I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, October 9, 2012

Makan Kenduri Kahwin Tanpa Di Undang - Ustaz Azhar Idrus



Makan makanan di majlis perkahwinan tanpa diundang merupakan salah satu kesalahan yang amat berat dalam Islam. Islam sendiri telah melarang kita supaya jangan mengambil harta orang jika ia bukan milik kita.

Ustaz Azhar Idrus – Hukum Makan Kenduri Kahwin Tanpa Di Undang

Masyarakat pada masa kini amat kurang sensitif dengan adab makan makanan kenduri di majlis perkahwinan orang lain sedangkan dirinya langsung tidak dijemput. Perbuatan ini nampak seperti tidak ada apa-apa, namun menurut ceramah Ustaz Azhar Idrus, ia merupakan satu perbuatan yang haram kerana dikira sebagai pencuri.



Soalan yang ditanya oleh hadirin :
Apakah hukum makan kenduri di rumah orang kahwin walhal kita tidak dijemput? Tetapi kita makan sehingga kenyang pula. Adakah makanan yang kita makan itu halal atau haram?

Jawapan oleh Ustaz Azhar Idrus
Hukum memakan makanan di majlis kenduri kahwin tanpa diundang diibaratkan seperti pencuri. Di dalam kitab Feqah, dalam bab walimah ada menyebut mengenai perkara ini iaitu siapa yang tidak dijemput, haram dia makan makanan di majlis tersebut. Tetapi hukum tidak haram pula adalah jika kita sekadar datang di majlis tersebut.

Jika kita makan tanpa diundang maka kita wajib bertaubat dan membayar semula kepada tuannya. Hal ini kerana golongan ini dipanggil pencuri.

Untuk memudahkan lagi, teruslah berjumpa dengan tuan majlis tersebut untuk meminta maaf dan menyatakan kesalahan yang telah kita lakukan.

Sumber : MELAYUKINI.NET
Sekadar gambar hiasan
godek2 kat pakcik google
sumber gambar dicilok kat SINI
* CK penah ada pengalaman TERsilap tempat kenduri. Nak pergi kenduri sedara, TERsilap pergi kenduri orang lain plak. Alkisahnya cmni...

Suatu hari, hari kenduri tu la.. Kenduri kat area Lenggong. My family pun g la. Sedara tu kata umah dia dekat je ngan umah Tok yang kat Lenggong tu. Nak dijadikan kes TERsalah umah ni, kebetulan depan umah Tok ada majlis kenduri. Dengan confidentnya parking kete kat tepi umah tu then menonong je g kat khemah tu. Siap lalu bawah pintu gerbang pengantin lagi. CK pun ok je la kan.. Tak syak ape2 sebab ayah CK confident je salam ngan tuan rumah, cam kenal je. CK plak tukang hangkut hadiah nak bagi kat pengantin. Oleh sebab yakin rumah dah betul, CK pun bagi hadiah kat cik bunga telor kat situ.

Kami pun gerak la makan kat kemah. Lebih meyakinkan kami bila ada satu family ni, kami kenal.. OH,kita betul dah ni.. So makan tanpa ada rasa syak ape2..walaupun mata ni dok melilau tengok orang2 kat situ, sebab tak kenal. Ayah CK pun ada cakap, "Kenapa abah tak cam sedara kita yang tu ek? Mana sedara2 yang lain?"

Pengantin datang.. Aik?!! Nape pengantin pun tak kenal nih. Ayah CK tanya, kat area sini ada majlis kenduri kawen lagi tak? Orang tu jawab ADA..tapi kena masuk kat dalam lagi..

Cis..TERKONO...Salah umah la wei..Dengan tersipu2 malu, nasi kat pinggan pun dah nak licin, ayah cakap kat tuan rumah tu, kami dah tersalah rumah.. tapi nasi dah makan ni..nak minta halalkan la ye.. Tuan rumah yang peramah tu pun senyum.. Dia kata takpe..makan je la.. hehe..halal...

Kami cepat2 basuh tangan, berambus dengan muka tersipu malu.. keh3.. terus berdesup pegi umah sedara yang sebenar. Sampai je kat sana, sume tak nak makan dah sebab dah kenyang.. Ayah CK sorang je yang makan sebab tak nak kecewakan tuan rumah A.K.A sedara kami tu..

Haaaa..hat ni baru la CK cam muka dia..haha..pengalaman tersalah umah kenduri..

*Nak bagitau, korang jangan la sesuka hati g kenduri orang kalau tak dijemput. Cam pencuri dah tu. Tapi kalau kes mcm CK nih, ok la kan... Just pergi jumpa tuan rumah, bagitau yang kita dah tersilap rumah. InsyaAllah, tuan rumah tu xdenya nak perambat kita dengan penyapu..haha..

♥ Kalau like, klik like ♥


No comments:

Meh Baca Yang Ni Jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...