Assalamualaikum..
Malam ni CK tengok ramai yang post pasal hal ni. Penting!!! Kita mesti pernah main timang2 baby kan.. CK pun penah. Bila baca pasal ni, dalam hati CK, "Alamak!! Ape yang aku dah buat ni.. Harap2 ok la baby tu.."
Bagi yang belum baca, baca la.. Info penting ni..!!!
Pesakit terakhir yang
kami ‘tidurkan’ ialah bayi berusia 4 bulan. Bayi tersebut telah disyaki
mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga
oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai
simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.
Sesampai di resus room
(red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau
kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang
timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian
menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang
responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT
scan otak (Brain CT Scan).
Scan otak menunjukkan
beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed
with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat
tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut.
Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka
menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.
SHAKEN BABY SYNDROME
(SBS)
SBS merupakan
kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat.
Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan
yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada
bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek
walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan
seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang
sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah
penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang
lain.
Perkara ini berlaku
kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka,
leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan
air berbanding orang dewasa.
Amalan menimang atau
menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu
berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada
juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.
Ini bukanlah kes SBS
pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di
wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca
daripada menaiki buaian.
PENCEGAHAN
Jangan sesekali
menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain. Jangan memegang bayi
anda ketika marah. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih
anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada
orang lain. Minta bantuan orang lain.
Maka, saya sangat
berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka
tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika
Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah
mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.
Rujukan :
1.http://www.medicinenet.com/shaken_baby_syndrome/page2.htm
2.http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/000004.htm
3.http://www.dontshake.org/
4.http://en.wikipedia.org/wiki/Shaken_baby_syndrome
Dr.Muna
UMMUSAIF.COM
68000, Ampang.
Sumber : Facebook
2.http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/000004.htm
3.http://www.dontshake.org/
4.http://en.wikipedia.org/wiki/Shaken_baby_syndrome
Dr.Muna
UMMUSAIF.COM
68000, Ampang.
Sumber : Facebook
Silakan Share/Tag.. Semoga Ia Dapat Memberi Manfaat Kepada Orang Lain..
*Pepatah ada kata "Sayang anak timang-timangkan".. Sekarang CK nak kata, "Sayang anak hentikan timang-timang anak..Belai-belai sudah.."
*Pepatah ada kata "Sayang anak timang-timangkan".. Sekarang CK nak kata, "Sayang anak hentikan timang-timang anak..Belai-belai sudah.."
No comments:
Post a Comment