I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, February 4, 2011

SYuRGa CiNTaKu


Kau Cinta pertamaku
Engkau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita...


Kau ayu dimataku
Satu antara seribu
Tiada tara didunia...


Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir...

Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ditentukan Tuhan....


Stat2 entry trus tgk lirik lagu ni kn..cdey nak wat entry tntg nih..adooii..tp rsa nak wat jgk..cinta tanpa pertemuan,cinta tanpa berbicara,cinta tanpa bertentangan mata,cinta tanpa ape lagi??aku risau, cinta aku berlandas kan ape?? Tiba2 aku tringat skrip dalam salah satu part cite SYURGA CINTA..yang si atok bercakap ngn irham tuh..aku pun dah xbrape ingt..so aku pun g la search kt GoOgLe..jumpa la skripnya kt iLuVIsLaM.CoM..hehe..suke..ni aku sertakn cikit skrip dia..

Syuhada:Atuk pernah cakap yang jodoh itu terbahagi pada tiga.

Irham:Tiga?

Atuk: Yang pertamanya, yang dikatakan jodoh dari syaiton. Kamu berdua berkenalan, berpegangan tangan, dan terus buat maksiat, akhirnya Syuhada mengandung. Baru kamu menikah. Yang keduanya, jodoh dari Jin.Kamu berdua berkenalan.Kamu sukakan Syuhada, tapi Syuhada tak sukakan kamu. Kamu bomohkan dan sihirkan agar Syuhada suka kepada kamu.Dan kamu berdua menikah. Dan yang ketiganya,jodoh dari Allah. Kamu berdua berpandangan mata,terus menusuk ke kalbu.Kamu terus meminang Syuhada dan Syuhada terima pinangan kamu.Dan kamu berdua menikah. InsyaAllah berkekalan hingga ke akhir hayat. Dan itulah yang dikatakan
SYURGA CINTA.

tapi,bila aku baca blik,cinta aku bukan la yang pertama tu..yang kedua pon bukan..yang ketiga tu pon aku rsa bkn sbb aku x penah pndg mata dia,dia pon xpenah pndg mata aku..(dah mmg xpenah jmpakn,cne nk pndg mata plak..) cne nak menusuk ke kalbu plak..emm..tapiiii cik iluvislam ni ckap bagi orang yang beriman, untuk dapat petunjuk dari Allah berkenaan jodoh, jalannya adalah ISTIKHARAH..

Yang ketiganya, Jodoh Dari Allah. Kamu tidak mengetahui siapa jodoh kamu, lalu kamu istikharah meminta petunjuk dari Allah, lalu Allah kurniakan kamu petunjuk dan kamu bulatkan tekad lalu kamu meminang. Yang dipinang juga beristikharah selepas dipinang, lalu jika dia pun mendapat petunjuk dan bulatkan tekad, lalu menerima pinangan kamu. Langsung kamu bernikah. Lalu kamu jaga keluargamu hingga akhir hayat, lalu kamu menemui ajal. Kemudian kamu dimasukkan ke alam barzakh dan yang mengikut kamu hanya iman dan amalan kamu saja. Jika baik, maka bersenang kamu dalam kubur. Lalu dibangkit semula kamu di Padang Mahsyar, kemudian kamu menerima buku catatan dengan tangan kanan. Dan melintas titian sirat sepantas kilat. Dan masuk ke syurga tanpa hisab. Itulah SYURGA ALLAH yang tidak ada tolok bandingnya dengan segala kenikmatan di dunia ini. Kamu kekal di dalamnya buat selamanya..


Berbalik pada kisah aku,mgkin benar kata dia,kami mgkin berbeza haluan..macaaammm lirik lagu tuh..ape yang kita rancang x semestinya jadi..sgalanya ALLAH yg tentukan..xpe la awk,sy redha dgn sgala ketentuanNya..sy xnak cari jodoh yg dtgnya dari syaitan..sy jgk xnak jodoh sy dtg dari jin..sy hanya menanti jodoh yang datgnya dari Allah yg telah DIA tetapkn utk sy..andai awk ingin pergi,pergi la..sy relakan awk..

"If you really love someone let the person go. If that person really meant for you, the person will come back to you eventually. But if the person does not, then the person never meant for you, in the first place."

Sy faham ape yang awk mahu,sy fhm cara awk slpas kwn baik awk@sy terangkn sal awk..xpe2..sy xsalah fhm pun sal awk..^_^..mgkin skrg awk pergi,x mustahil awk akn kembali..^_^..KERANA sgalanya ditentuan ALLAH..awak usah risau,awk usah bimbang,awk usah takot,awak USAH RAGU DENGAN TAKDIR..kini sy menanti jodoh sy dari Allah dtg n melamar sy..tringin sgt andai si dia boleh berbicara sperti ini..

"Sesungguhnya saya telah menjumpai cinta yang dinamakan jodoh dari Allah. Saya nak jadikan awak yang halal bagi saya. Sentiasa berada di sisi saya walau susah ataupun senang. Dan sentiasa menemani saya di dunia, akhirat dan insyaAllah cinta sampai syurga. Saya perlukan cinta dan kasih sayang yang ikhlas hingga nyawa bercerai dari jasad. Bukan untuk dipermainkan. Bukan untuk dipersendakan. Saya cuma ada satu impian dan impian saya hanya untuk hidup semati dengan awak.Saya benar-benar jujur dan ikhlas. Mungkin cinta saya tidak seagung cinta Nabi Muhammad saw kepada Siti Khadijah atau tidak sehebat cinta Zulaikha kepada Nabi Yusuf ra. .Tapi apa yang saya tahu, saya perlukan awak dalam hidup saya. Sudikah awak sehidup semati dengan saya?"

di saat itu akan aku jawab seikhlasnya..

"Ya,saya sudi.."


No comments:

Meh Baca Yang Ni Jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...