I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, July 26, 2013

Majlis Perkahwinan Adikku.. Huhu..

Bila adik yang kawin dulu, ramai yang tanya, "Kakaknya bila lagi??"


Haiisshhhh..


Assalamualaikum semua..


CK baru terasa nak update pasal majlis perkahwinan adik CK.. Padahal dah dekat 2 bulan dah dorang kawin..hehehe.. CK kan memang suka update benda yang dah lama2 tu..


Majlis Akad Nikah berlangsung pada 30 Mei 2013 di masjid kampung belah pihak perempuan di Kampung Ketior, Kuala Kangsar..






Sudah Sah bergelar suami isteri.. hehehe..




Untuk Majlis Resepsi belah perempuan diadakan pada 2 Jun 2013 hari Ahad.. Bertemakan warna merah putih.. Tapi family CK je yang pakai baju tema biru.. kikikiki.. Lari tema..








Tengok... Tema Biru..hehe..


Majlis Menyambut pulak diadakan pada 8 Jun 2013 hari Sabtu.. Bertemakan warna Pink Purple..




Busy pasang khemah..


Busy nak makan..hohoho..


Endoi untuk Majlis Bercukur anak sedara CK yang kedua.. Tak perlu bajet yang banyak untuk buat endoi yang kebaboom deevaass ni.. Tak perlu sewa buai yang cam pelamin bagai tu..membaziiirrrrr..


Muhamad Faiq


Majlis Bercukur Jambul ni diadakan pada 7 Jun.. Hari Jumaat petang.. Jumaat malam pulak ada Majlis Khatam Al-Quran.. Tapi CK tak snap gambar pun..


Waktu pagi sebelum majlis kenduri mula pukul 12 tghari..




Tetamu dah ramai yang datang..


Tempat DJ dan tempat pengedaran icecream.. Ayah CK tempah 2000 batang icecream tau..peerrghh..


Meja makan beradap..simple je..


Port sedara2 lepak..hihihihi..


Pengantin yang baru sampai.. Si pengapit tu, payung diri sendiri ke pengantin??? Hahahaha..






Jom..jom..jom makanggg... :)



Tak lupa jugak kepada barisan pekerja kuat.. hehe..




*Simple je entri kali ni.. malas nak berceloteh..hikhik..



♥ Kalau like, klik like ♥




Tuesday, July 16, 2013

Resepi MUFFIN BLUEBERRY @ MUFFIN CHOCOLATE CHIPS sedap

Assalamualaikum semua...

Selamat berpuasa ye.. Tengahari ni CK rasa nak share satu lagi resepi.. Ni dah buat beberapa minggu yang lepas tapi tak tempek pun kat blog ni lagi.. yela, time tu lapy ni masuk klinik.. Tu yang tak boleh nak update blog tu..

Hari tu kat sekolah ada buat 'Potluck'.. So CK decide nak buat Suci Dalam Debu dan Muffin ni.. Yang Muffin ni simple sangat nak buatnya.. Cuma time CK nak buat tu ada masalah ckit la.. Resepi ni CK ambik resepi muffin blueberry sebenarnya.. Tapi masalah kat area tempat CK tinggal ni memang payah la nak cari sepupu sepapat berry2 ni.. So tak jumpa la blueberrynya.. CK ganti dengan chocolate chips jeh.. So tukar la nama jadi MUFFIN CHOCOLATE CHIPS..


Yang ni cuma gambar promo yang CK ambik dari blog Kak Azie.. Blog ni yang menjadi rujukan CK untuk buat muffin ni.. nampak sedap kan??? Gebus betul..

Lagi satu masalah adalah nak cari Cup cake for muffin pun takde.. frust la.. Sume kedai kata abis.. Memang tak luck la time tu.. So CK decide just guna paper cup yang kecik tu je.. Huh.. tetap nak buat jugak tu.. Jadi mini muffin..huhu..

Resepi  ni CK ambik dari blog Kak Azie Kitchen. Yang akak ni buat resepi Blueberries Muffin.. CK kan dah tukar jadi Chocolate chips..hehe.. Bezanya cuma chocolate chips dan paper cup je.. Rasa muffinnya insyaAllah sama kot..

Jom kita buat..


Rujukan : Kak Azie Kitchen

Bahan-bahannya

3 sb butter (CK guna buttercup)
2/3 cawan gula kastor
1 biji telur - pukul
1/2 cawan fresh milk / susu cair
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sk baking powder
1/2 sk garam
1 - 1 1/2 cawan fresh blueberries (CK tukar guna Chocolate Chips)
1 sk vanilla extracts

*2 sb cream cheese (Yang ni CK yang tambah sendiri..saje2.. Tak letak pun tak pe..)




Kenape ada 2 biji telur tu???

Hehe.. sebenarnya CK buat dua kali ganda adunan tu.. Maknanya semua bahan2 tu CK double kan.. Sebab Kak azie ni kata dia buat dapat 9 biji cup muffin je..Tapi cup muffin la.. CK kan tamak, nak bawak ke sekolah lagi.. Mesti la nak bawak banyak.. So gandakan je la bahan2 tu..


Cara-cara membuatnya :

Mula-mula putarkan butter dan gula.. kalau ada yang nak letak cream cheese, boleh letak sekali time ni.. Putar sampai sebati okey..

Kemudian masukkan telur yang dah dipukul.. Pukul biar sampai lebam ye.. Putar lagi sampai sebati..

Lepas tu masukkan susu pulak.. putar..putar..putar...lagi..

Masukkan tepung gandum, baking powder dan garam sedikit demi sedikit.. Kalau boleh ayak la dulu tepung tu kalau nak hasil yang lebih gebus.. Jangan lupa masukkan Esen vanila ye..

Putar sehingga betul2 sebati ye..

Ok... Dah siap tu boleh la masukkan Blueberries atau chocolate chips tu tadi..


CK letak selonggok cam tu.. CK akan gaul sikit demi sedikit chocolate chips tu bersama dengan adunan tu tadi...

Masukkan ke dalam paper cup atau cup muffin yang korang nak guna la..


Bakar muffin tu dengan suhu 170c atau bergantung la oven korang camane kan.. selama 20-25 minit..

Tapi cam CK guna paper cup yang kecik cenonet ni, CK bakar dalam masa lebih kurang 20 minit je.. Tapi korang cek la jugak ye.. Kot2 tak masak ke ape.. Try je cucuk muffin tu ngn lidi ke ape.. kemudian tarik.. kalau nampak ada lekat2 lagi tu kiranya tak masak lagi la tu.. Kalau keluar licin je, maknanya dah masak.. Pepandai la kan..



Ni dah siap bakar.. Comel je nampak kat.. Sekali ngap je, abis sebab kecik bebenor..

Rasa dia lembab dan sedap sangat sebab ada campur cheese cikit..

Tadi awal-awal kan CK dah bagi yang CK buat double bahan2 muffin ni.. Buat pulak dalam cup kecik.. Jadi punya la lama nak abiskan semua adunan tu.. Jam dah nak dekat pukul 12 malam dah.. Esoknya nak pergi sekolah lagi..

Masa ni dah dapat banyak dah Mini Muffin tu.. So CK ambik loyang, terus masukkan semua adunan tu dalam loyang.. tapi jangan lupa grisskan dulu loyang dengan butter dan tepung ye.. Untuk elakkan melekat.. Pastu tabur2 chocolate chips bnyak2 atas tu, kemudian bakar...



Loyang ni saiz kecik je.. ada la dalam besar saiz tapak tangan yang dikembangkan jari2 tu..hahahaha.. faham ke tak ntah korang kan ape yang CK cakap ni..

Makan yang dalam loyang ni memang puas la sebab rasanya yang sangat lembab dan boleh kunyah besar2 berbanding mini muffin kan..hehe..


Ni pun gambar dari blog kak Azie..

Kalau korang nak tengok step yang lengkap dan lebih menarik, boleh la tengok kat blog Kak Azie ni.. Resepi lain pun ada.. :)

Mini muffin tu CK bawak pergi sekolah, cikgu2 yang makan tu semua puji sedap.. So, korang ape tunggu lagi.. Jom buat untuk juadah berbuka nanti atau kuih untuk HARI RAYA nanti.. Selamat mencuba.. :)


♥ Kalau like, klik like ♥




Resepi DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE @ CHEESE CHOCOLATE yummy..

Assalamualaikum semua.. hai hai hai...

Salam Ramadhan.. Selamat datang ke KETUK-KETUK OVEN RAMADHAN.. hehe..

Semalam CK dah share resepi TIRAMISU kan.. So seperti yang dijanjikan semalam, hari ni CK nak share resepi kek yang ke dua plak.. iaitu Devil's Food Chocolate Cake.. 


Korang mesti tak berselerakan bila tengok kek yang CK tunjuk ni.. Sebab tak hias ape langsung.. Kosong je kan.. Hahaha..

CK memang tak pandai nak hias2 ni.. Tambahan plak takde bahan2 yang sesuai untuk berhias.. Cukup sekadar siap dan ngap.. kekekeke..

Ni CK share gambar yang CK ambik dari Blog Kak Ana tu.. mana la tau korang tengok terus rasa teringin nak buat jugak kan.. CK pun giler nak try sebab gambar2 yang kebaboooomm ni la.. huhuhu..

Ni cilok dari blog kak ana

Amacam??? Cantik tak hiasan dia?? Terus rasa nak makan kan berbanding tengok gambar yang kat atas tu.. hehe.. Benda yang lebih kurang sama cuma presentationnya yang tak menarik.. sob sob sob..

Apasal nama kek tu buruk sangat???? Ciap ada DEVIL lagi.. huk huk huk.. CK tak tahuuuuuuuu kenapa kek tu diberi nama camtu.. Kalau tak suka, sila abaikan je la ye nama tu... CK ada nama kek baru punya..

Oleh sebab kek ni adalah kombinasi antara kek coklat dan kek cheese, so CK just bagi nama kek cheesechoc je.. Bila sebut banyak2 kali, lain plak bunyinya.. Macam bunyi cicak.. hekhekhek.. makin buruk plak bunyinya eh.. Lantak la.. janji rasa sodaaaapppp!!!

Resepi ni pun CK follow dari blog Kak Ana Suzana jugak.. Dia la yang jadi Sifu Tongga CK skrg dalam diam2.. kikikikiki.. banyak jugak la yang CK kerling2 tengok resepi akak ni bila nak masak..

Pertama sekali kite kena buat kek coklatnya dulu..CK copy paste je yang dari blog kak ana punya.. Resepi kek yang ni kena bakar.. 

Rujukan : Kak Ana

Bahan-bahan kek coklat bakar

2 cawan tepung gandum
1 / 2 cawan cocoa powder
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 / 2 sudu kecil garam (aku tak letak)
1 / 2 cawan gula pasir ( aku pakai gula kastor je )
1 / 2 brown sugar ( aku guna soft brown sugar )
125 gm mentega ( aku pakai marjerin daisy sbb buttercupabis )
2 biji telur gred A ( aku pakai telor yg ada je )
2 sudu kecil vanila ekstrak ( aku pakai esen vanilla )
1/2 cawan buttermilk - buat sendiri guna 1/2 cawan susu ditambah dengan 1 sudu kecil cuka dan rehatkan selama 10 minit. yg ni aku guna susu segar dutch lady + 1 sudukecik cuka )
1 cawan air suam.

Kalau nak tengok step cara2 nak membuat kek ni sila la ke blog kak ana ye.. Sebab CK tak guna resepi kek ni untuk kek coklat.. CK guna resepi sendiri.. Tapi kukus la.. Lagi terasa lembab kek tu..


Rujukan : Ibunda

Bahan-bahan kek coklat kukus

Bahan A
1 cawan minyak (minyak masak biasa je..)
1 cawan susu cair
1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko (Yang CK takde brand pun..)
3/4 cawan susu pekat manis

Ni semua bahan A yang dah di campurkan..
Campur semua bahan di atas ke dalam kuali dan panaskan atas dapur dengan api sederhana sehingga gula pasir tersebut cair dan serbuk coklat tidak berketul-ketul.. Kemudian sejukkan..


Yang ni yang dah disejukkan..


Bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sb soda bikarbonat
1 sb baking powder


Ayak ketiga-tiga bahan tersebut.. Campur sekali je pun tak pe.. ketepikan..


Bahan C
4 biji telur


Putar atau pukul telur tersebut sehingga berbuih.. Tak perlu nak pukul sampai kembang sangat.. Cukup sekadar telur kuning bercampur dengan telur putih.. ketepikan..

Ok..Sekarang boleh la panaskan periuk pengukus dulu sementara kita nak siapkan adunan kek coklat kita..

Boleh pilih nak adun dengan whisk je atau guna mixer.. CK pilih mixer sebab CK pemalas.. hahahaha.. Jujur sangat I ni..

Masukkan Bahan B ke dalam bekas Bahan A sedikit demi sedikit sambil mixer berputar.. Setelah sebati kesemuanya, masukkan Bahan C pula ke dalam bekas adunan tadi dan putar lagi sehingga semuanya sebati dan sejiwa..

Griss loyang dengan butter dulu, kemudian tabur sedikit tepung.. Buang lebihan tepung yang ada di dalam loyang.. baru la tuangkan kesemua adunan tadi ke dalam loyang yang dah di griss kan dengan butter dan tepung.. Untuk mengelakkan kek melekat bila dah siap nanti.. kang payah pulak nak keluarkan kek tu daripada loyang..


Dah get ready nak masuk dalam sauna water bath.. hikhikhik....

Kukus selama 45 minit ye cik puan semua..

Sementara tunggu kek masak, boleh la sediakan Cream Cheese Frosting pulak.. Yang ni memang CK follow yang kak ana punya resepi la ye..


Rujukan : Kak Ana

Bahan2 utk Cream Cheese Frosting :

125gm Philadelphia cream cheese (CK guna brand Anchor je)
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanila ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon ( CK memang tak penah guna lemon, so ganti dgn 1 sudu kecik sunquick )

Pukul cream cheese dan mentega sampai nampak cam creamy je, kemudian tambahkan gula aising, esen vanila dan jus lemon.. Putar sampai jadi lebih kurang macam dalam gambar.. Ketepikan dahulu..



Bila kek dah siap, sejukkan dahulu sebelum letak cream cheese.. 


Kek ni CK cantas cikit kat bahagian atas sebab nak bagi rata.. Ye la, bila siap kukus tadi, dia jadi membuncit plak..hehe.. yang bahagian atas tu boleh makan jugak..


Bila dah sejuk, letak cream cheese di atas kek tadi..


Comot betul buat keje.. haisshhh...



Lebih kurang cam ni la.. hoho.. Kemudian masukkan ke dalam peti ais.. Biar dia menyejukkan diri jap.. Kita buat step yang terakhir plak ye.. iaitu Ganache Chocolate.. Follow kak ana jugak..


Rujukan : Kak Ana

Bahan2 utk Ganache Coklat :
100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat gelap dicincang halus
sedikit garam (CK tak letak )
1 sudu besar golden syrup (Tak pernah ada pun, so tak letak..)
1 sudu teh paste vanila

Double boil cream tapi jangan sampai mendidih, tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair.. Angkat dan sejukkan..

Keluarkan semula kek tadi.. Tuangkan Ganache yang dah sejuk ke atas cream cheese tu tadi..


Seperti melimpah ruah ke ladang gandum.. Meleleh-leleh..


Simpan dalam peti ais selama 2 jam ke atas ye.. Biar cheese tadi mengeras dulu.. Kalau tak, tak sedap sangat.. Tengok tu... Menambah kerja CK sebab nak kena cuci peti ais yang dah terkena lelehan coklat tu.. hukhukhuk..


Time berbuka malam tu tak sabar, so potong la walaupun cheesenya tak sempat nak sejuk betul2.. Rupanya jadi hudus ckit la..


Oh yaa... Petua kak ana bagi untuk memotong kek ni ialah, kita kena celup pisau ke dalam air panas dahulu, kemudian lap, barulah potong.. Kemudian celup pisau semula, lap, kemudian potong.. kena ulang2 setiap kali nak potong kalau nak hasil yang camtik..

Ni yang semalam time berbuka.. hari ni cuba potong lagi.. Cheese dia dah memang keras.. so, hasilnya comel ckit la..


Tadaaaaa... Cheese yang dah keras, takde la nampak comot sangat kan.. Ok la ckit kan.. hehe.. Kalau korang semua nak tgk step yang lagi lengkap dan menarik, boleh la usha kat blog kak ana tu.. Sure korang akan telan air liur..hahahaha..

Selamat mencuba la ye bagi yang nak mencuba tu..huhuhu..


*Berape puluh kali aku dok ulang nama kak ana dalam entri yang ni..hehe.. Tersedak kang kak ana tengah makan..


♥ Kalau like, klik like ♥





Meh Baca Yang Ni Jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...