Assalamualaikum..^_^
lama la CK tak update blog nih..malas bebeno tangan nih tak menaip..
haaaa..sekarang nih baru terasa rajin sikit..haha..
ape topic kali nih ye??..
ok..hasil dari bacaan CK,now CK nak cite pasal sejenis obor-obor..
eh..cane eja dia eh..obor-obor or ubur-ubur??
emm,CK guna ubur-ubur la ye..biar sama dengan sumber bacaan yang CK guna nih..^_^
Lets start
Yang ni gambar sejenis ubur-ubur yang tergolong dalam keluarga ubur-ubur (tak kan dalam keluarga aku plak kan..ngaa~)..nama ubur-ubur ni ialah Nutricula Turritopsis..ape yang hebat sangat pasal ubur-ubur ni sampai gigih CK nak wat entry pasal dia nih??..haaaa..nak tau,scroll bwah lagi..(kalau yang dah tau, x yah baca la..hehe..)
Korang tau ke tak keistimewaan tentang ubur-ubur nih??..tak kan tak tau lagiiii..tak baca tajuk ke??..UBUR-UBUR HIDUP ABADI..nutricula turritopsis ni dikatakan mempunyai satu keupayaan luar biasa yang tidak ada pada makhluk lain, iaitu tabiat mengundurkan masa..Aikk,macam mana tu?? Sifat semula jadi tersebut memungkinkan organisma marin ini menjadi satu-satunya makhluk di dunia ini yang mampu hidup abadi selama-lamanya..
Seperti mana yang kita tau,secara fitrahnya setiap makhluk akan mengalami transformasi usia dari muda ke tua, sehinggalah ke peringkat kematian. Tak kira la makhluk yang hidup dalam laut ke, atas darat ke, atas udara ke, kat mana2 je la, pasti akan melalui proses itu dan mati bila tiba masanya..Telah tersurat di dalam Al-Quran melalui surah Ali 'Imran, ayat 185.
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya".
( Ali 'Imran : 185 )
Namun,kewujudan sejenis ubur-ubur kecil ini dilihat seolah-olah seperti cuba mengelak daripada kematian dengan keupayaannya mengubah semula kitaran hidup dengan cara mengundurkan usia..Melalui kajian yang dilakukan oleh seorang pakar biologi dari Swarthmore College, Amerika Syarikat, Profesor Scoot F. Gilbert mendapati organisma ini seperti melahirkan semula dirinya selepas mencapai usia matang. Ia akan memulakan kembali proses kehidupan yang baru, dan proses tersebut akan berulang sampai bila-bila..Menarik kan..^_^
Kalau kita tengok kitaran sebenar bagi ubur-ubur biasa adalah bermula dari telur,kemudian menjadi larva, polip, medusa, dan berubah menjadi ubur-ubur dewasa..secara normalnya, ubur-ubur akan mati bila sudah mencapai tahap kematangan seksual selepas berlakunya proses berkembang-biak..selalunya proses kitaran ni ambil masa antara dua hingga enam bulan je..tak lama pun..tapi berbeza dengan ubur-ubur Nutricula Turritopsis ni..meh CK nak cerita pasal kitaran jenis ubur-ubur ni plak..
Tengok gambar atas ni..ni proses kitaran bagi Nutricula Turritopsis..yang A tu, kitaran bagi ubur-ubur yang baru lahir..eh,menetas kalau telur kan..lepas menetas jadi larva, dia melalui proses polip dan medusa untuk menjadi matang dan berlakunya persenyawaan, ubur-ubur ini akan terus melalui proses B plak iaitu kembali ke peringkat polip dan medusa..dan pusing2 kat situ je la sampai bila-bila..faham tak??..(malas nak hurai panjang2 dah..tuuu dia,dah datang dah malas dia..jap2..tunggu sampai aku habis taip dulu..)
Berdasarkan penyelidikan yang dilakukan terhadap 4000 sampel organisma ini, Profesor Gilbert mendapati 100% daripada keseluruhan sampel kajian akan kembali muda secara semula jadi..xde guna2 awet muda ok..ape yang mengejutkan ialah xde satu pun daripada sampel tu yang mati dalam jangka masa kajian yang dijalankan walaupun bertahun2..Justeru itu (ewaahh ayat aku..skema BM), dengan kemampuan yang luar biasa ini, kebanyakan saintis marin menganggap ia adalah satu-satunya makhluk biologi yang mampu hidup secara abadi. Namun proses ajaib ini masih lagi menjadi tajuk kajian di kalangan ahli biologi genetik di seluruh dunia..
Walaupun spesies ini sentiasa melakukan persenyawaan dan pembiakan, populasi haiwan di lautan ini masih lagi sedikit walaupun tak mati2..populasi haiwan ini telah ditemui sejak 1857 oleh seorang pengkaji biologi marin bernama McCrady, pengembangan spesies di lautan ini dilihat tidak begitu ketara..
Nutricula Turritopsis ini merupakan sejenis haiwan lautan yang bersaiz agak kecil..bukan agak2 dah,memang kecil pun dengan ukuran di antara 4mm-5mm je..Bentuk fizikal sama seperti ampai-ampai-berbentuk loceng dan mempunyai sesungut lembut yang berjurai di bahagian bawahnya.
Cara hidup dia nih suka dok menempel di karang-karang laut atau kapal..sekali-sekala dia berenang mencari sumber makanan yang terdiri daripada mikro-organisma laut..bila lapar baru dia pergi cari makanan kot..
Spesies ini dipercayai pernah berjumpa dengan Kapten Jack Sparrow( yang jack ni aku tipuuu je..hehe..) kerana berasal dari lautan Carribean, tetapi ia telah berkembang-biak ke seluruh belahan dunia melalui kapal yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Selain itu,ia jugak mampu hidup dalam keadaan iklim yang berbeza..
Walaupun mempunyai kemampuan yang luar biasa, si Nutricula Turritopsis ni selalu la jadi mangsa kepada haiwan laut lain seperti ikan,anjing laut ataupun spesies ubur-ubur yang lebih besar..Bahkan, ia jugak boleh mati sekiranya terdapat wabak atau perkara-perkara lain yang mengancam sebelum ia mencapai usia matang..(ohhh..mati jugak..)..Sekiranya Nutricula Turritopsis ni mempunyai seni mempertahankan diri untuk mengelak daripada menjadi pemangsa atau mengelak sebarang wabak, saintis percaya bahawa Nutricula Turritopsis adalah satu-satunya organisma yang akan kekal hidup sehinggalah tibanya hari dunia ini akan berakhir-kiamat.
Jom layan gambar..kalau nak lebih lagi,pandai2 la cari sendiri..ngee~
Cantik la plak yang nih.. |
kalau ada ape2 pendapat, pandangan, komen, boley post komen kat bawah ye..^_^
oopppsss..yang last gambar ni xde kaitan ngan tajuk..ngaa~
Sumber Idea : Infiniti Julai 2011
2 comments:
hehe...terniat nk bela obor2...
haha..bela ckit pun dah cukup..populasi bertambah2..xde kurang pun..hehe..
Post a Comment