I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, October 28, 2012

Eh.. kau pakai ape kat dalam yang bertali2 tu??


Rasanya belum terlambat nak ucap, Selamat Hari Raya Eidul Adha kepada semua muslimin dan muslimat.. Dah masuk raya ke3 dah pun..hehe..

Entri kali ni CK nak cakap berkait dengan raya jugak..Tapi pasal baju raya..

Kelmarin CK pergi solat sunat raya kat masjid. Cam biasa la kan pergi masjid pakai baju kurung ciap2.. CK pakai baju yang lepas2 je. Tak heran pun kan.. Asalkan pakai yang menutup aurat, tak tayang benda yang dalam.. Wow.. ayat bunyi cam sensore jeh..

Malas nak detail sgt la kan cite pasal setiap langkah tu. Point sebenar yang CK nak cakap, tolooooonnnggg la pakai baju yang sopan.. Baju kurung tu mmg dah cun dah.. Tapi jgn la pakai baju macam nak tapis serbuk kopi. 

"Hek eleh.. Yang kau bising2 kat blog buat ape? Pegi je la tegur terus orang tu.."

Bukan tak nak tegur..

1. CK dok saf yang agak belakang. Orang tu plak saf agak depan.. Jauh plak nak g tegur.
2. Nak tegur lepas abis solat, alamak..Terlupa plak.. Dah sampai umah baru teringat..
3. Lagi plak, orang tu dah kategori makcik. Jadi segan plak nak tegur.. :(

"Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran, maka cegahlah ia dengan tangan. Jika tidak tidak mampu, maka cegahlah ia dengan lisan. Jika itu juga di luar kemampuannya, maka cegahlah dengan hati. Sesungguhnya (mencegah dengan hati) selemah-lemah iman." 
( HR : Muslim )

Jadi CK rasa blog jugak boleh jadi medium untuk CK meletakkan sedikit teguran kan? Walaupun CK bukanlah seorang yang alim dari segi pandangan luaran kan..

Dari jauh boleh nampak yang dalam. Malu la.. :(

Sebelum membeli atau pakai, tgk la dulu baju tu jarang ke tak.. Cara CK nak cek baju tu jarang ke tak..

1. Letakkan tangan di sebalik kain tersebut. Tengok, nampak ke tak tangan korang tu? Maknanya, nampak  tak warna kulit tangan korang tu? Nampak ke tak?
2. Jangan alih lagi tangan yang tadi. Pandang ke arah kawasan yang cerah. Lebih mudah kat luar kedai la. Cahaya matahari tu (kalau siang), kalau malam tengok kat lampu. Angkat kain ngn tangan tadi, nampak bayang2 tangan tak? Nampak jelas atau samar2 gitu?
3. Masih pandang kat tempat cerah tu, alihkan tangan korang. Letak kain tu dekat cikit kat mata. Nampak tak benda yang ada kat depan tu? Boleh tak, nak berjalan kalau mata dihalang dengan kain tu tanpa melanggar objek kat depan? Jawapannya pasti boleh..Sebab CK dah penah try banyak dah..Tapi boleh nampak jelas ke tak?

Jika semua jawapan adalah YA, baik pilih la baju yang lain.. Tapi biasa la pompuan kan.. Kalau hati dah berkenan tu, tetap nak jugak.. So, bagi yang baju kain JARANG tu, korang buat la lining. Betul kot orang guna term lining, kot CK salah plak kan. Slalu sebut cmtu..

Lining ni kita buat baju dua lapis. Lapisan dalam tu letak kain yang warna base hampir sama dengan baju yg korang berkenan sgt tu. Jangan la pakai singlet je. Tak boleh jamin tau daripada mata ni tak tengok..Ngee~

Pompuan yang tengok seksi meksi ni jadi sakit mata tau. Tapi kalau lelaki, yang rabun pun boleh cerah matanya.. Tapi tak semua lelaki camtu.. Ok,ayat cover balik..

Tapi kan, nak cakap jugak la kan.. Sekarang ni kain baju nak buat baju kurung kebanyakkannya jarang2.. Kalau yang tak jarang tu, corak dia ala2 tua gitu. Tak menarik dan kurang menarik, Warna plak pudar2.. Ish..

♥ Kalau like, klik like ♥


Saturday, October 27, 2012

Zombi Datang Menyerang??

Suatu hari tu, CK ngn kawan2 pergi jalan2..kira g makan2 gitu la.. Pastu tgh makan tetiba terbayang ais blended plak..teringin nya.. So ape lagi, terus bergegas nak pergi la.. Tapi sempat dulu nak tanya kawan, kot2 ada yang nak tempah jugak kan..

Lepas sume pakat2 order, CK pun gerak.. Naik moto je pun.. Sampai kat satu jalan ni, baru CK teringat yang kat jalan tu selalunya ada ZOMBI berkeliaran. Fuh..harap2 time2 camni xde la dia g buat perhimpunan kat jalan tu..

Bila sampai je kat jalan tu, Cis!! Zombi ada la plak.. Wat ape la kau kuar time2 camni.. Banyak plak tu. CK ape lagi terus wat U turn la.. Zombi plak nampak. Lagi la haru biru jadinya.. Bila U turn je, tiba2 moto CK lesap. Zombi dah kejar kat belakang tu. CK pun ape lagi.. Bukak langkah SEJUTA la..

Awalnya laju la.. Tgk kat depan rupanya ada lagi orang2 lain yang tengah lari. Fuh, Ingatkan CK sorang je.. Tgk belakang plak, zombi ciap drif naik bas lagi.. Gila!!

Tiba2 kaki ni jadi berat.. Susahnya nak melangkah. Daripada langkah SEJUTA dah jadi SEPULUH jeh. Ni yang hangin ni. Time ni la tak boleh nak lari. Menyampah!! Menyampah!! Peluh dah memercik kuar bak air pancut yang dipicit.

Oleh kerana kaki pun dah tak boleh nak berlari, CK just berdiri je kat situ. Pasrah dgn ape yang berlaku..

Terdengar bunyi muzik.. Tak tau datang dari mana, tapi bingit je kat telinga ni.. Sound effect kot.. Ceh, rupanya alarm fon.

Huh.. Aku dah agak ni sume mimpi.. Aku tau sangat mainan mimpi ni. Kalau time tgh genting2, time tu la xde power. Bila kena kejar je, time tu la rasa kaki berat tak boleh lari.. Sebab tu aku pasrah je sebab aku tau tu mimpi je.. keh3..

Ni akibat tgk cite Resident Evil stiap malam berturut2 la ni.. Terpengaruh dah ngn zombi dan zomba. Tak termasuk subsidi lembu yang mengharukan kpala otak penduduk Kampung Pisang..

Dan mungkin jugak terpengaruh dengan Kak Limah yang muncul kat TV smlm.

Adoi la.. Zombi oohh Zombi..

Zombi Tercomel

♥ Kalau like, klik like ♥

Wednesday, October 10, 2012

Bahaya Timang Anak!!!!----> WAJIB BACA


Assalamualaikum..

Malam ni CK tengok ramai yang post pasal hal ni. Penting!!! Kita mesti pernah main timang2 baby kan.. CK pun penah. Bila baca pasal ni, dalam hati CK, "Alamak!! Ape yang aku dah buat ni.. Harap2 ok la baby tu.."

Bagi yang belum baca, baca la.. Info penting ni..!!!



Pesakit terakhir yang kami ‘tidurkan’ ialah bayi berusia 4 bulan. Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak (Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.


Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN

Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain. Jangan memegang bayi anda ketika marah. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain. Minta bantuan orang lain.

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.

Rujukan :

Silakan Share/Tag.. Semoga Ia Dapat Memberi Manfaat Kepada Orang Lain..

*Pepatah ada kata "Sayang anak timang-timangkan".. Sekarang CK nak kata, "Sayang anak hentikan timang-timang anak..Belai-belai sudah.."

♥ Kalau like, klik like ♥

Ape kerja aku sekarang??

Ni la kerja CK skrg.. hebat kan3... ;)

Montelnya..

Lebatnya

Alahai..bam bam sungguh anggur nih..

Ternampak macam masam plak.. >_<

Amboi..gebusnya..

Berkilat-kilat

Segarnya..Naaaakkk..

Alamak ai..Tergoda haku..


Debab2 ye anggur ni.. Ni la keje CK skrg.. ANGGUR.. Tapi CK xde la hebat sgt nak menanam anggur kan.. motif nak tunjuk anggur?.. hik3.. Sebab anggur lebih kurang sama ngn PENGANGGUR.. Tu la keje CK skrg.. hehe.. Dah 2 minggu.. Ada lobang2 kerja untuk CK tak??

Sumber gambar : Daripada pak google lagi..

♥ Kalau like, klik like ♥

Tuesday, October 9, 2012

Makan Kenduri Kahwin Tanpa Di Undang - Ustaz Azhar Idrus



Makan makanan di majlis perkahwinan tanpa diundang merupakan salah satu kesalahan yang amat berat dalam Islam. Islam sendiri telah melarang kita supaya jangan mengambil harta orang jika ia bukan milik kita.

Ustaz Azhar Idrus – Hukum Makan Kenduri Kahwin Tanpa Di Undang

Masyarakat pada masa kini amat kurang sensitif dengan adab makan makanan kenduri di majlis perkahwinan orang lain sedangkan dirinya langsung tidak dijemput. Perbuatan ini nampak seperti tidak ada apa-apa, namun menurut ceramah Ustaz Azhar Idrus, ia merupakan satu perbuatan yang haram kerana dikira sebagai pencuri.



Soalan yang ditanya oleh hadirin :
Apakah hukum makan kenduri di rumah orang kahwin walhal kita tidak dijemput? Tetapi kita makan sehingga kenyang pula. Adakah makanan yang kita makan itu halal atau haram?

Jawapan oleh Ustaz Azhar Idrus
Hukum memakan makanan di majlis kenduri kahwin tanpa diundang diibaratkan seperti pencuri. Di dalam kitab Feqah, dalam bab walimah ada menyebut mengenai perkara ini iaitu siapa yang tidak dijemput, haram dia makan makanan di majlis tersebut. Tetapi hukum tidak haram pula adalah jika kita sekadar datang di majlis tersebut.

Jika kita makan tanpa diundang maka kita wajib bertaubat dan membayar semula kepada tuannya. Hal ini kerana golongan ini dipanggil pencuri.

Untuk memudahkan lagi, teruslah berjumpa dengan tuan majlis tersebut untuk meminta maaf dan menyatakan kesalahan yang telah kita lakukan.

Sumber : MELAYUKINI.NET
Sekadar gambar hiasan
godek2 kat pakcik google
sumber gambar dicilok kat SINI
* CK penah ada pengalaman TERsilap tempat kenduri. Nak pergi kenduri sedara, TERsilap pergi kenduri orang lain plak. Alkisahnya cmni...

Suatu hari, hari kenduri tu la.. Kenduri kat area Lenggong. My family pun g la. Sedara tu kata umah dia dekat je ngan umah Tok yang kat Lenggong tu. Nak dijadikan kes TERsalah umah ni, kebetulan depan umah Tok ada majlis kenduri. Dengan confidentnya parking kete kat tepi umah tu then menonong je g kat khemah tu. Siap lalu bawah pintu gerbang pengantin lagi. CK pun ok je la kan.. Tak syak ape2 sebab ayah CK confident je salam ngan tuan rumah, cam kenal je. CK plak tukang hangkut hadiah nak bagi kat pengantin. Oleh sebab yakin rumah dah betul, CK pun bagi hadiah kat cik bunga telor kat situ.

Kami pun gerak la makan kat kemah. Lebih meyakinkan kami bila ada satu family ni, kami kenal.. OH,kita betul dah ni.. So makan tanpa ada rasa syak ape2..walaupun mata ni dok melilau tengok orang2 kat situ, sebab tak kenal. Ayah CK pun ada cakap, "Kenapa abah tak cam sedara kita yang tu ek? Mana sedara2 yang lain?"

Pengantin datang.. Aik?!! Nape pengantin pun tak kenal nih. Ayah CK tanya, kat area sini ada majlis kenduri kawen lagi tak? Orang tu jawab ADA..tapi kena masuk kat dalam lagi..

Cis..TERKONO...Salah umah la wei..Dengan tersipu2 malu, nasi kat pinggan pun dah nak licin, ayah cakap kat tuan rumah tu, kami dah tersalah rumah.. tapi nasi dah makan ni..nak minta halalkan la ye.. Tuan rumah yang peramah tu pun senyum.. Dia kata takpe..makan je la.. hehe..halal...

Kami cepat2 basuh tangan, berambus dengan muka tersipu malu.. keh3.. terus berdesup pegi umah sedara yang sebenar. Sampai je kat sana, sume tak nak makan dah sebab dah kenyang.. Ayah CK sorang je yang makan sebab tak nak kecewakan tuan rumah A.K.A sedara kami tu..

Haaaa..hat ni baru la CK cam muka dia..haha..pengalaman tersalah umah kenduri..

*Nak bagitau, korang jangan la sesuka hati g kenduri orang kalau tak dijemput. Cam pencuri dah tu. Tapi kalau kes mcm CK nih, ok la kan... Just pergi jumpa tuan rumah, bagitau yang kita dah tersilap rumah. InsyaAllah, tuan rumah tu xdenya nak perambat kita dengan penyapu..haha..

♥ Kalau like, klik like ♥


Meh Baca Yang Ni Jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...