I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, March 4, 2013

Rindukan mu ada dalam doaku..

Assalamualaikum..

Orang kata kalau kita rindu, tengok langit...

Sebab langit kita sama jadi kita tak pernah jauh..



Tapi..



macam mana kalau langit panas terik tapi tempat saya hujan?

macam mana kalau langit hujan lebat tapi tempat saya panas terik?


Langit kita tak sama kan? jadi...



Kalau rindu, saya sebut nama awak dalam Doa....

Sebab Allah Maha Mendengar...
Dan mudah-mudahan DIA pantulkan doa itu ke dalam hati awak...



Rancangan manusia tak sehebat mana berbanding dengan rancangan Allah swt kerana segala ketentuan ditentukan olehNya.


Nak tak nak kita semua kena terima.. Kerana kita Beriman kepada Qada' dan Qadar..

Telah bersabda Rasulullah SAW  maksudnya :

"Beriman iaitu bahawa kamu percaya kepada Allah, para malaikanNya, kitab- kitabNya, rasul-rasulNya, hari akhir dan takdir yang baik maupun yang buruk. "

(Hadis Riwayat Muslim)


Sungguh, kini aku cuma berserah padaNya.. Segala apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Dan segala apa yang ditentukan pasti itu yang terbaik buat semua hambaNya..


Sejauh mana pun jarak kita, kita masih di bawah langit yang sama.. Bermakna kita masih bersama.. ^^

Jadi, tak perlu la lagi bersusah hati kerana terpisah dek jarak kerana kita tetap ada Allah untuk dekatkan kita..

Jangan lupa doa kerana doa itu juga perantaraan kita dengan Allah dan juga makhlukNya yang lain..

Cinta kerana Allah, InsyaAllah.. Tidak disia-siakan.. 



Ingin bercinta dengan Allah.. Biarlah cinta ini yang kekal abadi hingga ke syurga..



♥ Kalau like, klik like ♥ 



No comments:

Meh Baca Yang Ni Jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...