I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, April 14, 2012

Hari Yang Tak Keruan~Banyak Berangan

Assalamualaikum..
Hari ni CK memang xde terdetik langsung nak menghapdet blog..Malas~
Tapi setelah menghabiskan separuh hari harini, CK rasa cam nak hapdet plak..Sebab? sangaplah borim.

Oleh kerana tajuk entri pun agak-agak vengong, CK tak nak buat ayat formal lah..Terasa skema plak..

Hari sabtu yang macam ni memang otak aku jadi teng teng sikit..Aku bangun pagi2 ni, perut aku dah minta steamboat (kat Fb pun hapdet status sal steamboat). Aku terus menggoogle cari resepi nak wat steamboat. Apa yang ada dalam otak aku time tuh, aku nak salin resepi, dan nak kua pegi pasar @ Giant kat Metro pun boleh pagi2 tu nak cari bahan. Periuk? Aku nak angkut periuk nasi kawan aku je..(Kalau boleh...)

Kat google, image steamboat memang wat perut aku merana lah..Nak makan steamboat!! Bukak satu blog ni, ada cara-cara nak buat steamboat. Oh my! Bahan-bahan sume ni aku nak cekau kat mana? Tak boleh jadi ni..Cari resepi lain yang nampak agak-agak simple jeh.. Ok..Mengalah..kebanyakannya bahan-bahan lebih kurang. Banyak la duit kau nak beli bende-bende alah tuh? Lagi pun, sedar la yang kau tu dok hostel, bukannya kat rumah..ade paham ka? Emm..So sad :'(

Hasil daripada menggoogle jek..:(
Sedih kerana impianku nak makan steamboat musnah, aku godek-godek lagi kat dalam blog yang ada entry steamboat tu tadi. Aku terjumpa resepi nak wat tiramisu la plak dah. Secara jujurnya aku ni TAK pernah telan si tiramisu ni..Dan rupanya macam mana pun aku tak tahu. Tapi!! Kali ni kau memang betul2 nak menarik perhatian aku..Dari steamboat dah jadi tiramisu..

Cara nak buat tu memanglah teramat mudah. Aku rasa macam nak masak je kat dalam bilik ni. Tapi, oleh kerana bahan-bahan tu aku tak pasti nak carik kat mana dan aku tak ada peti ais untuk simpan cik tiramisu tu, perut aku pun mengalah je la. Tak pe la..kucewa jap..(Aku copy and save address blog tu..supaya senang kalau2 aku boleh nak wat nanti, aku carik je la resepi kat situ..huahahahaha..)

Untuk menggantikan steamboat dan cik tiramisu, aku pun membancuh susu dan menyediakan roti yang berintikan planta dan kaya. hahahaha..cam ayat minta simpati plak..hehe..makan tu pun jadi la..Wahai perut, sila jangan nak demand minta makanan yang mahal2 ok?

Oleh sebab aku ada exam minggu depan, aku pun merajinkan diri untuk membuka buku sambil2 nak makan roti tu kan. Buka buku je rajin, nak baca malas. 10 minit je bertahan. Then tutup balik. Cuba ingat ape yang aku baca. Ada la dalam 50% yang aku ingat tapi bukan hasil daripada yang aku baru baca tadi tapi hasil daripada yang aku faham semasa kat dalam kelas..hahaha..

Selepas study dalam 10 minit, aku bukak FB jap. Eh, ada peraduan buat short story@cerpen pendek la..Teringin nak join. Rasa cam nak ambik cite yang aku penah buat n post kat blog je..Tiba-tiba dia update dengan meletakkan syarat plak. Nak buat cite tu kena view video yang dorang buat dulu..Mek down sebab utube teramatlah susah nak loading menggunakan wifi kat sini.

Sementara tunggu cik utube loading, aku dah standby bukak microsoft word ni. Kenapa aku nak join? sebab syarat wat cerpen ni tak lebih 150 words pun..Taip seciput je. Bila dah ciap loading, aku pun view..Ok, aku tak de idea la plak..Tapi aku karang je cerpen tu ikut otak aku sampai siap. Then terus hantar. Aku rasa, akulah peserta pertama yang hantar..hahaha..

Perut dah lapar. 3 hari jugak aku tak jumpa nasi. Niat dihati nak merajinkan diri pergi kafe. Sampei je kat kafe, pintu bermangga pulak dah. Spoil..Dengan lemah longlainya aku melangkah pulang ke bilik. Sad story..

Kat bilik, bukak blog yang masak tadi semula. La..Rupanya banyak resepi dia wei..Start kat sini aku rasa otak aku dah mula nak ting tong..Aku rasa blogger ni tersangat rajin memasak dan tersangat la pandai memasak walaupun dia cakap kebanyakkan resepi tu sume, dia cari kat pak google jeh.

Rajin dia terangkan bahan dan cara memasak, siap dengan pakej gambar lagi. Memang faham dan disebabkan itu hati aku memang meronta-ronta nak try memasak camtu jugak..Aku rasa cam tension sangat sebab aku hanya mampu melihat dan telan air liur senyap2 tanpa mampu nak try satu pun resepi2 tu sume kerana aku hanya duduk kat bilik yang ada meja, kerusi, katil, tilam, almari dan ape2 je yang berkaitan dengan bende alah tadi..Dapur?..Argghh!!

Ape yang aku rasa sangat best dengan blogger ni?
-Si isteri yang sangat pandai dan rajin memasak..untuk hubby dan anak-anak dia..
-Aku rasa dia seorang suri rumah sepanjang masa (Aku rasa la..)
-Sporting dan kelakar..
-Cik puan ni ada anak-anak yang sangat comel..hehe..suke2..
-Rumah yang besar, selesa dan dapur yang best!!
-Setiap kali memasak, cik puan ni guna peralatan yang lengkap dan comil2 belaka..


CK sertakan nama blog cik puan ye..kira cam pomot plak..CAHAYA CINTAKU

Dapur yang best pun merupakan salah satu faktor yang boleh mendorong kita rajin wat kerja dapur..(Kalau yang malas tu, malas jugak..) Siyez, dapur dia kemas, besar, cukup kelengkapan dan yang paling penting bersih!!..

Sesi berangan dah bermula..Syoknya dapat masakkan makanan feberet untuk orang yang kite sayang..Bila jadi suri rumah sepenuh masa, boleh focus kat family je..boleh masakkan untuk suami dan anak-anak..Bila g pasar, boleh beli macam2..nanti nak masak tu, nanti nak masak ni..hehe..Bestnya~

Ok..Sesi berangan dah abis..tak boleh banyak2..Nanti sume keje tak jalan..Oleh kerana sesi berangan dah tamat tadi, barulah aku boleh menaip entry kat sini..huhu..

Sekarang dah abis ye sesi bebelan untuk separuh hari sabtu aku..Untuk malam ni, aku tak tau la ape plak yang nak jadi..yang pasti, dalam sejam ni, aku sibuk dok menaip entry ni..hahaha..

Dah la..Penat..CK nak wat benda lain plak..hoho..Assalamualaikum..:) *Tiba-tiba bahasakan diri CK balik..hikhik..


♥ Kalau like, klik like ♥


2 comments:

Ana Suzana said...

Alamak.. Tersedak lak kat sini.. Heheh

KaKTuS BeRDuRi said...

alamak..tuan punya blog tu baca la..hik2..

Mksh ye kak ana sebab sudi singgah sini..heheh..

Meh Baca Yang Ni Jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...