~SubhanAllah~
Assalamualaikum..
kali ni CK tertarik nak cerita sal kejadian yang menakjubkan..hehe..
tentang sungai yang ada banyak warna..
lawa wooo..cam pelangi..ni gambar dia..
CK nak cerita ckit sal sungai nih..Sungai ni nama dia Cano Cristales yang terletak di utara Colombia dan diiktiraf antara sungai yang tercantik di dunia.
Sungai ni xde ajaib ape2 pun..sama je dengan sungai2 yang lain..air yang jernih dan kadangkalanya menjadi keruh apabila keladak pasir yang mendap di bahagian dasar mula naik ke atas bila time hujan..sama je kan ngan sungai2 yang lain..tapi nape warna-warni?? datang dari mana warna2 tu??
Sungai ni berubah menjadi arus yang berwarna-warni bila berlakunya pertukaran musim. Air yang jernih seolah2 bertukar kepada biru,merah,hijau,kuning dan kombinasi antara 4 warna tu..macam ada pelangi je kat bawah tu..
Namun fenomena yang unik ni bukanlah sebab warna air yang berubah..tapi disebabkan alga dan lumut yang melekap kat batu2 sungai tu..air sungai tu tetap jernih,tak berubah pun..alga dan lumut tu je yang berwarna-warni serta dibantu dengan pancaran matahari telah menjadikannya seperti sungai pelangi..waaahh..menakjubkan tak??
Yang ni penerangan agak sains k..Menurut Dr. Andres Hurtado, seorang penyelidik sains dari Pusat Penyelidikan Hugo W. Moser, Institut Kennedy Krieger, Colombia (huuiihh..panjang bebeno nak terang sal penyelidik nih..), fenomena ini pada asasnya sangat bergantung kepada pancaran cahaya matahari. Dalam jangka waktu pertukaran antara musim basah dan kering, air sungai berada pada peringkat yang surut..Pada ketika itu, cahaya matahari akan menghangatkan lumut dan alga yang berada di bahagian dalam sungai. Dengan bantuan cahaya matahari, tumbuhan air itu akan melalui proses semulajadi sehingga menyebabkan warnanya menjadi lebih terang.
Tak abih terang lagi nih..sambung Dr. Andres lagi, warna merah dominan di dalam sungai tu adalah berasal dari sejenis rumpai 'Macarenia Clavijero'. Manakala 4 warna lagi iaitu biru,kuning,hijau dan hitam adalah dari 4 jenis alga yang berbeza..Apabila berlaku keseimbangan elemen yang sempurna, pemandangannya sangat indah dengan nuansa warna yang memukau (seolah2 macam lukisan yang kita lukis sendiri..tu pun kalau korang lukis lawa la..haha..)..wooooww..nape penyelidik nih tau macam2??..yela,dia tau sebab dia kan penyelidik..haha..more info, Dr. Andres ni adalah orang pertama yang temui keindahan sungai ni dan memperkenalkannya kepada dunia sekitar tahun 1980-an..
Korang nak pergi tengok sendiri tak?? meh CK nak cerita macam mana nak g sana..First CK nak cakap, SUSAH nak g sana..lokasi dia sangat terpencil kat daerah Meta..untuk ke lokasi berkenaan, individu tu perlu sampai terlebih dahulu ke kota berdekatan iaitu La Macarena. Dari situ, korang hanya ada DUA pilihan sama ada nak berjalan kaki atau menaiki haiwan tunggangan seperti kuda atau keldai. Tak ada kenderaan yang mampu masuk ke kawasan berkenaan sebab jalan dia adalah sebuah denai yang curam, sempit dan berbahaya. Ia adalah satu-satunya jalan untuk ke sana..so,korang ada rasa nak pergi lagi tak?? hehe..(mcm mana la penyelidik tu pergi eh..)
Cano Cristales merupakan sungai yang berukuran 20meter lebar dan panjangnya tidak lebih 100kilometer..huiyooo..panjangnya..Punca air plak dari sebuah gunung yang terletak di Taman Negara dan Pemeliharaan Colombia. Sungai ni merentasi EMPAT wilayah iaitu Mesetas, Vista Hermosa, San Juan de Arama dan Puerto Rico.
Batu2 yang menghiasi sungai ni mencapai usia 1200 juta tahun, yang mana ia merupakan batuan yang tertua di dunia. Di sungai ni juga boleh jumpa 10 jenis haiwan amfibia dan 43 jenis reptilia yang sukar dijumpai kat tempat lain..waahh..memang special la tempat nih..Kerana keindahan pemandangan serta kepelbagaian lumut,alga dan hidupan, Cano Cristales telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Biologi dunia..abis dah cerita nih..hehe..jom layan gambar2 lagi..
Perasan tak alga dan lumut dia banyak warna merah??
Sumber Idea : Infiniti Julai 2011
^_^
5 comments:
nice entry....
thanks pijan..^_^
welkam
cantiknya sungai tu...anyway i followed u ..jom follow me :)
kuasa Allah..^_^..by the way,i'm your followed now..
Post a Comment