I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, October 26, 2014

Pengorbanan Seorang Doktor


Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital.. dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan.. dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya..
Apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak.. …… “Kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..?? Kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang nie..?? Kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??”
Doktor tersebut tersenyum dan berkata :
“Sy minta maaf, saya berada di luar hospital & sy datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu.. dan sekarang, saya harap anda bertenang.. jadi, saya dapat buat kerja saya..”
“Bertenang kamu kata..?! Kalau anak kamu berada dalam bilik 2 skrang nie, bolehkah kamu bertenang..?? Kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat..??
kata si ayah dgn marah..
Si doktor tersenyum lagi & berkata :
“Saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci “Drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali”.. Doktor x mampu utk memanjangkan hayat seseorang.. Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu..”
“Memberi nasihat bila kita x mengalaminya memang senang..!” kata si ayah..
Pembedahan tu mengambil masa beberapa jam.. x lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira..
“Alhamdulillah..anak anda selamat..!”
Dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah
“Kalau kamu ada sebarang soalan..kamu boleh tanya jururawat..!”
“Kenapa doktor tu sombong sangat..?! Tak boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tnya beberapa soalan tentang anak saya..?!“ Komen si ayah selepas melihat jururawat..
Jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya :
“Anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya. Dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik. Dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya..
Moral : Never judge anyone because you never know how their life is & what they’re going through…”
Sumber : Amekaw.com


♥ Kalau like, klik like ♥


XPDC ke Sungai Tengkek

Assalamualaikum..

Entri ke3 dalam tahun ni.. hahaha..teruk giler, jarang update...


Kali ni CK nak cite pasal kitorang keluar pergi ala2 picnic kat Sungai Tengkek pada 11 October 2014 hari tu. Xpdc ni CK pergi dengan rakan sekerja. Ex-officamate yang dah berenti pun join kitorang jugak haritu. So ramai giler la yang join.. Dalam 25 orang jgk la..


Plan nak pergi picnic ni lama jugak dorang plan.. Leadernya lelaki la kan.. yang pompuan mengikut je. Tapi memula kitorang nak pergi picnic kat Jeram Toi.. Last minit hari khamis tu baru kitorang tau Jeram Toi tu ditutup sebab kawasan tu dah dijangkiti kencing tikus. Planning kitorang dah macam terumbang ambing.. Buntu xtau nak pergi mana dah.


Macam2 nama tempat jadi cadangan tapi still takde kata putus. Hari sabtu tu kitorang gerak tanpa ada destinasi yang tetap lg..haha..


Kami ada nak buat bakar2 ayam ni.. So my buddies ditugaskan untuk memerap ayam. JUmaat tu memasing balik dari kerja sharp sbb nak pergi shopping barang memasing yang kena bawak keesokan harinya. CK secara sukarela nak bawak nasi goreng kampung.. Tapi ingat nak bawak sikit je, saje suka2 je kan.. bila campur2 makanan yang lain mesti la jadi bnyak kan.


Tapi bila dorg tau kata ada nak bawak nasi goreng, sume kata nak makan nasi goreng. Takkan CK nak bawak 1 bekas kecik je kan.. Kang sorg sesudu je dapat makan..haha..giler kedekut tu..


Malam sabtu CK prepare siap2 bahan untuk menggoreng esok. Nasi CK masak 3 periuk tau. Beras tu hampir 1kg or 2kg CK guna untuk buat nasi goreng ni.. (tak ingat 1 bungkusan beras tu berapa kg). Buddies 3 orang sibuk shopping ayam.


CK bangun pukul 5.30pagi untuk operasi buat nasi goreng. Sebab ura2 mengatakan si driver nak datang ambil kitorang pukul 7.15.. Gigih goreng nasi 3 round. CK xde kawah nak masak semua skali gus.


Kitorang bertolak pukul 8.10 camtu rasanya. Pastu ada berkumpul kat R&R (x ingat nama R&R tu). Pukul 10 lebih baru konvoi ramai2 4 kereta pergi ke destinasi yang masih menjadi tanda tanya. Kami yang 1 kereta ni dok tengah2. Follow je kereta depan. hehehe..


Finally sampai ke Sungai Tengkek hampir pukul 12 tghari. Sampai sana rasa sunyi giler. Serius macam xde orang langsung. Sume bawak barang masing2, gerak ke tempat air terjun. 2 kereta dah sampai awal2 lagi, kononya nak cop tempat..xde nka berebut ngan sesape pun sebab xramai langsung orang lain yg datang.. Ada dua tiga orang je.


Baru nak setup barang, dah hujan rintik2.. Alamak.. Cane nak membakar2 ni. Nasib sebelah tu ada pondok, besar la jugak.. Muat la untuk kami bertapa kat dalam tu. Hujan dah start lebat. CK memang tak plan nak mandi sungai pun, dok kat pondok je la..Yang memang nak mandi, ape heran baju basah pun kan. 


Oh ya.. Air kat situ tak dalam mana. Cetek je.. Kesian sape yang beragan nak kuak rentang kat situ..haha... Operasi membakar dijalankan. Kami berempat tak membakar langsung.. Fair sebab kami dah bertungkus lumus sebelum datang kan.. So kami tunggu ayam masak je..hehe..


Datang sini langsung takde line.. So handphone mmg simpan dalam beg je.. So lupa la nak snap gambar2.. Yang ada ni pun gambar ihsan dari dorg yang dok selfiiiieeee..


Dorang ni memang rapat lama dah.. Yang dah bertukar tempat kerja pun ada datang join.



Mereka yang menjadi duyung dan dugong..hehe..


Cetek kan air kat sini.. Mereka yang kecewa..haha..


Cetek tak bermakna tak havoc.. Mereka yang sangat funny, even kat ofis or kat luar jugak..






Ke mana CK????



Kami ada kat sini.. Berjemur kat tempat yang kering..hehe..


Bergambaar sebelum balik..


Happy benau ye mereka..


Sebelum balik, kami singgah makan di Restoran Warisan. Malam tu kami singgah, kebetulan ada 1 kumpulan tradisional warisan yang memang dijemput untk membuat persembahan pada setiap hari Sabtu malam.

Tapi kami felt bad sebab meja kami bersebelahan je dengan tempat persembahan tu. CK dah memang sakit kepala malam tu sebab tak cukup tidur lagi bertambah sakit kepala bila dorg menyanyi terlampau kuat (speaker kat sebelah je..)

So bila nak bersembang tu memang dah tak dengar ape. Nak bercakap ngn orang sebelah pun kena cakap kuat2.. Strees jap masa tu. Dan makanan kat situ pun CK boleh bagi 5/10 je..


Ni je gambar yang ada..


Fuh..dah start rasa malas nak menaip ni.. Sebab tu ayat2 atas tu semua pendek2..haha..

K la.. Sampai sini je la dulu..

Pape pun thanks a lot pada yang memula plan nak buat xpdc ni dan semua buddies yang involved. Even plan yang mula2 tak jadi, still i'm so happy because dapat keluar ke tempat yang mendamaikan. You all so funny dengan kerenah memasing. toing toing toing..

Hope dapat join lagi..




♥ Kalau like, klik like ♥




Thursday, August 21, 2014

Ape yang bermain di dalam fikiran aku sekarang??

Assalamualaikum...

Lama giler tak update blog.. bukan takat berhabuk, dah bersawang habis.

CK tak ada benda ape sangat pun nak update.. Sesaja nak meluahkan ape yang sedang difikirkan....

Fikiran spontan ye..

1. WANITA DAN CERMIN

Cermin ni sangat sinonim dengan wanita. Sehari tak mengadap cermin memang tak sah. Walaupun tak ada cermin sendiri, cermin kereta orang pun jadi untuk membetulkan tudung. Cermin dinding kat kedai-kedai pun jadi tempat untuk melihat keseluruhan penampilan. Tak sedar tu orang dok perhati je dari dalam.. Malu wei..kalau kite sedar orang dalam dok tengok. Kadang tu sambil jalan je dok tengok sebelah. Bukan dok tengok barang yang ada kat dalam kedai tu pun, padahal tengok diri sendiri. Ok ke tak aku pakai baju ni kan.. Bukan nak kata diri sendiri sangat la.. Almost all women like that. haha..


Tapi ape yang CK nak cakap ni, bukan yang atas sume tu pun, tapi tetap berkaitan dengan wanita dan cermin. Tempat keje CK ada la satu surau ni. Ada cermin. Tak besar mana pun.. Boleh la nak share 4 orang serentak.. Sape yg tinggi sikit boleh la berdiri belakang.. Bertingkat-tingkat gitu kan. So bila lepas solat, opkos la nak mengadap cermin tu kan.. Nak betul tudung bagai. Yang menjadi persoalan, kenapa yang baru masuk nak solat, nak buka tudung tu pun nak mengadap cermin??? Yang ni CK hangin sebenarnya. Orang lain sibuk nak bersiap cepat nak masuk keje balik, dia boleh nak buka tudung pun nak tengok cermin. Buka pin satu-satu. Muka bajet cun sangat la depan cermin tu???




2.  DRAMA MELAYU SWEET SWEET


Cerita drama melayu pukul 7.00pm memang sangat popular sekarang. Tapi jalan cerita semua sama. Kawen paksa, benci-benci, sweet-sweet, mula suka, hidup bahagia. Sama je.. Dulu ada la jugak cerita pasal keluarga, rebut harta, dendam-dendam. Paling CK suka cerita Bella kalau tak salah. Tapi bila start je cite sweet2, ramai plak penonton yang minat, pengarah cerita semua berlumba nak buat plot cerita yang hampir sama. Pilihan hero dan heroin mesti kena hottest devaasss. Kalau hero heroin biasa suam kuku je, mana nak jalan sangat cerita tu kan..

CK rasa start cerita yang sweet2 ni cerita Adamaya kot. Tak layan sangat cerita ni. Dengar daripada cerita kwn2. Lepas tu berderet cite sweet2 keluar TV. CK penah la layan jugak dulu cite Setia Hujung Nyawa ke ape eh tajuk tu. Rasanya tajuk tu la kot.. Layan la sampai abis. Betul la orang cakap, bila start layan cite yang kite minat camtu, mula la standby depan TV sebelum kul 7. Bila masuk waktu maghrib, nak solat cepat2. Bila dah berapa kali buat camtu, baru sedar yang kata2 orang dulu dah terkena kat batang hidung sendiri. So pastu CK just layan gitu2 je.. Kalau tak sempat tengok, baru cari kt online pulak. (tetap tak nak ketinggalan tu).. haha..


Tapi, ape yang CK nak cakap bukan la macam yang kat atas tu sume. Haha.. Just nak cakap, tak sangka staff lelaki kat tempat keje CK pun layan giler drama yang tgh femes sekarang. Tajuk Rindu 200% ke ape ntah. Yang CK tau ada 200% kat belakang tu. Tak sabar nak balik sebab nak kejar waktu cerita tu. Fuuuhhh!!! Penangan cerita tu.. Best sangat ke? CK tak layan pun cite tu. Lepas tengok cite Setia bagai tu, CK tak layan cite kul 7 dah. Sebab... bila stat tengok 1 episod, nanti nak tengok berepisod2 lagi. 

Tak bersalah pun cerita tu. Yang salah tu adalah WAKTU SIARAN. Ce tukar kul 9.00pm ke, 9.30pm ke.. Sempat la orang nak solat Maghrib ngan Isyak dulu. Tak de la terkejar2 nak solat.. Kang maghrib 3 rakaat pun tersilap jadi 2 rakaat. Yang jadi 4 rakaat pun mungkin ada la kot.. Sebab laju sangat sampai terlupa dah berapa rakaat. Tengok friends yang update kat FB, ada yang cakap suka, sweet sangat2, tengok sampai terlompat2. Emmm, persoalan CK, seronok sangat ke?

Dah macam melalut plak CK membebel.. Baru je 2 yang CK hurai ikut otak sendiri, dah stat malas nak menaip..haha.. ok la... Sampai sini je dulu.. Lain kali plak update

*Teringin nk update pasal memasak..



♥ Kalau like, klik like ♥

Sunday, March 30, 2014

ENTRI MEMBUANG SAWANG DI BLOG..

Heh.. tak komersial langsung tajuk..

Assalamualaikum..

(Jawab salam dulu tau..)


Entri kali ni tak ada cite best pun.. Tengok tajuk atas pun dah tau kan.. Sawang yang kat atas tu bukannya nak buang sawang umah, tapi sawang kat blog ni..hihi.. 4 BULAN tak jengok blog.. Busy betul.. hahaha..


Bukannya busy sangat pun.. Malam-malam free je pun.. Tapi biasa la hidup membujang sebatang kara di perantauan ni, (merantau la sangat kan...hahaha..) wifi pun xde.. Payah la nak on9 sekarang ni kan.. Sebulan sekali pun tak tentu lagi boleh on9.


Laptop dah ada dua kat umah, tapi dah2 dah rosak.. huh.. ni pun laptop pinjam yang kawan.. hukhukhuk..


Bila stay sensorang, rasa boring sangat. Nak on9,xde wifi.. Nak main baking2 kek, oven xde.. Dalam sebulan ni, nak memasak lauk pauk biasa pun xde mood disebabkan bekalan air asyik terputus.. Sampai bila nak catu air ni???? air satu baldi boleh tahan 2 kali mandi je.. Huawaaa... Betapa berjimatnya time takde air..


Kes air dah tak berape hot dah sekarang. Yang paling hot sekarang mengenai misteri kehilangan MH370. Bab2 misteri ni CK berminat betul.. Almaklum la minat cite aksi bab2 penyiasatan.. Tapi idok ler teman pandai nak siasat.. Emm, sedih plak bila fikir pasal kes ni..


CK memang dah lama tak baca surat khabar ni.. kua pagi balik malam, malam dah tak kuasa nak membaca ni.. Orang lain dah menunggu nak baca newspaper esok, CK bru nak terkebil2 baca paper, xmo la.. Beli paper hujung minggu je..


Tapi xde la buta berita beno.. Sebab malam2 memang CK akan dengar radio. Kat radio pun dah tak happy cam slalu.. Sumenya bunyi sedih.. lagu pun sedih2.. Sampai nanges tahu.. Haaaa, betapa halus-mulusnya hati ni..hukhukhuk..

Sama-sama la kite doakan semoga segala misi pencarian dipermudahkan dan dapat merungkai segala misteri nusantara ni.. aameen..


Ishh...perut terasa lapar lagi la sekarang, padahal tadi dah makan nasi.. Teringin nak makan steak.. Ambooi..lain macam teringin dia kan.. Nak makan yang mewah sesaje..hahaha.. Asyik nak makan je.. Tapi memandangkan sedang berjimat plus berdiet, kena la cover sikit tahap kelaparan tu...huhuhu..


Pinjam gambar dari blog kak Ana Suzana. CK memang tengah mentelaah resepi beef steak ni pun.. Cam teringin je nak buat sendiri.. Time sesingle ni macam2 la yang teringin nak buatkan.. Jangan pas kawen jadi malas sudah.. Minta dijauhkan le malas tu..hehe..


Ok la.. Perut ni makin agresif plak pas tengok gambar2 makanan ni.. Nak out dulu.. Pas ni tak tau la bila lagi CK nk mengupdate blog..huhu..



♥ Kalau like, klik like ♥



Meh Baca Yang Ni Jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...