“Cantik isteri abang hari ni,” Ahmad
mencubit pipi Julia lembut.
“Ayah, ayah, cepat la yah,” Liz dan Lin
meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke
kampung.
“Yelah, yelah, ayah dah siap ni.”
Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu
melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. “Abang, dah lama kita
tak balik kampung macam ni, ye?”
“Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan
urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang.” Ahmad
berkata kepada isterinya tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan
mengambil masa lebih kurang empat jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi
belakang. Begitu juga dengan isterinya, Julia. “Tak sabar rasanya nak tiba kat
kampung,” Ahmad berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak
keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad
dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi
dan Honda Civicnya mula memecut. Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua
kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada
anak dan isterinya yang sedang tidur.
“Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?”
tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.
“Tak ada apa la sayang, rileks… cepat
sikit kita sampai kampung nanti.”
“Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa….
jangan laju sangat bang, Julia takut.” Julia cuba memujuk Ahmad supaya
memperlahankan kenderaannya.
“Rileks Julia, tak ada apa-apa,” Ahmad
terus memotong bas ekspres didepannya tanpa was-was.
“Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?”
kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.
“Sudah la tu bang.”
“Ha… tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia aaa….” Ahmad
terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Ahmad terus
membelok ke kanan untuk memotong dan…. di depannya tersergam sebuah lori balak
yang besar dan gagah dan….. BANG!!.
**********************************************************
“Julia….bangun nak,” sayup-sayup terdengar
suara emaknya.
Julia membuka matanya. Dia terlihat
emaknya di situ. “Mana abang Ahmad mak? Macamana dengan suami saya, mak? Liza,
Linda….mana anak-anak saya mak?” Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak
dapat menahan kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan
emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat.
“Macamana dengan suami Julia mak, abang
Ahmad?” Julia masih terus menangis.
PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh
emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?
Don’t go breaking my heart Mom!!
“Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah
tak cun, belajar pun malas, kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya
anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi
sembahyang! Asar pun dah nak habis!” emaknya terus merungut sambil berlalu
keluar……. dan Julia tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin
biskut! ”
P/s: Moralnya janganlah suka tidur di
petang hari terutamanya anak dara.
Sumber : Zoncinta.com
♥ Kalau like, klik like ♥
No comments:
Post a Comment