih kerana impianku nak makan steamboat musnah, aku godek-godek lagi kat dalam blog yang ada entry steamboat tu tadi. Aku terjumpa resepi nak wat tiramisu la plak dah. Secara jujurnya aku ni TAK pernah telan si tiramisu ni..Dan rupanya macam mana pun aku tak tahu. Tapi!! Kali ni kau memang betul2 nak menarik perhatian aku..Dari steamboat dah jadi tiramisu..

Cara nak buat tu memanglah teramat mudah. Aku rasa macam nak masak je kat dalam bilik ni. Tapi, oleh kerana bahan-bahan tu aku tak pasti nak carik kat mana dan aku tak ada peti ais untuk simpan cik tiramisu tu, perut aku pun mengalah je la. Tak pe la..kucewa jap..(Aku copy and save address blog tu..supaya senang kalau2 aku boleh nak wat nanti, aku carik je la resepi kat situ..huahahahaha..)

Untuk menggantikan steamboat dan cik tiramisu, aku pun membancuh susu dan menyediakan roti yang berintikan planta dan kaya. hahahaha..cam ayat minta simpati plak..hehe..makan tu pun jadi la..Wahai perut, sila jangan nak demand minta makanan yang mahal2 ok?

Oleh sebab aku ada exam minggu depan, aku pun merajinkan diri untuk membuka buku sambil2 nak makan roti tu kan. Buka buku je rajin, nak baca malas. 10 minit je bertahan. Then tutup balik. Cuba ingat ape yang aku baca. Ada la dalam 50% yang aku ingat tapi bukan hasil daripada yang aku baru baca tadi tapi hasil daripada yang aku faham semasa kat dalam kelas..hahaha..

Selepas study dalam 10 minit, aku bukak FB jap. Eh, ada peraduan buat short story@cerpen pendek la..Teringin nak join. Rasa cam nak ambik cite yang aku penah buat n post kat blog je..Tiba-tiba dia update dengan meletakkan syarat plak. Nak buat cite tu kena view video yang dorang buat dulu..Mek down sebab utube teramatlah susah nak loading menggunakan wifi kat sini.

Sementara tunggu cik utube loading, aku dah standby bukak microsoft word ni. Kenapa aku nak join? sebab syarat wat cerpen ni tak lebih 150 words pun..Taip seciput je. Bila dah ciap loading, aku pun view..Ok, aku tak de idea la plak..Tapi aku karang je cerpen tu ikut otak aku sampai siap. Then terus hantar. Aku rasa, akulah peserta pertama yang hantar..hahaha..

Perut dah lapar. 3 hari jugak aku tak jumpa nasi. Niat dihati nak merajinkan diri pergi kafe. Sampei je kat kafe, pintu bermangga pulak dah. Spoil..Dengan lemah longlainya aku melangkah pulang ke bilik. Sad story..

Kat bilik, bukak blog yang masak tadi semula. La..Rupanya banyak resepi dia wei..Start kat sini aku rasa otak aku dah mula nak ting tong..Aku rasa blogger ni tersangat rajin memasak dan tersangat la pandai memasak walaupun dia cakap kebanyakkan resepi tu sume, dia cari kat pak google jeh.

Rajin dia terangkan bahan dan cara memasak, siap dengan pakej gambar lagi. Memang faham dan disebabkan itu hati aku memang meronta-ronta nak try memasak camtu jugak..Aku rasa cam tension sangat sebab aku hanya mampu melihat dan telan air liur senyap2 tanpa mampu nak try satu pun resepi2 tu sume kerana aku hanya duduk kat bilik yang ada meja, kerusi, katil, tilam, almari dan ape2 je yang berkaitan dengan bende alah tadi..Dapur?..Argghh!!

Ape yang aku rasa sangat best dengan blogger ni?
-Si isteri yang sangat pandai dan rajin memasak..untuk hubby dan anak-anak dia..
-Aku rasa dia seorang suri rumah sepanjang masa (Aku rasa la..)
-Sporting dan kelakar..
-Cik puan ni ada anak-anak yang sangat comel..hehe..suke2..
-Rumah yang besar, selesa dan dapur yang best!!
-Setiap kali memasak, cik puan ni guna peralatan yang lengkap dan comil2 belaka..


CK sertakan nama blog cik puan ye..kira cam pomot plak..CAHAYA CINTAKU

Dapur yang best pun merupakan salah satu faktor yang boleh mendorong kita rajin wat kerja dapur..(Kalau yang malas tu, malas jugak..) Siyez, dapur dia kemas, besar, cukup kelengkapan dan yang paling penting bersih!!..

Sesi berangan dah bermula..Syoknya dapat masakkan makanan feberet untuk orang yang kite sayang..Bila jadi suri rumah sepenuh masa, boleh focus kat family je..boleh masakkan untuk suami dan anak-anak..Bila g pasar, boleh beli macam2..nanti nak masak tu, nanti nak masak ni..hehe..Bestnya~

Ok..Sesi berangan dah abis..tak boleh banyak2..Nanti sume keje tak jalan..Oleh kerana sesi berangan dah tamat tadi, barulah aku boleh menaip entry kat sini..huhu..

Sekarang dah abis ye sesi bebelan untuk separuh hari sabtu aku..Untuk malam ni, aku tak tau la ape plak yang nak jadi..yang pasti, dalam sejam ni, aku sibuk dok menaip entry ni..hahaha..

Dah la..Penat..CK nak wat benda lain plak..hoho..Assalamualaikum..:) *Tiba-tiba bahasakan diri CK balik..hikhik..


♥ Kalau like, klik like ♥


Wednesday, April 4, 2012

Sutera Baldu : Episod 14

Suasana di ruang tamu rumah sewa Izzah sunyi sepi. Iman hanya termenung sendirian di atas sofa. Tv yang dipasang dibiarkan tanpa suara. Apa motif sebenar pasang tv kalau tak dengar suaranya? Otak tingtong!!

Iman tiba di rumah petang tadi, kelihatan kereta Izzah tiada di tempat yang selalu Izzah meletakkan keretanya. Mungkin Izzah masih belum pulang daripada kerja, desis hati Iman. Iman melangkah lemah masuk ke dalam rumah. Penatnya hari ni.

Iman segera menuju ke biliknya seraya teringat bahawa dirinya masih belum menunaikan solat asar. Mata Iman terpandang sekeping notis yang terlekat pada pintu biliknya. Izzah yang bagi ni..Iman membaca sekali imbas lalu terus masuk ke dalam biliknya.

'Aku balik rumah minggu ni..'

Iman masih memikirkan perihal Izzah. Izzah memang dah berubah. Aku tak faham! Aku memang tak faham! Kenapa Izzah perlu tampal notis di pintu biliknya sedangkan Izzah boleh menghantar mesej melalui handsetnya. Dah benci sangat ke Izzah pada aku? Tapi sebab apa? Arrgghh!!..serabuuuutt!

Keropok twisties di kunyah rakus. Matanya tertumpu pada rancangan yang disiar, namun langsung tidak menarik minatnya. Telatah Tom yang asyik dibuli oleh Jerry tidak berjaya menggelikan hatinya. Geli perut ada lah.

Iman mencapai handsetnya. Inbox kosong. Emm, Daiyan memang dah diam membisu sekarang. Call pun tak berangkat. Mesej pun tak berjawab. Geram! Rasa macam nak cubit-cubit je..Tahu tak orang kat sini dah tak senang duduk risaukan awak?!

Esok pagi Iman akan berangkat ke Cameron bersama Mifzal. Kata Mifzal, adiknya juga akan ikut sama. Lega hati Iman andai ada orang lain yang turut serta. Tak sanggup nak pergi berduaan saja dengan Mifzal. Daiyan pun memang tak suka kalau Iman keluar dengan lelaki lain. Emm..

Iman menghantar mesej pada Daiyan untuk kali ke berapa ratus.

'Sy g Cameron esok dgn bos. Adik dia ikut jgk. Awk x perlu la risau..'

Tak perlu la risau? Entah-entah, dia memang langsung tak kisah kau nak keluar ke mana pun. Argghh!!..Monolog yang sangat menyakitkan hati! Lantak la!

Iman bingkas bangun dari sofa lalu terus menutup tv. Baik aku tidur awal. Esok kena bangun awal pulak..Good night, Daiyan..Weeekkk!!

______________________________

"Iman!! Cepat la. Awak buat apa lama sangat tu? Tak payah nak makeup sangat la.." Mifzal menjerit dari luar rumah. 

Jam menunjukkan tepat pukul 7.15 pagi. Bermakna, dia telah menunggu Iman di luar rumah selama 15 minit.

"Ye..Kejap, bos.." Iman meluru keluar sambil membawa beg-begnya.

"Eh!. Awak ni nak berkampung ke dekat sana?"

"Apa pulak nak berkampung, bos? Kan kita pergi 4 hari je. Lagipun bos yang cakap haritu kena bawa baju secukupnya..Kan kat sana tak ada dobi..hehe.."

"Emm. Yela..Yela..Cepat angkat beg awak ni masuk bonet." Mifzal memberi arahan dan terus berlalu ke kereta. Iman mencebik. Ingatkan nak tolong angkatkan beg sekali tadi. Huh!

Iman menjinjit beg-begnya ke kereta. Dari jauh kelihatan seperti ada seseorang di dalam kereta. Mungkin itu adik bosnya. Selesai menyimpan beg-begnya, mereka segera masuk ke dalam kereta. Iman duduk di sebelah Mifzal. Ingat tadi nak duduk seat belakang tapi awal-awal lagi Mifzal sudah membukakan pintu  depan untuknya..So, terpaksa la..

Mereka terus bertolak ke destinasi. Hati Iman berbunga-bunga. Tak sabar nak jejakkan kaki di tanah Cameron. Pasal Daiyan dan Izzah, ketepikan la dulu. Boleh hilang mood kalau fikir pasal hal tu.

Suasana di dalam kereta sunyi. Mifzal hanya menumpukan perhatian pada pemanduannya. Sesekali Iman menoleh ke tempat duduk belakang melihat gadis yang sedang nyenyak tidur.

"Tu adik saya, Maisara.." Tiba-tiba Mifzal bersuara. Iman memandang Mifzal disebelahnya.

"Oh. Student?"

"Yup. Baru form 2. Belajar kat Ipoh."

Form 2? Nampak macam matured je.

Alahai, bosannya duduk dalam kereta ni. Masing-masing senyap. Nak pasang radio boleh? Ok, aku tanya dalam hati je. Sunyi, tambah dengan aircond yang sepoi-sepoi bahasa ni memang membelai mata aku. Mengantuknya..Tahan la mata..Tahan la..

Emm..Ni siapa la yang pegang-pegang bahu aku ni. Jangan la kacau..

"Kak Iman..Bangun la. Bangun la cepat.." Maisara mengejutkan Iman yang sedang nyenyak tidur. Iman yang baru tersedar terus bingkas bangun, terkejut.

"Eh! Kita dah sampai ke?" Iman gelabah. Matanya memandang sekeliling.

"Belum. Kita singgah perhentian dulu. Lapar. Cepat la, kak. Abang tunggu kat depan sana dah tu."

Iman memandang Mifzal yang menanti di depan pintu masuk. Aduh. Apesal la kau tidur, Iman? Malu tau tak! Iman sempat lagi membetulkan tudungnya dihadapan tingkap kereta. Habis senget tudung aku..Setelah memastikan penampilannya kemas, Iman terus menuju ke arah Mifzal.

"Breakfast dulu.." sepatah Mifzal berkata pada Iman. Dia terus berlalu meninggalkan Iman sendirian di belakang. Iman hanya mengangguk. Nasib la bosnya sudah pergi. Tak tahu nak tunduk macam mana dah untuk sorok mata yang sembab baru bangun tidur nih..

Iman memandang sekitar tempat makan itu. Sememangnya dia berasa lapar sejak pagi tadi lagi. Nak breakfast kat rumah tadi, tak sempat. Semuanya gara-gara bangun lewat. Tidur awal, bangun lewat, tidur dalam kereta pulak..Ishh..teruknya kau, Iman..

Kaki Iman terus melangkah mendekati salah satu kedai makan yang ada. Bau makanan yang menyelerakan membuatkan perut Iman mula bermain gendang. Cuci mata dulu. Iman bergerak ke kedai sebelah. Ok..ada bihun sup, makanan goreng-goreng, ada laksa.. Laksa? Waaa..tak mahu..!!

Iman menelan air liurnya. Kembang tekak pulak bila teringat kenangan yang tak berapa nak indah mengenai laksa ni. Move to the next shop. Tak jumpa makanan yang nak dimakan lagi.

"Awak ni nak beli makanan ke nak masak makanan?" Mifzal menegur. Daripada tadi lagi dia memerhati telatah Iman yang asyik mundar-mandir memilih makanan.

"Eh..Bos! Errmm.. Bos buat ape kat sini? Nak beli kat sini ke? Beli apa?" Iman cuba mengawal dirinya yang terkejut dengan teguran Mifzal yang datang tiba-tiba.

"Saya nak beli awak boleh?

"Eh..??

"Nak beli awak, bawa awak naik kereta cepat sikit." Mifzal menjeling.

Iman terkebil-kebil memandang Mifzal di sebelahnya. Apa yang bos cakap ni? Tak faham la.

"Dah..dah..Tak payah nak tengok-tengok saya. Cepat beli makanan tu. Jap lagi kita nak gerak dah ni." Mifzal berpesan pada Iman.

Iman cuma mengiakan kata-kata Mifzal. Tangan Iman mencapai sebungkus nasi lemak daun pisang yang tersedia di atas kaunter kedai itu. Memang daripada tadi lagi hidungnya asyik menyedut udara nasi lemak ni. Sedapnya. Teringat nasi lemak yang opah selalu buat.

Selepas membayar, Iman duduk di satu meja yang agak terselindung di sebalik pasu-pasu bunga yang besar. Baru Iman nak menyuap makanan ke dalam mulutnya, Mifzal dan adiknya datang duduk semeja bersamanya. Mifzal memegang bungkusan nasi lemak yang sama. Begitu juga dengan Sara. Ceh, tiru orang!!

Selesai makan, mereka bertolak ke destinasi semula. Perut dah kenyang, harap-harap mata ni jangan la buat hal nak terlelap lagi. Tak sampai setengah jam perjalanan, Sara sudah tertidur semula di tempat duduk belakang.

"Cepatnya adik awak tidur." Iman berkata.

"A'ah..Dia tu memang kaki tidur. Lagipun semalam dia sampai rumah pada lewat malam. Baru balik dari sekolah dia."

"Balik sekolah?"

"Iye la. Kan hari ni start cuti sekolah. Pak Dee pergi jemput Sara semalam, tapi kereta rosak pulak kat tengah jalan. Tu yang sampai lewat dan mula la tak cukup tidur."

"Ohh..Patut la.." Iman mengangguk-ngangguk tanda faham. Suasana dalam kereta kembali senyap. Aduh. Bosannya. Tolong la pasang radio ke, borak-borak ke? Kang aku tidur balik, baru tau!

"Iman, tolong pasangkan radio tu. Boring pulak tak dengar lagu." Mifzal mencelah ketika anganku baru nak bermula.

"Radio? Oh, boleh sangat bos!" Laju jari Iman menekan butang radio. Bagus la bos ni. Dengar je apa yang hati aku cakap. Hahaha..

Lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain bermain di corong radio. Ok, aku tak minat lagu ni. Bos, nak tukar lagu lain boleh?

Iman menunggu respond daripada Mifzal. Ternyata Mifzal bukan orang yang boleh mendengar kata hati orang. Malah, Iman turut mendengar suara-suara halus yang mengikut lirik lagu tersebut. Yes, hati bos ada bunga-bunga di taman! Hahahaha..

Mifzal membelok kereta ke kiri. Iman melihat signboard di tepi jalan 'Cameron Highlands   <---'

Yey, dah masuk simpang ke Cameron. Tak sabarnya nak rasa angin sejuk. Iman tersenyum-senyum sendirian. Lagu-lagu yang dimainkan di radio tidak menarik minat Iman lagi. Matanya lebih tertumpu pada jalan di hadapan dan permandangan di luar. Cameron, here I come!!! Huahahaha..



Meh Baca Yang Ni Jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...