I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, August 21, 2014

Ape yang bermain di dalam fikiran aku sekarang??

Assalamualaikum...

Lama giler tak update blog.. bukan takat berhabuk, dah bersawang habis.

CK tak ada benda ape sangat pun nak update.. Sesaja nak meluahkan ape yang sedang difikirkan....

Fikiran spontan ye..

1. WANITA DAN CERMIN

Cermin ni sangat sinonim dengan wanita. Sehari tak mengadap cermin memang tak sah. Walaupun tak ada cermin sendiri, cermin kereta orang pun jadi untuk membetulkan tudung. Cermin dinding kat kedai-kedai pun jadi tempat untuk melihat keseluruhan penampilan. Tak sedar tu orang dok perhati je dari dalam.. Malu wei..kalau kite sedar orang dalam dok tengok. Kadang tu sambil jalan je dok tengok sebelah. Bukan dok tengok barang yang ada kat dalam kedai tu pun, padahal tengok diri sendiri. Ok ke tak aku pakai baju ni kan.. Bukan nak kata diri sendiri sangat la.. Almost all women like that. haha..


Tapi ape yang CK nak cakap ni, bukan yang atas sume tu pun, tapi tetap berkaitan dengan wanita dan cermin. Tempat keje CK ada la satu surau ni. Ada cermin. Tak besar mana pun.. Boleh la nak share 4 orang serentak.. Sape yg tinggi sikit boleh la berdiri belakang.. Bertingkat-tingkat gitu kan. So bila lepas solat, opkos la nak mengadap cermin tu kan.. Nak betul tudung bagai. Yang menjadi persoalan, kenapa yang baru masuk nak solat, nak buka tudung tu pun nak mengadap cermin??? Yang ni CK hangin sebenarnya. Orang lain sibuk nak bersiap cepat nak masuk keje balik, dia boleh nak buka tudung pun nak tengok cermin. Buka pin satu-satu. Muka bajet cun sangat la depan cermin tu???




2.  DRAMA MELAYU SWEET SWEET


Cerita drama melayu pukul 7.00pm memang sangat popular sekarang. Tapi jalan cerita semua sama. Kawen paksa, benci-benci, sweet-sweet, mula suka, hidup bahagia. Sama je.. Dulu ada la jugak cerita pasal keluarga, rebut harta, dendam-dendam. Paling CK suka cerita Bella kalau tak salah. Tapi bila start je cite sweet2, ramai plak penonton yang minat, pengarah cerita semua berlumba nak buat plot cerita yang hampir sama. Pilihan hero dan heroin mesti kena hottest devaasss. Kalau hero heroin biasa suam kuku je, mana nak jalan sangat cerita tu kan..

CK rasa start cerita yang sweet2 ni cerita Adamaya kot. Tak layan sangat cerita ni. Dengar daripada cerita kwn2. Lepas tu berderet cite sweet2 keluar TV. CK penah la layan jugak dulu cite Setia Hujung Nyawa ke ape eh tajuk tu. Rasanya tajuk tu la kot.. Layan la sampai abis. Betul la orang cakap, bila start layan cite yang kite minat camtu, mula la standby depan TV sebelum kul 7. Bila masuk waktu maghrib, nak solat cepat2. Bila dah berapa kali buat camtu, baru sedar yang kata2 orang dulu dah terkena kat batang hidung sendiri. So pastu CK just layan gitu2 je.. Kalau tak sempat tengok, baru cari kt online pulak. (tetap tak nak ketinggalan tu).. haha..


Tapi, ape yang CK nak cakap bukan la macam yang kat atas tu sume. Haha.. Just nak cakap, tak sangka staff lelaki kat tempat keje CK pun layan giler drama yang tgh femes sekarang. Tajuk Rindu 200% ke ape ntah. Yang CK tau ada 200% kat belakang tu. Tak sabar nak balik sebab nak kejar waktu cerita tu. Fuuuhhh!!! Penangan cerita tu.. Best sangat ke? CK tak layan pun cite tu. Lepas tengok cite Setia bagai tu, CK tak layan cite kul 7 dah. Sebab... bila stat tengok 1 episod, nanti nak tengok berepisod2 lagi. 

Tak bersalah pun cerita tu. Yang salah tu adalah WAKTU SIARAN. Ce tukar kul 9.00pm ke, 9.30pm ke.. Sempat la orang nak solat Maghrib ngan Isyak dulu. Tak de la terkejar2 nak solat.. Kang maghrib 3 rakaat pun tersilap jadi 2 rakaat. Yang jadi 4 rakaat pun mungkin ada la kot.. Sebab laju sangat sampai terlupa dah berapa rakaat. Tengok friends yang update kat FB, ada yang cakap suka, sweet sangat2, tengok sampai terlompat2. Emmm, persoalan CK, seronok sangat ke?

Dah macam melalut plak CK membebel.. Baru je 2 yang CK hurai ikut otak sendiri, dah stat malas nak menaip..haha.. ok la... Sampai sini je dulu.. Lain kali plak update

*Teringin nk update pasal memasak..



♥ Kalau like, klik like ♥

No comments:

Meh Baca Yang Ni Jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...