Ya Allah..
Engkau ciptakan perasaan..perasaan yang pelbagai..
Engkau ciptakan air mata..air mata yang mengiringi perasaan..
Engkau ciptakan hati..hati yang begitu sensitif..
Engkau ciptakan cinta..cinta yang di damba..
Aku bersyukur kerana aku ini normal seperti manusia yang lain..
aku mempunyai pelbagai perasaan..
perasaan yg sensitif dengan keadaan sekeliling..
namun....
Mengapa air mata ini terlalu mudah mengalir semenjak ini..
perasaan yang ada terasa begitu terusik..
hati yang ada terasa begitu sakit..
cinta yang ada di dalam hati ini...terlalu sukar di ungkapkan..
Kau berikan aku perasaan cinta padanya..
aku bersyukur Ya Allah..
aku ingin sangat untuk menjaga cintanya..
cinta yang terus kekal di hati..
hingga ke syurga..
namun aku juga sering di uji dengan perasaan ini sendiri..
aku terlalu lemah Ya Allah..
sebegini kecil dugaanMu,aku mula longlai..
Ya Allah,
Kau berikan aku perasaan sayang padanya..
aku bersyukur Ya Allah..
perasaan ini terlalu bernilai..
akanku jaga sebaik mungkin..andai itu yang Engkau izinkan..
namun perasaanku ini sering di duga dengan pelbagai hal..
aku tidak kuat..
Ya Allah,
aku memohon kepadaMu..
Kau tunjukkanlah kepadaku siapakah 'dia' yang sebenarnya..
semoga hambaMu ini tidak tersalah memilih..
tidak juga melukakan mana-mana hati..
kerana aku terlalu menyayanginya..
Namun...
andai belum tiba masanya lagi,Kau redakanlah perasaanku ini terhadapnya..
aku tidak mahu air mata ini tumpah..
aku takut akan kecewa..
aku juga takut mengecewakannya..
kerana aku terlalu menyayanginya..
Walau bagaimanapun,jauh di sudut hatiku..
aku begitu berharap padanya..
mungkin dia tidak sedar..namun aku tau perasaanku..
andai dia tercipta untukku..aku bersyukur padaMu..
tunjukkanlah padaku akan kebenaran yang jelas..
akanku bawa sayang dan cintaku bersama..
semoga aku terus kekal bersamanya..
HINGGA KE SYURGA..
ameen..
"Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis dan tertawa bila ia mampu. Wanita juga adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, maka bermalamlah dalam kegelapan."
No comments:
Post a Comment