I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, July 31, 2010

SiApa KitA??


Kita sebenarnya,

Lebih gembira meyambut 1 Januari daripada 1 Muharram.

Kita sebenarnya,
Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabi'ulawal.

Kita sebenarnya,
Lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat.

Kita sebenarnya,
Lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan.

Kita sebenarnya,
Lebih suka lepak, tidur, tonton TV dan sebagainya daripada solat dan membaca Al-Quran.

Kita sebenarnya,
Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah.

Kita sebenarnya,
Lebih suka menyebut "Hello!" atau "Hi!" daripada "Assalamualaikum."

Kita sebenarnya,
Lebih suka menyanyi atau karaoke daripada berwirid atau bertahmid.

Kita sebenarnya,
Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan (Allah) kita sendiri.

Kita sebenarnya,
Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama.

Kita sebenarnya,
Lebih suka ke konsert, majlis keramaian atau penggung wayang daripada ke majlis ilmu (ceramah agama).

Kita sebenarnya,
Lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka.

Kita sebenarnya,
Lebih suka mencarut daripada menyebut "MasyaAllah."

Kita sebenarnya,
Lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikkan.

Kita sebenarnya,
Lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita.

Kita sebenarnya,
Lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat.

TETAPI,
Apabila ditanya ke mana arah tujuan kita, dan pasti kita akan menjawab bahawa...
KITA SEBENARNYA,
Lebih suka menuju ke SYURGA daripada ke NERAKA..

Apakah kita layak menghuni Syurga milik Allah SWT??

Wallahua'alam..

PaHaLa YanG BerTeRuSaN


Assalamualaikum..

cerita sal pahala plak..kita sabagai umat Islam msti nk dapatkn pahala bnyk2 kn..sebagai bekalan kat akhirat nt..korg,nak wat pahala ni sgt la mudah sebenarnya..bantu orang ckit pun dah dpt pahala..tp kena ikhlas la kn..tapi kita wat 1,dapat pahala yg tu je la..

Jangan la merasa susah..Allah memberi kita banyak kelebihan,kemudahan dalam berbuat baik..CK ada sertakn beberapa kerja yg kita lakukn,namun pahala yg kita dapat sntiasa berterusan..SubhanAllah..


7 MACAM PAHALA YANG DAPAT DINIKMATINYA SELEPAS MATINYA

Dari Anas r.a. berkata bahwa ada 7 macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya;

❶ Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

❷ Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

❸ Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

❹ Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

❺ Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

❻ Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

❼ Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya

➲ Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qu'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda:
❝Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan 3 macam :

➀ Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)

➁ Ilmu yang berguna dan diamalkan.

➂ Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.❞


Cecahkan dahimu ke sejadah


Cecahkan dahimu ke sejadah

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan

Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput? Sungguh
tertipulah dirimu jika beranggapan demikian

Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan

Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.


Siapa mereka??


Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.

Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS,
Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan
naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat,ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat,sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer la minyak gamat.
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan,
Pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat... (apa dapat...)
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gayajadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
M aka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di m erata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.

Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sendiri mau ingat.

Umur mu banyak mana , berapa banyak kamu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah kamu buat...?
Harta benda anda, dari mana anda dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manfaat...?

Sebagai sesama insan sama2lah ingat mengingati sesama insan!!!
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

 

KeAjaiBaN DuNiA AkaN TibA


Lebih Ajaib Daripada 7 Keajaiban Di Dunia


Menara Condong Pisa, Tembok Besar Cina, Candi Borobudur, Taj Mahal, Kaabah, Menara Eiffel, dan Piramid di Mesir, semua ini merupakan 7 keajaiban dunia yang kita tahu. Namun sebenarnya semua itu belum terlalu ajaib, kerana di sana masih ada 7 keajaiban dunia yang lebih ajaib lagi. Mungkin kalian bertanya-tanya, keajaiban apakah yang dimaksudkan itu?
Memang 7 keajaiban lain yang dimaksudkan ini belum pernah ditayangkan di TV, tidak pernah disiarkan di radio-radio dan belum pernah disebar di media cetak. 7 keajaiban dunia itu adalah:



Meh Baca Yang Ni Jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...