Suatu hari tu, CK ngn kawan2 pergi jalan2..kira g makan2 gitu la.. Pastu tgh makan tetiba terbayang ais blended plak..teringin nya.. So ape lagi, terus bergegas nak pergi la.. Tapi sempat dulu nak tanya kawan, kot2 ada yang nak tempah jugak kan..
Lepas sume pakat2 order, CK pun gerak.. Naik moto je pun.. Sampai kat satu jalan ni, baru CK teringat yang kat jalan tu selalunya ada ZOMBI berkeliaran. Fuh..harap2 time2 camni xde la dia g buat perhimpunan kat jalan tu..
Bila sampai je kat jalan tu, Cis!! Zombi ada la plak.. Wat ape la kau kuar time2 camni.. Banyak plak tu. CK ape lagi terus wat U turn la.. Zombi plak nampak. Lagi la haru biru jadinya.. Bila U turn je, tiba2 moto CK lesap. Zombi dah kejar kat belakang tu. CK pun ape lagi.. Bukak langkah SEJUTA la..
Awalnya laju la.. Tgk kat depan rupanya ada lagi orang2 lain yang tengah lari. Fuh, Ingatkan CK sorang je.. Tgk belakang plak, zombi ciap drif naik bas lagi.. Gila!!
Tiba2 kaki ni jadi berat.. Susahnya nak melangkah. Daripada langkah SEJUTA dah jadi SEPULUH jeh. Ni yang hangin ni. Time ni la tak boleh nak lari. Menyampah!! Menyampah!! Peluh dah memercik kuar bak air pancut yang dipicit.
Oleh kerana kaki pun dah tak boleh nak berlari, CK just berdiri je kat situ. Pasrah dgn ape yang berlaku..
Terdengar bunyi muzik.. Tak tau datang dari mana, tapi bingit je kat telinga ni.. Sound effect kot.. Ceh, rupanya alarm fon.
Huh.. Aku dah agak ni sume mimpi.. Aku tau sangat mainan mimpi ni. Kalau time tgh genting2, time tu la xde power. Bila kena kejar je, time tu la rasa kaki berat tak boleh lari.. Sebab tu aku pasrah je sebab aku tau tu mimpi je.. keh3..
Ni akibat tgk cite Resident Evil stiap malam berturut2 la ni.. Terpengaruh dah ngn zombi dan zomba. Tak termasuk subsidi lembu yang mengharukan kpala otak penduduk Kampung Pisang..
Dan mungkin jugak terpengaruh dengan Kak Limah yang muncul kat TV smlm.
Adoi la.. Zombi oohh Zombi..
Zombi Tercomel |
♥ Kalau like, klik like ♥
1 comment:
I just added your web page to my bookmarks. I enjoy reading your posts. Thank you!
Post a Comment