I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, July 31, 2010

SiApa KitA??


Kita sebenarnya,

Lebih gembira meyambut 1 Januari daripada 1 Muharram.

Kita sebenarnya,
Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabi'ulawal.

Kita sebenarnya,
Lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat.

Kita sebenarnya,
Lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan.

Kita sebenarnya,
Lebih suka lepak, tidur, tonton TV dan sebagainya daripada solat dan membaca Al-Quran.

Kita sebenarnya,
Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah.

Kita sebenarnya,
Lebih suka menyebut "Hello!" atau "Hi!" daripada "Assalamualaikum."

Kita sebenarnya,
Lebih suka menyanyi atau karaoke daripada berwirid atau bertahmid.

Kita sebenarnya,
Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan (Allah) kita sendiri.

Kita sebenarnya,
Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama.

Kita sebenarnya,
Lebih suka ke konsert, majlis keramaian atau penggung wayang daripada ke majlis ilmu (ceramah agama).

Kita sebenarnya,
Lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka.

Kita sebenarnya,
Lebih suka mencarut daripada menyebut "MasyaAllah."

Kita sebenarnya,
Lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikkan.

Kita sebenarnya,
Lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita.

Kita sebenarnya,
Lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat.

TETAPI,
Apabila ditanya ke mana arah tujuan kita, dan pasti kita akan menjawab bahawa...
KITA SEBENARNYA,
Lebih suka menuju ke SYURGA daripada ke NERAKA..

Apakah kita layak menghuni Syurga milik Allah SWT??

Wallahua'alam..

No comments:

Meh Baca Yang Ni Jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...