Assalamualaikum..
Entry kali ni hanyalah sekadar cerita yang bagi CK ada memberi makna yang tersirat dan tersurat..(OK, belajar BM balik ye..) Sekali CK baca cerita ni, dalam hati berkata-kata.. "owhh..sebab ni la ye.."
Nak tau ape dia, baca la..^_^
----------♥----------
"Kadang-kadang kamu rasa nak marah pada seseorang,
kadang-kadang kamu rasa geram pada seseorang, kadang-kadang rasa macam nak
tembak seseorang...tapi, bila terlihat wajahnya, hilang semua prasaan
itu", kata nenek tua kepada si kecil itu.
Si kecil menjawab, "benar,nek.. Seringkali berlaku
sedemikian bila saya berhadapan dengan seorang kawan. Kata-katanya selalu
melukakan hati, malah perangainya kadangkala menjengkelkan. Tapi kenapa saya
tidak mampu memarahinya,nek? Sedangkan saya boleh berbuat macam tu".
"Kerana malaikat rahmat bersamanya,cu". Jawab
nenek bersahaja.
"Macam mana hal itu boleh berlaku? Saya tak
faham". Si kecil bertanya inginkan kepastian.
Nenek tua duduk, bertentang mata dengan si kecil.
"Mungkin kamu melihatnya menjengkelkan, tapi 'penduduk langit' tidak
melihatnya macam tu".
"Apa maksud nenek 'penduduk langit'?? Si kecil semakin
keliru dengan kata-kata nenek itu.
"Penduduk langit itu terlalu ramai, cu.. Mereka
terlalu kuat jika dibandingkan dengan manusia. Manusia dikurniakan akal dan
nafsu, jika digunakan sebaiknya, manusia lah yang lebih kuat, sebaliknya
'penduduk langit' ini kekal sebagai yang lebih kuat jika manusia gagal mengurus
akal dan nafsunya. Mereka itu pula kekal dengan iman mereka, tidak berkurang
sedikit pun. Mereka itulah malaikat, cu." Jelas nenek cuba memahamkan si
kecil.
"Oh, kalau macam tu, bagaimana malaikat boleh duduk
bersama manusia? Kawan adik tu malaikat ke? Bukan kan?". Si kecil
tersenyum sendiri.
"Sudah tentu bukan,cu. Dia juga adalah manusia biasa,
sama sepertimu. Mungkin ilmunya kurang, tetapi dia suka berada dalam majlis
ilmu. Kelas-kelas agama dan sains dihadirinya dengan ikhlas, bukan kerana
terpaksa. Dan sudah tentu malaikat turut serta bersamanya. Itulah beza dia
denganmu wahai, cucuku". Nenek tua merenung ke dalam mata si kecil.
Si kecil tunduk malu, terasa seperti dipanah petir,
"em, saya faham,nek".
"Bukan itu saja,cu. Dibelakangnya bukan saja ada
malaikat rahmat, malah dia sebenarnya pemimpin besar. Dia tak kan takut
berhadapan sesiapa saja mahupun pembesar kerajaan." Nenek cuba menarik
minat si kecil.
"Eh, apa pulak tu, nek?. Yang ni lagi saya tak faham.
Pemimpin besar? Saya tengok kawan saya tu nak urus diri sendiri pun tak betul
lagi. Macam mana pulak nenek boleh cakap dia pemimpin besar?" Si kecil
berseloroh.
Nenek tu tersenyum, seperti sudah menjangka reaksi si
kecil, "perhatikan anak matanya,cu. Perhatikan dahinya. Kamu akan
mendapati "Al-Mulk" melekat di situ."
"Apa maksud nenek?", si kecil memintas kata-kata
nenek tua.
"Orang itu selalu membacakan surah Al-Mulk di waktu
lapang dan di waktu sempitnya,cu. Ayat-ayat Allah itu dijadikan teman setianya,
hingga berbekas pada wajahnya. Tanda itulah menyebabkan kamu atau sesiapa saja
tidak mampu memarahinya, cu. Tidakkah kamu lihat akan tanda itu, wahai
cucuku?". Nenek tua meninggalkan persoalan ringkas.
Si kecil memejamkan mata, membayangkan wajah kawannya itu.
Memang benar, terdapat tanda-tanda kehebatan Allah pada wajahnya. Senyumnya
membawa agama, marahnya juga membawa agama. Begitu hebat wajah orang yang
selalu membaca ayatnya.
"Betul, nek. Apa yang nenek cakap tadi semuanya betul.
Macam mana nenek tahu semua tu?". Si kecil menyoal, membuka kembali
matanya yang dipejam tadi.
"Nenek! Nenek! Mana nenek?!!". Si nenek tua hilang,
lenyap dari pandangan.
Sumber : Kawan CK sendiri..
♥ Kalau like, klik like ♥