I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, February 5, 2011

SuRaT BeRPoLiGaMi

Wahai isteri2 sume..
adakah kalian nak payung emas di syurga nanti??
mesti la nak kn..
tp kalian sanggup ke berpoligami..
huhuhuuuiii..

eden idok sggup la berpoligami..
eden ada la baca 1 surat ni,si suami nk mnx berpoligami kt isteri dia..
kawe ambik dari cikgu kawe jgk hat nih..
tapi bukan la surat cikgu kawe punya..klako pun ado..
nok baco gak ko??
meh kawe letak kt cni..^-^

_______________________________________________________________

Isteri Solehah
Bakal pemegang payung emas di syurga Allah

27 Januari 2011

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya . Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu , memandangkan masih ada 3 kekosongan , eloklah jika dapat dipenuhi secepat mungkin . Macam atom carbon bentuk 4 ikatan. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Z A N yang merupakan bekas pelajar matrik saya . Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di matrik dulu amat baik , eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita . Kekosongan yang selebihnya akan diisi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan , yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis , terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakin an untuk mengemukakan permohonan ini . Kini, dengan rezeki yg melimpah ruah Allah kurniakan , saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga . Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak , manakan mung kin puan dapat menjadi seperti sekarang . Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar , rumah besar , rantai besar dan pakaian besar . Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat . Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan . Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga . Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi , pinggan-mangkuk , ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini . Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas ….. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini . Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata , saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian , Terima Kasih.

“BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA”

Yang Ikhlas Memohon ,

LaNun bin Pirate.

________________________________________________________

haha..amacam..klu korg baca surat cmni yg di post oleh suami korg,korg nak bagi x suami korg berpoligami??hikhikhik..


oopppss..tiba2 kua gambar ashraf..hihi..
ada makna tuuu..ahaakkss..
(gelak gediiiikkss..)

Friday, February 4, 2011

SYuRGa CiNTaKu


Kau Cinta pertamaku
Engkau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita...


Kau ayu dimataku
Satu antara seribu
Tiada tara didunia...


Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir...

Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ditentukan Tuhan....


Stat2 entry trus tgk lirik lagu ni kn..cdey nak wat entry tntg nih..adooii..tp rsa nak wat jgk..cinta tanpa pertemuan,cinta tanpa berbicara,cinta tanpa bertentangan mata,cinta tanpa ape lagi??aku risau, cinta aku berlandas kan ape?? Tiba2 aku tringat skrip dalam salah satu part cite SYURGA CINTA..yang si atok bercakap ngn irham tuh..aku pun dah xbrape ingt..so aku pun g la search kt GoOgLe..jumpa la skripnya kt iLuVIsLaM.CoM..hehe..suke..ni aku sertakn cikit skrip dia..

Syuhada:Atuk pernah cakap yang jodoh itu terbahagi pada tiga.

Irham:Tiga?

Atuk: Yang pertamanya, yang dikatakan jodoh dari syaiton. Kamu berdua berkenalan, berpegangan tangan, dan terus buat maksiat, akhirnya Syuhada mengandung. Baru kamu menikah. Yang keduanya, jodoh dari Jin.Kamu berdua berkenalan.Kamu sukakan Syuhada, tapi Syuhada tak sukakan kamu. Kamu bomohkan dan sihirkan agar Syuhada suka kepada kamu.Dan kamu berdua menikah. Dan yang ketiganya,jodoh dari Allah. Kamu berdua berpandangan mata,terus menusuk ke kalbu.Kamu terus meminang Syuhada dan Syuhada terima pinangan kamu.Dan kamu berdua menikah. InsyaAllah berkekalan hingga ke akhir hayat. Dan itulah yang dikatakan
SYURGA CINTA.

tapi,bila aku baca blik,cinta aku bukan la yang pertama tu..yang kedua pon bukan..yang ketiga tu pon aku rsa bkn sbb aku x penah pndg mata dia,dia pon xpenah pndg mata aku..(dah mmg xpenah jmpakn,cne nk pndg mata plak..) cne nak menusuk ke kalbu plak..emm..tapiiii cik iluvislam ni ckap bagi orang yang beriman, untuk dapat petunjuk dari Allah berkenaan jodoh, jalannya adalah ISTIKHARAH..

Yang ketiganya, Jodoh Dari Allah. Kamu tidak mengetahui siapa jodoh kamu, lalu kamu istikharah meminta petunjuk dari Allah, lalu Allah kurniakan kamu petunjuk dan kamu bulatkan tekad lalu kamu meminang. Yang dipinang juga beristikharah selepas dipinang, lalu jika dia pun mendapat petunjuk dan bulatkan tekad, lalu menerima pinangan kamu. Langsung kamu bernikah. Lalu kamu jaga keluargamu hingga akhir hayat, lalu kamu menemui ajal. Kemudian kamu dimasukkan ke alam barzakh dan yang mengikut kamu hanya iman dan amalan kamu saja. Jika baik, maka bersenang kamu dalam kubur. Lalu dibangkit semula kamu di Padang Mahsyar, kemudian kamu menerima buku catatan dengan tangan kanan. Dan melintas titian sirat sepantas kilat. Dan masuk ke syurga tanpa hisab. Itulah SYURGA ALLAH yang tidak ada tolok bandingnya dengan segala kenikmatan di dunia ini. Kamu kekal di dalamnya buat selamanya..


Berbalik pada kisah aku,mgkin benar kata dia,kami mgkin berbeza haluan..macaaammm lirik lagu tuh..ape yang kita rancang x semestinya jadi..sgalanya ALLAH yg tentukan..xpe la awk,sy redha dgn sgala ketentuanNya..sy xnak cari jodoh yg dtgnya dari syaitan..sy jgk xnak jodoh sy dtg dari jin..sy hanya menanti jodoh yang datgnya dari Allah yg telah DIA tetapkn utk sy..andai awk ingin pergi,pergi la..sy relakan awk..

"If you really love someone let the person go. If that person really meant for you, the person will come back to you eventually. But if the person does not, then the person never meant for you, in the first place."

Sy faham ape yang awk mahu,sy fhm cara awk slpas kwn baik awk@sy terangkn sal awk..xpe2..sy xsalah fhm pun sal awk..^_^..mgkin skrg awk pergi,x mustahil awk akn kembali..^_^..KERANA sgalanya ditentuan ALLAH..awak usah risau,awk usah bimbang,awk usah takot,awak USAH RAGU DENGAN TAKDIR..kini sy menanti jodoh sy dari Allah dtg n melamar sy..tringin sgt andai si dia boleh berbicara sperti ini..

"Sesungguhnya saya telah menjumpai cinta yang dinamakan jodoh dari Allah. Saya nak jadikan awak yang halal bagi saya. Sentiasa berada di sisi saya walau susah ataupun senang. Dan sentiasa menemani saya di dunia, akhirat dan insyaAllah cinta sampai syurga. Saya perlukan cinta dan kasih sayang yang ikhlas hingga nyawa bercerai dari jasad. Bukan untuk dipermainkan. Bukan untuk dipersendakan. Saya cuma ada satu impian dan impian saya hanya untuk hidup semati dengan awak.Saya benar-benar jujur dan ikhlas. Mungkin cinta saya tidak seagung cinta Nabi Muhammad saw kepada Siti Khadijah atau tidak sehebat cinta Zulaikha kepada Nabi Yusuf ra. .Tapi apa yang saya tahu, saya perlukan awak dalam hidup saya. Sudikah awak sehidup semati dengan saya?"

di saat itu akan aku jawab seikhlasnya..

"Ya,saya sudi.."


Wednesday, February 2, 2011

AkU NaK Islamkn BaBi Tu. BoLeH Ke??


Salam rakan-rakan..
hari ni CK nak share cerita nih..
cikgu CK kat matrik dolu yang bagi kt CK(cam cikgu bagi kt CK sorg je kn..padahal cikgu post kt kelab dia,CK join..haha..)

Cerita ni CK ambik dari cikgu CK tu la..
CK xtau cikgu CK ambik cerita ni kt mna..
tapi ape2 pun message yg nak di sampaikan tetap sama..
sama2 la kita memahaminya ye..^_^

Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

Beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalamcouple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya,

"Have you married?".

"No.", jawab Safura.

"So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad.

"Kamicouple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas..


Fahamkn message ape yang dia nak sampaikan wahai kawan-kawan ku sayang??..^_^

Tuesday, February 1, 2011

KaRYa AkU


Salam Muhibah..(tiba jah..)


Saje je..beboring la sgt dok umah..xtau nak wat pe..(padahal esaiment belambak tuh..)..
sambil2 isi masa lapang td,sempat la CK dok belek2 buku time CK highschool dlu kn..ahaakk..
terjumpa la buku PERINTIS sekolah CK nih..
alaa,buku yang ada gambar2 kita,karya2 kita,cikgu2 kita tu la..korang ada gak kn..^_^..

dolu2 CK nih rajin la jgk mengantor karya nih..
uuiihh!!..karya CK yg nih femous ooo..sampai masuk majalah KRK tu..(dah mmg aku bdak KRK kn..ahaaakk..)..
nak tau ark ape cite karya CK nih..hehe..
sogan plak CK nk taip..korg baca dolu,nt komen tau2..ahaakk..
^_^


Arrggghhhh...aku telah disedut masuk ke dalam kawasan yang gelap gelita. Kawasan itu dipenuhi ranting-ranting yang bergayutan. Aku meneruskan perjalananku. Aku ternampak papan tanda di hadapan aku. oohhhh..rupanya tempat ini namanya NASAL CAVITY. Arrrgghhhh..aku terjatuh lagi. Aku takut sebab tinggi sangat. Nama tempat tu TRACHEA.

Eh,ada dua cabang!!..oohhh..BRONCHUS. Aku lalu sebelah kanan lah. Wow,ni bandar ape nie. Banyaknya 'benda' yang sama macam aku. Diorang pergi mana ni,baik aku ikut. Nie..ruang ape?? Ruang tamu ke hape ke?? Aku terdengar diorang kata,ni ruang ALVEOLUS.

Ni kawasan pengangkutan ape ni. Yang ni lautan laut merah ke? Ada bot,sampan dan kapal. Warna pun merah. Nama bandar ni merah kot..Aku nak naik jugak. Aku tunggu dekat laluan masuk. Di laluan keluar ada 'benda' yang naik sama denganku. Tapi wajah mereka masam jer. Ah,lantaklah. Giliran aku sekarang nih, baik aku naik atas 'kenderaan' tu. Nama 'kenderaan' tu,RED BLOOD CELL.

Lajuuunyaaa...depan tu ada traffic light. Nama lebuh raya ni PULMONARY VERN. Banyaknya papan tanda. Nama tempat-tempat tu HEART, AORTA dan CAPILLARIES. Aku meneruskan perjalanan ke HEART.

Dari HEART, aku ditolak dengan kuat. Nama kawasan yang menolak aku tu LEFT VENTRICLE. Rasa macam naik roller coaster le pulak sebab laju sangat. Aku sampai ke destinasi aku iaitu CAPILLARIES. CAPILLARIES merupakan tempat untuk aku turun daripada 'kenderaan' tu dan digantikan dengan 'benda' lain.

"Siapa dia tu sebenarnya??" aku bertanya sendirian.

"Dia tu sebenarnya gas CARBON DIOXIDE yang sudah tidak berguna bagi tubuh badan manusia. Sepanjang perjalanan kau ke sini dipanggil proses RESPIRATION." jawab satu suara.

"oohh..yeke,tak tau la pulak aku."

"Woi OKSIGEN,cepatlah ke sini," jerit satu suara.

"Dia panggil aku OKSIGEN?? mungkin tu nama sebenar aku kot," monolog aku sendirian.

TAMAT

Amacam,ok x karya CK??haha..
sambil CK dok menaip nih,dok bergelak sakan CK..
baru CK sedor,ayat CK guna budak2 sgt..ayat skema jerk..
maaf ye klu ada yg terTYPING ERROR tuh..jap BM,jap BI..
bese le,dulu sains blajo dlm BI,mana la tau term2 dlm BM kn..
nk wat full BI,jgn harap le time tuh..asyik dapat 'A' berdengung jeh..
ape2 pun,mksh la sbb membaca..ringan2 kn tangan n jari anda mengomen kt bawah ni tau..
nak tau pendapat..
^_^



Meh Baca Yang Ni Jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...