I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, March 28, 2011

AiR MaTa KeRaNamu

Ya Allah..
Engkau ciptakan perasaan..perasaan yang pelbagai..
Engkau ciptakan air mata..air mata yang mengiringi perasaan..
Engkau ciptakan hati..hati yang begitu sensitif..
Engkau ciptakan cinta..cinta yang di damba..

Tuesday, March 22, 2011

aDiK SaYaNg MaK!!!

maakk!!..maakkk!!!..maaaakkkkkk!!!!!!
mak g mana?? adik ada kt sni nih..
nape adik xnampak mak pun..mak kat mne??
adik nk jumpa mak..dah lama mak x peluk adik..
adik nak peluk mak..
adik rindu kt mak..
adik sayang kt mak..
adik nak cium mak..
tapiiiiiii..mak mana???

Wednesday, March 16, 2011

BiaR JaDi KaKTuS

Salam buchuk2..
aku jalan2 kt pusanika td..nmpk la ada org jual buku..
cadangnya nk g ngorat usha2 la jgk kn walaupun xbeli kn..
sblum smpai,aku dah nmpk kwn aku kt hujung sna..
dia datang..
dia cakap..
"huda,ada buku kaktus la kt sna.."
aku kata.."mana2??"
"kt sana tu...tajok dia BIAR JADI KAKTUS..hehe..watak dia firdaus n syakila..alaa..npe bkn nama huda.."
aku pon ape lg..merangkak berlari la cpat2 nk tgk buku tu..

yes!!!
aku dah jmpa buku nih..tapi.....
nape nama aku hanya di muka depan..nape bkn watak di dalam...
kecewa jap..:-(
kwn aku tnya, "huda xnk beli ke??huda nk beli la tu..beli la huda..."
aku jawab, "xnak la..huda just nk tgk je.."
dalam hati sebenarnya tersentap..
bnyk perkaitan yg berlaku..emm..

pe2 pun aku suka,nama aku jdi tajok front page..ahaaakk..
haaa..bwh tu ada sinopsis cite nih..baca la korg..
jgn rsau,cite nih xsama ngn cite kisah diri aku..ahuukk..
tapi aku tringin sgt nk menulis tntang kisah hidup aku sendiri..
boley jadi cite novel jgk nih..


Cinta Syakila dan Firdaus ibarat bintang-bintang yang bergemerlapan. namun perjalanan hidup sebenarnya tidaklah seindah impian dan harapan..

Dek tidak tahan menanggung penderitaan demi penderitaan, Syakila mencari keadilan dan kebenaran yang seakan-akan tersembunyi. namun pencariannya terkandas bila dia diburu oleh Datin Habsah, Seorang wanita wanita korporat yang bersikap mata duitan. Tawaran satu juta ringgit malaysia daripada Dato Tengku Amir terus membuatkan Datin Habsah ingin terus memburu gadis itu hingga ke lubang cacing.

Syakila ibarat kaktus yang teguh walaupun kemarau melanda. Tika dirinya longlai, muncul Azlan yang berhatri mulia. Lelaki Budiman itu sering menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan bantuan.

Pengorbanan setinggi gunung itu membuatkan Syakila dalam dilema. Dia tahu lelaki itu mencintanya sampai mati. tetapi bagaimana pula dengan Firdaus? Lelaki itu nyawanya..


Friday, March 11, 2011

MuHaSaBah DiRiKu

Salam sahabat2 ku..:)
first skali aku nk kata, "manusia ini mudah lupa n alpa."

aku juga termasuk di dalam list manusia tu..
aku leka ngn duniawi..
aku kotori hati aku..
aku tutup hati aku..

kini aku sedar,aku salah..
aku cuba utk kembali,berubah..
berubah kepada yg lebih baik..
aku yg alpa perlu muhasabah diri..
mencuci hati yg kering..
dengan kelembapan ayat2MU..
dengan kebasahan wudhu'..
dengan detergent solat..
dengan softlan doa kepadaMU..

ingin aku berkongsi dengan sahabat2 yg sudi berkongsi denganku..


MUHASABAH DIRI: Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah 


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1)
Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.



sucikanlah hatimu..

JaWaPaN RiNDu

Salam sayang,
aku rindu..aku rindu..aku rindu..
itu yg aku mampu luahkn..
sememangnya aku sedang rindu,rindu seseorang yg sentiasa membuat aku tertunggu..
kadang2 aku tertanya,'kalau ini yg terjadi pada aku,kenapa aku diberi perasaan sebegini??'


sambil aku mengisi kekosongan,aku mendengar nyanyian lagu nasyid..
dlm banyak2 lagu tu,aku terpikat ngn 1 lagu ni..seperti mengetahui perasaan aku skrg..
ingin skali aku berkongsi lagu ini bersama ngn rakan2..

Terasa sesuatu
persoalan memanggil
Di benak yang paling mendalam
sehingga menjadi ralit


Semakin jiwa dilanda
gelora Sang Penanti
semakin sukar difahami
puncanya gelisah ku ini

Hanya kekosongan
jua kehilangan
kurasai
menghuni hati


Di mana kan ku temui
penghujungnya resah ini
seumpama ku menanti
sejawapan rindu


Di mana kan ku temui
oh sinaran yang hakiki
untuk menjadi penyuluh
jalan didepanku
hingga akhir waktu


Andainya kau temui
cahaya yang ku cari
sudikah dikongsi bersama
sebagai teman mahupun sebagai KEKASIH


Di mana utk aku luahkn..
aku tidak mampu pendam..
di sini lah tempat utk aku melakarkan kata..
bahawa aku rindu..
di atas sejadah..aku memohon padaMu..
Kau tunjukkanlah kepadaku,siapakah 'dia' sebenarnya..
ingin sgt utk aku mengenalinya..
Namun,jika ini bukan masanya lagi,Kau buangkanlah sementara perasaan rinduku ini..
tidak sanggup utk aku menyimpan rasa ini..
begitu sakit di dalam..
aku hanya mampu menitis air mata...




Meh Baca Yang Ni Jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...