Assalamualaikum..
CK baru tengok cite Kubur Tak Bertanda ni semalam..dibintangi oleh Shaheizy Sam,Yana Samsudin serta pelakon dari Korea iaitu Keun Nim dan Lee Yan..
Terbitan: Pencil Pictures Sdn Bhd
Penerbit: Normashayu Putih & Rahila Ali
Arahan & Lakon TV: Rahila Ali
Akan ditayangkan di ASTRO CITRA (131) pada hari Ahad, 26 Jun 2011, 10.00 mlm
(semalam laa..)
Dah lama giler CK tengok iklan dia kat TV..Sam plak tu yang berlakon..woooww..cite seram plak tu..so jadi excited giler la kan nak tengok..Ciap catat tarikh,masa,channel kat note lagi..takot terlepas..haha..semalam,dari pagi lagi CK dah set, "malam ni aku nak tengok TV..tinggal dulu tenet2 nih.."..ciap beli junk food lagi..konon nak makan sambil menonton..prepare bantal ciap2..kot2 nak baring..haha..ready gile nak tgk TV..
"Isshh..lambat betul la jam nih..baru kul 9.30mlm..xpe2..baik aku makan nasi dulu.."
tik..
tok..
tik..
tok..
tik..
tok..
9.55 PM
CK dah ready depan TV..remote TV dah rebut ciap2 ngan adik CK..hahaha..
10.00 PM
tadaaaa...cite dah start..semangat nak tgk nih..mata bukak luas2..
10.15 PM : xde yang suspen lagi..bagi CK la..
10.30 PM : Sam and yana (suami isteri) g jalan2..ade la suspen ckit2..antu tu dah tunjuk dah..
10.50 PM : tak ingat ape yang jadi time ni..tapi hati CK terdetik "lambatnya cite nih..bila nak ada suspen yang betul2 suspen nih..
11.15 PM : dah start suspen dia bila roh antu tu memang kaw2 dok kacau zein (sam)..
11.20 PM : bertambah suspen + serabut bila yana plak kena rasuk ngan roh antu tu..barulah si zein ni nak mengaku kesalahan dia..
11.28 PM : zein kena tangkap..yana and keun nim g tempat mayat di tanam..tengok mayat,nangis2..
TAMAT..
emm..time nak abis dah tu, CK rasa "tolong la cepat habis.."..
Komen CK:-
- Cite dia best but slow la..slow sebab genre seram dia tu nampak lambat..bila dah rasa seram ckit,tiba2 hilang..seram dia tak terus menerus push kita (penonton)..
- Suka sebab ada pelakon korea jugak..so sam and yana ada cakap korea jugak..but why time sam cakap korea tu slow sgt (suara sam tu)..nampak cam kurang confident kat situ..terlalu berhati2 ngan sebutan..but good job..at least dorang mencuba..good2..
- Ada part2 yang nampak tak real..dalam lif time awal2 sam nak g beli bunga tu,rambut yang berjuntai tu nampak edited..then time antu tu muncul kat tangga yang nak last2 dah tu..
- Emm..gabungan lakonan antara sam and yana cam tak berape la..tak tau nape..mungkin dalam cite ni je kot..nampak cam tak serasi..ada kaku2 cikit..(pandai la aku nak mengomen..try g berlakon sendiri..hehe..)..jangan marah haaa..
- Ape2 pun CK ada rasa bangga gak r sebab pelakon kite brani mencuba berlakon ngan pelakon negara lain..hehe..wat la banyak2 lagi..^_^
- Nak komen banyak2 tak berani..ngaa~..
Seram gak tengok muka Yana time nih.. |
Korang tengok tak cite nih semalam?? Ni sinopsis dia bagi yang tak tengok..(ni aku wat sinopsis sendiri..xde web lain yang bagi sinopsis lagi..tak ley nak copy paste..)hahaha..
SINOPSIS
Sam (Zein) belajar kat korea dan ada bercinta dengan seorang pelajar korea iaitu Lee Yan (Kara)..pernah terlanjur dan Kara ni hamil la plak..Kara suruh Zein ni bertanggungjawab tapi Zein tak nak..dorang gadoh2 then secara tak tersengaja Zein telah membunuh Kara dengan memijak perut Kara..so Zein tanam mayat Kara kat area2 situ jugak tapi xde tanda (sebab tu la tajuk cite nih Kubur Tak Bertanda..)..3tahun kemudian Zein dah berkahwin ngan Yana dan menetap kat korea jugak..kehidupan dorang mula dihantui oleh roh Kara lepas Yana disahkan mengandung kali kedua (first tu gugur rasanya sebab ada part imbas kembali tunjuk Yana jatuh dalam bilik air..) start dari tu Zein selalu nampak roh Kara berkeliaran dan sikap Yana plak berubah dengan mempunyai keinginan,minat yang sama macam Kara..hal tu yang wat Zein lagi serabut dan dibayangi roh Kara..Keun Nim (abang Kara) selalu ikot pasangan nih sebab nak menyiasat kes kehilangan adik dia (Kara)..klimaks dia bila Yana di rasuk roh Kara dan Kara memaksa Zein untuk mengaku kesalahan..kalau tak,Yana akan mati..so zein pun mengaku la..tapi sebab marah sangat kat roh Kara yang ada dalam badan Yana,Zein hampir nak bunuh isteri dia..nasib la Keun Nim datang cepat,halang Zein dari bunuh Yana..penamatan cite nih,Zein kena tangkap polis..then esok2 tu Yana and Keun Nim pergi tempat Kara di tanam..ahli forensik pun ada gak..gali2,jumpa la tulang2 bagai..then Yana minta maaf bagi pihak Zein and terus berambus pergi balik ngan Keun Nim sambil nangis2..TAMAT..(panjangnya sinopsis aku..)
lepas ni mesti ada ulangan lagi..korang tengok la..hehe..^_^
oh ye..tolong jawab servey kat box pinky belah kanan ni k..hehe..thanks..
3 comments:
slm bleh tlg ajar sy x cara nk masukkn simbol mbtf+1 ni?tolong yer
salam..yang mbtf+1 tu yang mana??
oh..ok..faham dah yang mana..hehe..
yang ni pegi kat layout,pastu kan ada desing bentuk blog kita..pegi kat 'Blog Posts' ada edit kat situ kan..klik, then ada kua page kecik kat tepi..CONFIGURE BLOG POSTS..
Klik kat 'show share buttons' tu..then save..camtu je..
cuba view blog, ada tak..kalau tak ada jugak, maknanya design template yang awak guna tu memang tak boleh masukkan benda tu..kena tukar template lain..^_^..selamat mencuba..
Post a Comment