I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, July 16, 2013

Resepi MUFFIN BLUEBERRY @ MUFFIN CHOCOLATE CHIPS sedap

Assalamualaikum semua...

Selamat berpuasa ye.. Tengahari ni CK rasa nak share satu lagi resepi.. Ni dah buat beberapa minggu yang lepas tapi tak tempek pun kat blog ni lagi.. yela, time tu lapy ni masuk klinik.. Tu yang tak boleh nak update blog tu..

Hari tu kat sekolah ada buat 'Potluck'.. So CK decide nak buat Suci Dalam Debu dan Muffin ni.. Yang Muffin ni simple sangat nak buatnya.. Cuma time CK nak buat tu ada masalah ckit la.. Resepi ni CK ambik resepi muffin blueberry sebenarnya.. Tapi masalah kat area tempat CK tinggal ni memang payah la nak cari sepupu sepapat berry2 ni.. So tak jumpa la blueberrynya.. CK ganti dengan chocolate chips jeh.. So tukar la nama jadi MUFFIN CHOCOLATE CHIPS..


Yang ni cuma gambar promo yang CK ambik dari blog Kak Azie.. Blog ni yang menjadi rujukan CK untuk buat muffin ni.. nampak sedap kan??? Gebus betul..

Lagi satu masalah adalah nak cari Cup cake for muffin pun takde.. frust la.. Sume kedai kata abis.. Memang tak luck la time tu.. So CK decide just guna paper cup yang kecik tu je.. Huh.. tetap nak buat jugak tu.. Jadi mini muffin..huhu..

Resepi  ni CK ambik dari blog Kak Azie Kitchen. Yang akak ni buat resepi Blueberries Muffin.. CK kan dah tukar jadi Chocolate chips..hehe.. Bezanya cuma chocolate chips dan paper cup je.. Rasa muffinnya insyaAllah sama kot..

Jom kita buat..


Rujukan : Kak Azie Kitchen

Bahan-bahannya

3 sb butter (CK guna buttercup)
2/3 cawan gula kastor
1 biji telur - pukul
1/2 cawan fresh milk / susu cair
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sk baking powder
1/2 sk garam
1 - 1 1/2 cawan fresh blueberries (CK tukar guna Chocolate Chips)
1 sk vanilla extracts

*2 sb cream cheese (Yang ni CK yang tambah sendiri..saje2.. Tak letak pun tak pe..)




Kenape ada 2 biji telur tu???

Hehe.. sebenarnya CK buat dua kali ganda adunan tu.. Maknanya semua bahan2 tu CK double kan.. Sebab Kak azie ni kata dia buat dapat 9 biji cup muffin je..Tapi cup muffin la.. CK kan tamak, nak bawak ke sekolah lagi.. Mesti la nak bawak banyak.. So gandakan je la bahan2 tu..


Cara-cara membuatnya :

Mula-mula putarkan butter dan gula.. kalau ada yang nak letak cream cheese, boleh letak sekali time ni.. Putar sampai sebati okey..

Kemudian masukkan telur yang dah dipukul.. Pukul biar sampai lebam ye.. Putar lagi sampai sebati..

Lepas tu masukkan susu pulak.. putar..putar..putar...lagi..

Masukkan tepung gandum, baking powder dan garam sedikit demi sedikit.. Kalau boleh ayak la dulu tepung tu kalau nak hasil yang lebih gebus.. Jangan lupa masukkan Esen vanila ye..

Putar sehingga betul2 sebati ye..

Ok... Dah siap tu boleh la masukkan Blueberries atau chocolate chips tu tadi..


CK letak selonggok cam tu.. CK akan gaul sikit demi sedikit chocolate chips tu bersama dengan adunan tu tadi...

Masukkan ke dalam paper cup atau cup muffin yang korang nak guna la..


Bakar muffin tu dengan suhu 170c atau bergantung la oven korang camane kan.. selama 20-25 minit..

Tapi cam CK guna paper cup yang kecik cenonet ni, CK bakar dalam masa lebih kurang 20 minit je.. Tapi korang cek la jugak ye.. Kot2 tak masak ke ape.. Try je cucuk muffin tu ngn lidi ke ape.. kemudian tarik.. kalau nampak ada lekat2 lagi tu kiranya tak masak lagi la tu.. Kalau keluar licin je, maknanya dah masak.. Pepandai la kan..



Ni dah siap bakar.. Comel je nampak kat.. Sekali ngap je, abis sebab kecik bebenor..

Rasa dia lembab dan sedap sangat sebab ada campur cheese cikit..

Tadi awal-awal kan CK dah bagi yang CK buat double bahan2 muffin ni.. Buat pulak dalam cup kecik.. Jadi punya la lama nak abiskan semua adunan tu.. Jam dah nak dekat pukul 12 malam dah.. Esoknya nak pergi sekolah lagi..

Masa ni dah dapat banyak dah Mini Muffin tu.. So CK ambik loyang, terus masukkan semua adunan tu dalam loyang.. tapi jangan lupa grisskan dulu loyang dengan butter dan tepung ye.. Untuk elakkan melekat.. Pastu tabur2 chocolate chips bnyak2 atas tu, kemudian bakar...



Loyang ni saiz kecik je.. ada la dalam besar saiz tapak tangan yang dikembangkan jari2 tu..hahahaha.. faham ke tak ntah korang kan ape yang CK cakap ni..

Makan yang dalam loyang ni memang puas la sebab rasanya yang sangat lembab dan boleh kunyah besar2 berbanding mini muffin kan..hehe..


Ni pun gambar dari blog kak Azie..

Kalau korang nak tengok step yang lengkap dan lebih menarik, boleh la tengok kat blog Kak Azie ni.. Resepi lain pun ada.. :)

Mini muffin tu CK bawak pergi sekolah, cikgu2 yang makan tu semua puji sedap.. So, korang ape tunggu lagi.. Jom buat untuk juadah berbuka nanti atau kuih untuk HARI RAYA nanti.. Selamat mencuba.. :)


♥ Kalau like, klik like ♥




3 comments:

norma said...

as salam.. nmpak sedap...hmm...resepi yg mudah dan senang.. tak sabar nak try...tq

Cik Matahariku said...

Waaa..i like muffin..tapi sekarang ni on diet, terpaksa tengok jelah dulu..

KaKTuS BeRDuRi said...

Sedap tau muffin ni. Tunggu raya nanti baru buat.. Untuk tetamu datang..hihi..

Meh Baca Yang Ni Jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...