"Mak Tia masak apa tu?" Iman mendekati Mak Tia yang sedang asyik menggoreng sesuatu. Mak Tia memandang sekilas sambil tersenyum.
"Buat popia sardin je cik Iman. Dah nak siap dah pun. Tuan suka makan popia sardin ni." Balas Mak Tia.
Iman mengangguk mendengar jawapan Mak Tia. Kasihan Mak Tia. Mesti daripada tadi belum berehat. Asyik terperuk di dapur je. Pinggan yang digunakan semasa makan tengahari tadi pun belum sempat dibersihkan. Iman yang baru hendak duduk di kerusi dapur terus bangun ke sinki. Niatnya untuk membantu mencucikan pinggan-pinggan tersebut.
Baru sempat Iman memegang span untuk mencuci, Mak Tia dah terjerit melarang Iman daripada mencuci pinggan itu. Sedikit terangkat badan Iman akibat terkejut apabila disergah sebegitu rupa. Nasib tak terlepas pinggan kaca ni ke lantai. Kenapa ni?
"Cik Iman.. Tak payah basuhkan. Nanti Mak Tia yang basuhkan ye. Cik pergi la rehat kat depan. Biar Mak Tia yang buat semua ni," pinta Mak Tia.
"Eh. Tak apa la, Mak Tia. Saya dah biasa basuh pinggan-pinggan ni. Ke Mak Tia risau saya pecahkan pinggan ni?" tanya Iman. Tangannya laju mencuci pinggan-pinggan yang kotor itu.
"Bukan macam tu cik. Ni semua kerja Mak Tia. Biarlah Mak Tia yang buat. Lagipun cik Iman kan tetamu di villa ni."
Mak Tia sudah mengambil span basuhan daripada tangan Iman. Dibasuhkan tangan Iman yang bersabun itu. Sungguh dia terkejut dengan tingkah laku Mak Tia. Adakah kerana risau dia memecahkan barang di dalam villa ini? Atau adakah Mak Tia tidak suka dengan kehadirannya di sini? Begitu keras larangannya tadi.
Iman sedikit berkecil hati.
"Mak Tia tak suka saya ye," duga Iman. Suaranya mendatar. Pandangannya ke lantai. Sedih.
"Ya Allah.. Bukan Mak Tia tak suka cik. Mak Tia suka sangat bila ada tetamu yang datang ke villa ni. Mak Tia cuma menjalankan tugas Mak Tia je."
Mak Tia menarik tangan Iman ke kerusi dapur. Iman duduk di situ, menuruti kata Mak Tia.
"Iman cuma nak membantu, bukan nak menyusahkan. Dari tadi lagi Iman tengok Mak Tia buat kerja, mesti penat."
Ada getar pada suara Iman. Entah kenapa dia berasa begitu sedih. Terbayang wajah opahnya. Mak Tia seperti opahnya tapi mungkin Mak Tia muda sedikit. Bergenang air mata di kelopak matanya. Perasaan rindu pada opahnya mula menerjah.
Mak Tia mengusap lembut bahu Iman. Tersentuh pula hatinya dengan kata-kata Iman.
"Mat Tia ok je ni. Kuat lagi," pujuk Mak Tia supaya hati Iman kembali tenang.
Iman tahu Mak Tia tipu. Iman ada ternampak Mak Tia mengurut-ngurut pinggangnya tadi. Mungkin lenguh.
"Tak pe la. Iman tolong kejap je." Iman bingkas bangun pergi ke sinki dan menyambung mencuci pinggan semula.
Serta merta Mak Tia menarik tangan Iman yang sedang memegang cawan. Kerana licin dek sabun, cawan tersebut jatuh ke lantai. Iman memejamkan matanya. Takut. Aku dah pecahkan barang orang. Habis la..
Iman membuka matanya semula. Dia tidak mendengar sebarang bunyi cawan kaca yang pecah. Dia melihat Mak Tia sedang membongkok mengambil sesuatu di lantai. Fuh, nasib baik cawan plastik. Nyaris jantung aku nak gugur. Iman melepaskan nafas lega.
"Apa yang bising sangat kat dapur ni?" soal Mifzal, tegas.
Iman dan Mak Tia terdiam. Kecut perut pula apabila melihat wajah Mifzal yang sudah merah seperti menahan amarah. Iman memandang Mak Tia.
Mak Tia terkulat-kulat untuk menjawab. Iman serba salah. Sungguh, aku dah menyusahkan, bukan memudahkan..
"Maaf, Tuan. Mak Tia yang salah semuanya." Kepalanya tunduk.
Hati Iman dihenyak perasaan bersalah. Mak Tia cuba menutup kesalahan Iman dek kedegilannya. Alahai, Mak Tia.
"Kenapa Mak Tia cuai sangat ni?! Dah tak..." Belum sempat Mifzal menghabiskan ayatnya, Iman mencelah.
"Saya yang jatuhkan cawan tu, bukan Mak Tia." Iman memberitahu perkara sebenar.
Mifzal mencerlung ke arah Iman. Iman hanya menunduk.
"Mak Tia, dah berapa kali saya pesan, jangan biarkan tetamu buat kerja. Tetamu harus dilayan, bukan melayan, faham?!" Iman tersentak dengan apa yang diungkapkan oleh Mifzal. Melampau bagi Iman.
"Bos, tak baik tinggi suara macam tu! Tu salah saya, bukan Mak Tia." Iman mula menyeringai. Memang semuanya berlaku berpunca daripadanya. Tapi Mifzal tak patut nak menengking sebegitu rupa pada orang yang lebih tua. Hatinya mula sakit. Terbayang andai opahnya yang dimarahi begitu. Hatinya sungguh tak dapat menerima. Dia lebih rela dimarahi.
"Awak ikut saya ke depan!" Mifzal memberi arahan, tegas. Mifzal terus meninggalkan mereka berdua di dapur.
Iman menghela nafas. Sayu Iman memandang ke arah Mak Tia. Iman yakin hati Mak Tia ketika ini pasti begitu sedih. Maafkan Iman..
"Mak Tia, Iman minta maaf sangat-sangat. Tak berniat langsung nak menyusahkan Mak Tia." Iman menyentuh bahu Mak Tia, lembut. Mak Tia memandang Iman sambil tersenyum namun di pandangan Iman senyuman itu kelat.
"Tak apa la. Mak Tia tak kisah."
Iman memandang sayu. Dicapainya tangan Mak Tia, lalu diciumnya tangan wanita itu. Umpama mencium tangan opahnya. "Iman minta maaf."
Iman terus berlari-lari anak ke depan. Pasti Mifzal akan lebih marah kepadanya kerana lambat. Ahh..Aku tak kisah. Kalau majikannya suruh dia balik pun dia sanggup asalkan Mifzal hantar dia ke stesen bas dulu.
Mifzal duduk di kerusi yang ada di taman halaman villa. Terdapat meja dan kerusi kayu di situ. Unik ukirannya. Cantik, puji Iman lagi. Sempat puji-memuji lagi tu. Iman menghampiri majikannya dari belakang dan berdiri di sisi. Seperti bodyguard lagaknya.
"Kenapa lambat sangat ni? Dah puas mengumpat saya kat dapur sebelum datang sini?"
Iman tersentap lagi. Tuduhan melulu yang tak berasas langsung. Ingat aku makcik-makcik yang gile mengumpat ke? Getus hatinya tidak puas hati.
"Tak ada la, bos."
Mifzal bingkas bangun menuju ke tempat letak kereta. Iman hanya melihat Mifzal menonong ke sana. Sudah separuh jalan, Mifzal berpaling ke belakang.
"Awak nak tengok saya je ke?"
"Ermm..Kena ikut ke?"
Mifzal membulatkan matanya, geram. Terkial-kial Iman berlari menghampiri Mifzal. Sebelum dia hangin lagi, baik aku ikut dia cepat. Mifzal membuka pintu kereta dan masuk ke dalam kereta. Iman melihat Mifzal daripada tingkap kereta.
"Bos nak pergi mana ni?" soal Iman. Cemas pula.
"Banyak soal ye awak ni? Keluar ambil angin petang."
"Oh.. Bos tak cakap awal-awal nak keluar. Saya tinggal purse kat bilik. Saya pergi ambil kejap."
Iman berlari masuk ke villa. Mifzal hanya menggeleng-gelengkan kepalanya melihat gelagat Iman yang agak kelam kabut. Mifzal terus menghidupkan enjin kereta sementara menunggu Iman. Iman kembali semula sambil menggosok-gosokkan dahinya. Wajah Iman berkerut seperti menahan sakit. Ni kena apa pula dah ni, detik Mifzal.
Iman masuk ke dalam kereta tanpa memandang Mifzal langsung. Senyap. Mifzal memandang ke arah Iman.
"Pandang saya." Arah Mifzal.
Ahh..Sudah..Macam mana ni..,getus Iman..
"Imaaann..." Nada suara Mifzal berubah kepada tegas.
"Ye, booooss..." Iman menjawab umpama memerli majikannya yang memanggil namanya meleret. Iman menoleh kepada bosnya.
Mifzal meneliti seluruh wajah Iman. Iman mula tidak selesa. Matanya sudah melilau memandang atas, bawah untuk mengelakkan daripada bertentangan mata dengan Mifzal. Mifzal yang sedang melihat Iman tiba-tiba menjegil luas matanya.
"Eh, dahi awak bengkak." Tangan Mifzal cuba menyentuh dahi Iman. Secara automatik Iman terus menjauhkan kepalanya daripada disentuh oleh Mifzal.
"Jangan sentuh! sakit!." Spontan juga ayat itu terkeluar daripada mulut Iman.
"Bengkak tu. Jom letak ubat kat dahi tu dulu." Mifzal sudah membuka seatbelt di pinggangnya. Baru dia ingin membuka pintu kereta, Iman sudah menepuk bahunya menggunakan purse. Mifzal yang terkejut terus memandang Iman.
"Nanti-nanti la letak ubat. Jom la keluar dulu. Nanti waktu dah lewat, tak boleh keluar pula."
Iman hanya memandang ke hadapan tanpa menoleh pada majikannya. Mifzal menutup semula pintu kereta. Sebenarnya dia risau andai apa-apa yang berlaku pada Iman. Sudah menjadi tanggungjawabnya kerana dia yang membawa anak gadis itu ke sini atas urusan kerja.
"Awak ok tak ni?" soal Mifzal.
"Saya ok je. Seronoknya dapat jalan-jalan ambil angin petang kat sini ye, bos?"
Sengaja Iman berbuat-buat tanya untuk mengumpan Mifzal supaya tidak begitu menumpukan perhatian pada dahinya yang sudah semakin bengkak.
"Baguslah.." Sepatah keluar daripada mulut Mifzal. Dia segera memakai seatbelt semula dan memandu keluar daripada perkarangan villa.
Iman menempelak dirinya sendiri. Kenapa la aku ni cuai sangat. Itu la padahnya kerana terlalu asyik mengomel dan mengutuk dalam hati berkenaan majikannya yang cengeng. Sehinggakan bucu meja pun dah tak nampak. Akibat dek kelam kabut Iman, pursenya terjatuh daripada atas meja solek, dan ketika ingin membongkok mengambil purse itu la dahi Iman terhantuk. Aduh.. Ngilu masih terasa di dahinya.
Mifzal sengaja membuka tingkap keretanya supaya udara segar dapat masuk. Iman mendekatkan mukanya ke tingkap. Angin segar yang sejuk menyapa wajahnya. Nyamannya. Senyuman terukir di bibir Iman. Akhirnya, dapat juga dia merasai sendiri udara segar di Cameron Highlands. Kalau sebelum ni hanya mendengar cerita yang meniti di bibir rakan-rakan. Cemburu di dalam hati sudah sememangnya kerana kakinya belum mampu untuk dijejakkan di Tanah Rata ketika itu. Sekarang? Yey..Dah dapat..
"Seronok?" Mifzal menyoal.
Iman yang leka memandang keluar menoleh ke arah Mifzal di sebelahnya. Iman masih tersenyum, manis. "Seronok sangat. Terima kasih, bos."
Iman dapat melihat barisan gigi putih yang tersusun rapi milik Mifzal apabila bibir itu juga menguntumkan senyuman.
"Eh, Sara kenapa tak ikut sekali ye?" Iman baru teringat yang mereka langsung tidak memanggil Sara untuk keluar bersama tadi.
"Sara dah keluar pergi rumah kawan dia. Sara ramai kawan dekat sini." Terang Mifzal.
"Oh..yeke.. Bos tak ada kawan dekat sini?" Iman cuba mencungkil cerita mengenai bosnya. Mifzal hanya mendiamkan diri. Iman serba salah. Salahkah aku bertanya macam tu? Haishh..Susah betul nak duga perihal lelaki yang bernama Mifzal ni. Kejap ok. Kejap tak ok. Angin monsun melanda tak kira masa.
Mifzal memperlahankan kereta dan diletakkan kereta di suatu sudut. Iman begitu tertarik dengan pemandangan di hadapannya kini. Kawasan bukit yang dapat melihat hampir keseluruhan tempat itu. Pemandangan yang menghijau menyejukkan matanya. Subhanallah..Kejadian Allah yang begitu indah.
Iman mengikut Mifzal yang sudah mengambil tempat di kerusi kayu yang tersedia di situ. Ada beberapa orang lagi yang sedang asyik mengambil gambar kenangan di tempat itu.
"Cantik tak tempat ni?"
Iman menoleh sejurus soalan itu diajukan kepadanya.
"Cantik. Dan terlalu cantik," jawab Iman. Pandangannya tumpah semula pada pemandangan yang begitu menarik perhatiannya.
"Masa kecil-kecil dulu, saya selalu keluar ke sini dengan keluarga saya. Dengan saudara-saudara yang lain. Seronok sangat. Saya paling rapat dengan seorang pakcik saudara saya ni. Dia yang paling rajin bawa saya ke sini."
Mifzal bercerita tanpa dipinta. Iman hanya mendengar.
"Tapi itu semua tak lama selepas berlaku peristiwa dalam keluarga saya."
Iman yang mendengar tertarik dengan perkataan 'peristiwa'. Apa peristiwa yang berlaku itu? Iman tertanya-tanya dalam hati.
"Villa tu milik arwah datuk saya. Selepas dia meninggal, villa tu tak ada dalam senarai wasiat dia. Jadi atas persetujuan semua, villa tu diserahkan kepada anak sulungnya iaitu mama saya. Mama pula serahkan kepada saya."
Iman menganggukkan kepalanya tanda faham. Mifzal menarik nafas panjang.
"Iman, saya bukan suka-suka nak marah Mak Tia."
Iman pantas menoleh pada Mifzal apabila nama Mak Tia disebut. Mifzal menghela nafasnya.
"Itu adalah peraturan dalam villa tu. Peraturan yang mama buat, tetamu dilarang sama sekali membuat kerja rumah. Tetamu villa tu hanya daripada kaum kerabat kami je yang boleh datang. Mama meletakkan darjat kaum kerabat terlalu tinggi. Jadi sebab tu la tetamu dilarang membuat kerja. Prinsipnya ialah tetamu umpama raja. Just fahamkan itu."
Iman melopong di dalam hati. Hanya kaum kerabat yang dibenarkan datang ke villa tu? Habis tu aku ni macam mana? Kiranya pendatang asing la ni? Adakah aku akan dihalau keluar lepas ni? Soalan demi soalan datang menerjah di fikirannya sekarang.
"Kalau awak kata saya marah Mak Tia tu sudah di kira teruk, awak patut bersyukur sebab bukan mama saya yang berada di tempat saya tadi."
Erkk?? Sangat menakutkan bagi Iman apabila kata-kata itu lahir daripada mulut Mifzal. Adakah ibu majikannya ini begitu dasyat sehinggakan ibunya sanggup buat sesuatu yang lebih teruk lagi? Ni yang aku rasa takut nak balik villa lepas ni.
"Saya minta maaf pasal tadi. Saya tak tahu yang peraturan dalam villa tu memang macam tu. Patut la Mak Tia berkeras sangat tak bagi saya tolong." Iman tunduk. Rasa bersalah menyerbu di hatinya. Kasihan mak Tia.
"Tak apa la. Saya cuma nak beri sedikit pengajaran."
"Emm. tapi kan bos..boleh ke saya nak ikut bos balik villa lepas ni? Ke bos nak tinggalkan saya dekat sini je?"
Mifzal ketawa mendengar pertanyaan Iman yang langsung tak masuk akal baginya.
"Kenapa awak tanya macam tu?"
"Yela..Bos cakap tadi tetamu villa tu cuma daripada kaum kerabat bos je. Saya ni kira pendatang asing la."
Jawapan Iman memecah tawa Mifzal sekali lagi. Iman mencebik. Orang tanya betul-betul. Dia seronok pula nak ketawakan orang. Ni kalau Daiyan yang buat macam ni, dah lama aku buat-buat merajuk.
"Saya yang jemput awak datangkan? Saya tuan punya villa tu. Lagipun mama saya tak ada pun kat villa tu. So, don't worry la, dear. Saya tak akan tinggalkan awak dekat sini," jawab Mifzal sambil mengenyitkan matanya kepada Iman. Huh?
Ketawa Mifzal masih bersisa. Tak puas gelakkan orang lagi agaknya. Huh..gelak la puas-puas. Janji tak biar kan aku seorang kat sini.
Mereka menghabiskan masa petang itu dengan menikmati pemandangan di sekitar tempat itu sebelum pulang ke villa. Sungguh, tempat ini memang cantik. Tak jemu Iman memuji kebesaran Allah yang mencipta segalanya. Allahuakbar. DIA masih memberiku peluang untuk menikmati segala keindahan ini. Syukur..