Assalamualaikum..
Hari ni hari AHAD.. Last cuti bagi pelajar dan cikgu2.. hehehehehe..
Bila start je cuti sekolah, start jugak la musim kenduri kawen.. Boleh dikatakan setiap hari ada kenduri.. Kawan2 CK pun ramai yang kawen cuti ni.. Tahniah la ye kepada semua pengantin baru..
Semalam, hari sabtu.. CK dengan family nak pergi kenduri kawen sedara kat Penang. Ape nama tempat ntah. Padang Besar kot.. Ish3..cepatnya lupa..
Mulanya nak pergi 2 buah kereta.. Tiba2 adik tak nak pergi plak.. Terpaksa plan naik sebuah kereta.. Menggunakan imaginasi, try sumbat2 sume org dalam kete.. Isshhhh.. sempiiitttttt...
Tak nak!! Tak nak!! Nak 2 buah kereta jugak.. Mana muat nak sumbat sume orang.. Sume dah besar2 ni.. Bukan baby2 lagi..
Pujuk punya pujuk punya pujuk punya pujuk si adik, akhirnya dia mengalah lepas mendengar leteran si mak..hik3.. Bukan ape.. Dia tu penting sebab dia yang kena drive lagi 1 kete..
So gerak la kami dengan 2 buah kereta ni..
Nak dijadikan cerita, baru je separuh jalan tiba2 kereta abah rosak. Tengah elok semua huhahuhahuaha dalam kete, tiba2 enjin kete mati kat tengah2 jalan time tengah elok menuruni bukit.. (Ewaahhh ayat..skema BM sungguh..)
CK naik kete yang lagi satu tu.. Nasib tengah turun bukit, so boleh la kete tu lajak sikit pergi kat tepi jalan.. Naya weehh kalau kete berenti tengah2 jalan tu.. Dah la kat jalan lurus, banyak betul kereta lalu lalang time tu.. Lori pun banyak.. Bawak laju plak tu.. Abis senget2 tudung setiap kali lori lalu.. Huuhh.. Berhabuukk!!!
CEk punya cek punya cek punya cek punya cek, tak tau rosak kat mana.. Takde pakar repair kete la wei.. abis..abis.. baju kurung basah dek peluh.. Cis..
Terpaksa la pergi cari mekanik yang terdekat.. Ape yang CK nak cakap, NASIB BAIK la pergi 2 buah kete..sebab sebuah kete tu boleh la gerak nak pergi cari mekanik kan.. HIKMAH tu..haaaaaaa..
Kete tu plak tersadai kat tengah2 panas.. CK, abah, mak dan adik berteduh la bawah pokok.. Jauh ckit la dari kereta tu.. Kat situ area ladang kelapa sawit tau..
Berita yang agak gembira ialah pakngah dan sekeluarga pun ontheway nak pergi kenduri tu jugak, lalu jalan yang sama..Tapi dorg masih kat belakang.. Ok la kan..ada jugak orang lain nanti..
Akak call bgtau yang dorang dah jumpa mekanik.. Fuh..lega..lega..
Sambil dok tunggu kat bawah pokok tu, tiba2 ada sebuah kereta berenti depan kami..Ingatkan sedara, bukan.. Ingatkan nak tolong repair,bukan jugak.. Rupanya nak tanya jalan.. Tapi CK tak dengar pakcik tu sebut nama tempat tu sebab time dia sebut ada lori lalu..Ishh..bising betul..
Yang pasti kami pun tak fimiliar dengan tempat2 kat situ.. So jawab tak tahu la kan.. CK nampak la yang drive tu perempuan..Dia senyap je.. Pakcik tu je yang bercakap..
Lepas je kereta tu gerak, sedara kami pun sampai.. Dorang pun sama2 tunggu dengan kami.. Nampak meriah la cikit kan sebab ramai orang.. Hahahaha.. cukup dah ni kalau nak ajak berkelah tepi jalan.. Tikar je lupa nak bawak..
Orang yang lalu lalang kat situ sume tengok kami.. Sengih je la dengan muka bangga + cute ni..
Tak lama lepas tu, kereta abang ipar pun sampai dengan membawa orang harapan kami iaitu mekanik tu tadi..ekekekeke.. CK pun sibuk je nak menjenguk tengok mekanik tu buat keje.. Berita..Berita..Berita.. Akak CK bgtau kat jalan depan sana ada accident ngeri.. Baru je berlaku tu sebab time pergi cari mekanik xde lagi..
"Jap lagi jammed la jalan ni.."
Tup tup lepas je akak CK cakap, nampak kete sume dah slow motion kat depan sana.. Start jammed dah ni.. Sekejap je penuh kereta, lori, van kat atas jalan straight tu.. Hohohoho..Lagi femes la kami yang tengah tersadai kat tepi jalan ni..
Dorang dok terjengok-jengok kat tingkap tengok kete kami.. Mesti dorg ingat kete kami ni yang accident..
Eh, nak cite pasal accident tu sebenarnya.. Akak cakap kereta Myvi yang accident tu.. Terus fikiran CK zaaaapppppp!! terfikir kereta yang berenti tanya jalan kat kami td.. Debar..
Kereta warna gelap kan? Ha'ah...
Perempuan yang drive kan? Ha'ah...
Sebelah dia lelaki kan? Ha'ah...
Emm, macam ye dah.. macam orang yang sama..
Di pendekkan cerita.. (Suka sangat nak skip jalan cite bila dah start malas nak menaip.. Haisshh!!) Dari cerita dan khabar yang kami dengar, mereka adalah org yang sama berenti tanya jalan kat kami sebelum kejadian.. Driver tu meninggal dunia di tempat kejadian.. Innalillah hiwainna ilaihirojiun...
Mereka pun orang Gerik rupanya.. Dan adik kepada mangsa adalah kawan kepada adik CK sendiri..emmm..
Cane boleh accident.. Mangsa nak elak kereta dari depan yang bawak laju macam nak terbabas.. tapi nak elak tu, mangsa terlajak pusing stereng ke kiri kot, then terlanggar belakang lori yang parking kat tepi jalan.. Abis terkopak bumbung kereta..
Seee!!! Sebab orang lain yang pandu TAK berhemah, orang lain yang jadi mangsa. Tau la jalan lurus, tapi jangan la nak menggile pandu laju.. Haisshh!! Geram tau tak!!
Tengah jalan dok jammed tu.. (Tak abis cite lagi ni..) ada la pulak lori besar tersadai kat tengah2 jalan.. Kat atas bukit plak tu.. Kat situ kan jalan lurus,hujung tu berbukit, so boleh nampak lori tu tersadai kt tengah2 jalan..Rosak... Tak pepasal jammed lagi jalan kat situ..
Sedih ada, geram ada, kelakar pun ada.. Last2 kami sume sedara mara duduk bersila kat tepi jalan sementara tunggu kereta dok repair..
Last ending cite ni, kereta pun dapat dibaiki atas jasa baik dan ilmu mekanik yang sanggup meredah jalan yang jammed dengan abg ipar dan akak dengan penuh sabar ulang alik kat situ dengan kereta yang lagi satu tu untuk mencari barang ganti bagi benda yang rosak kat kereta yang lagi satu tu walaupun dah dekat pukul 2 masa tu.. Dalam kepala masa tu, nasi ngan lauk kenduri dah abis dah ke time ni??????
*Banyak hikmahnya..
-Plan nak pergi sebuah kete akhirnya jadiiiii jugak pergi 2 buah kereta..
-Kereta abah rosak.. Mungkin kalau kami pergi time tu akan selisih dengan kereta yang pandu bahaya tu..
-Masa dah lewat, tak jadi nak shopping kat Penang.. Pas makan kenduri terus zaaasssss balik umah.. Kalau pergi shopping mungkin akan berlaku pembaziran yang sangat dahsyat sebab sebelum tu dah plan nak beli macam2..
-Membuka minda dan lebih berhati2 ketika memandu sebab memang banyak betul accident semalam..
Soo... BERHATI-HATILAH KETIKA MEMANDU DI JALAN RAYA. INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG...♥
♥ Kalau like, klik like ♥
No comments:
Post a Comment