Assalamualaikum..
Lamanya CK tak update blog ni..Entri kali ni pun CK ambik dari sumber-sumber..
Semester ni busy sangat..Bila busy, kesihatan pun tak berapa nak ok..Emm..Tak pe la..Ujian tu..Alhamdulillah..Jom kita baca yang ni dulu..Selamat membaca..CK nak g rehat dulu..^_^
1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai
solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau
tidak).
2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima
solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya
(meminta ampun).
3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar
melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah
perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas
urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis.
Sabda Nabi s.a.w., “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak
syaitan memandang akan dia.”
5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat
wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).
6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama
isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang
sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh
isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu
tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah
kamu dapat melihatnya.”
7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk
suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur
baginya.
8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya,
maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra
pada suaminya.
9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada
di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.
10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah
dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.
11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika
terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui
jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.
12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi
ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh
malaikat ke pagi.
13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati
suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga
laknat manusia sekalian.
14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika
diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya
kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.
15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat
nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang
lehernya.
16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini,
kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan
ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya
Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan
mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun
dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”
17. “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka
menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi
demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab
Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat
suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”
18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2
kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.
19. “Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat
Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w.:
Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan,
kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan
melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
-Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui
suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih
di atas pemberian suaminya.)
-Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku
sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak
tidak ada apa-apa pun.)
-Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai
perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
-Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering
tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling
dan suasana serta kemewahan lahiriah.
20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga
golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia.
Mereka itu adalah:”
- Orang yang gemuk tapi kurus
- Orang
yang berpakaian tetapi telanjang
- Orang
yang alim tapi jahil
- Adapun
yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi
kurang ibadat.
- Orang
yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi
tidak taat agama.
- Orang
yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana
kepentingan peribadi.
21. Asma’ binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada
puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai anakku, kini engkau akan
keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah
rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau
tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu
(tempat bernaung).
Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau
bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia
meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu
maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan
hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar
melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada
dirimu.
22. Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8
kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:”
- Apabila
engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
- Apabila
engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
- Apabila
engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
- Apabila
engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
- Ingat
kepada Allah SWT
- Lupakan
budi baik mu pada orang lain.
- Lupakan
semua kesalahan orang lain terhadap mu.
- Ingat
kepada mati.
23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya
seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:
- Menghalang
suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh
mana-mana bahagian tubuhnya.
- Keluar
rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
- Keluar
rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
- Dibolehkan
keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
- Enggan
berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
- Mengunci
pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
- Memasam
muka ketika berhadapan dengan suami.
- Minta
talak.
- Berpaling
atau membelakangi suami ketika bercakap.
- Menyakiti
hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
- Meninggalkan
tempat tidur tanpa izin.
- Membenarkan
orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.
24. Wajib bagi wanita:
- Mengekalkan malu pada suaminya.
- Merendahkan
(menundukkan) mata ketika berpandangan.
- Mengikut
kata-kata dan suruhannya.
- Dengar
dan diam ketika suami berkata-kata.
- Berdiri
menyambut kedatangannya.
- Berdiri
menghantar pemergiannya.
- Hadir
bersamanya ketika masuk tidur.
- Memakai
bau-bauan yang harum untuk suaminya.
- Membersihkan
dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.-Berhias ketika hadirnya dan
tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
- Tiada
khianat ketika tiada suaminya.
- Memuliakan
keluarga suaminya.
- Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
Sumber : Laman kongsi
Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya. Allahuakbar..Siapakah bakal suamiku? Akanku taati dan patuhimu, kerana kau suamiku..♥ CK