I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, August 7, 2013

Resepi Kek Batik Cheese

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya Eidul Fitri kepada semua muslimin dan muslimat sekalian..


Maaf dipinta daripada semua yang mengenali CK sekiranya ada terkasar bahasa, tersilap tingkahlaku, mengguris mana2 hati, CK minta maaf ye..

Yang pandu kenderaan, berhati-hati di jalan raya. Malam ni berkumandang takbir raya yang sangat syahdu.. Syahdu lagi hati2 yang tak dapat balik beraya bersama dengan keluarga yang tersayang.. Kerana tugas yang menjadi amanah, pegang, genggam sekuatnya.. kerana kau berbakti kepada negara..




Sempana hari raya ni, CK nak share satu lagi resepi yang kebabom devaazzsss.. Iaitu KEK BATIK CHEESE.. Perasan tak sejak kebelakangan ni CK asyik share resepi yang berkait dengan cheese??


Hahaha.. sebab hari tu CK beli 1kg creame cheese tau.. So keje dok menggodek resepi2 yang melibatkan cheese je la..


Macam mana boleh terlintas nak cari resepi ni?? Cam ni..... Hari tu kat sekolah ada cikgu ni bawak kek batik cheese.. Dia bagi la rasa kan.. Fuiyoooo..punya la sedap.. Tapi lupa pulak la nak minta resepi.. So time nak raya ni baru teringat nak buat.. So godek2 la kat internet kan.. Tapi resepi yang CK nak share ni rasanya tak sama macam yang CK makan hari tu.. Mungkin dia guna bahan yang lain dan cara yang lain.. Ntah lah..

Buuuuuttttt!! Resepi ni not bad la.. Sedap sangat sampaikan my family suka dan suggest suh bukak bisnes..hehehe..


Hari tu CK cari banyak sangat resepi2 nak buat kek ni.. Tapi CK pilih 2 blog je yang menjadi rujukan CK.. Tapi bila CK buat, CK gabungkan kedua2 blog tu sebagai rujukan..hehe.. (lain macam je ayat aku ni..)

Ni satu blog yang CK refer..


RESEPI CHEESE CAKE INSTANT(acuan 7'7')

250gm philadelphia cream cheese
125gm mentega(golden churn)
1/2 cawan gula halus
2senduk tepung susu Nespray
1 paket agar2 serbuk(10gm) -masak bersama 1 cawan air
2 paket biskut saltcheese


CARA-CARA MEMBUATNYA

1-pukul mentega dan gula sampai sebati
2-masukkancream cheese, pukul lagi
3-masukkan agar2 dan susu Nespray dan pukul sebati
4-susun biskut saltcheese ke dlm loyang, tuang satu senduk dan ratakan
5-ratakan dan susun biskut lagi tekan ulang hingga habis
6-simpan ke dalam peti sejuk semalaman, barulah boleh dihidangkan.

Satu lagi Blog yang CK follow resepinya..

Rujukan : Cik Epal

BAHAN-BAHANNYA

250gm cream cheese
1/2 tin susu pekat manis
Nestum
Biskut Hup Seng (Guna yang Deluxe Cracker punya ye..) 

Nak tau cara2 Cik Epal buat, sila ke blognya ye.. klik je nama Cik Epal kat rujukan tu..hehe..


Ok...sekarang CK nak bagitau cara2 CK pulak.. Selepas digabungkan bahan2 tersebut..

Rujukan : Blog2 dan kepala otak sendiri (kot)

BAHAN-BAHANNYA


250g cream cheese
125g mentega (Tapi CK letak 100g je tadi sebab tak cukup..hehe.. tapi ok je..)
1/2 cawan gula halus
2 sudu besar tepung susu Nespray
1 paket biskut Cream Cracker (Tapi nanti korang guna yang Deluxe Cracker original flavour punya tau.. Cik Epal pesan camtu..huhu..)
Susu segar (Utk melembapkan biskut.. CK guna susu cair + susu pekat manis cikit..Then cairkan susu tu..)


CARA-CARA MEMBUATNYA

Sediakan bekas yang bersih dan tidak basah.. Putar mentega dan cream cheese hingga sebati...

Kemudian, masukkan gula.. Putar lagi sampai berpadu..hehe..

Then masukkan pula tepung susu Nespray tu.. Putar lagi.. 

Oleh sebab Ck tengok adunan macam terlalu pekat, CK tambah 1 sudu whipping cream.. kalau takde, susu cair pun boleh.. Kalau tak nak letak pun takpe.. Terpulang ye..Putar semuanya sampai sebati..


Sampai jadi cam gini ye..




Untuk melembapkan biskut, CK cairkan susu pekat manis + susu cair sikit.. Sebab tak ada susu segar sebenarnya..



Kemudian celup2 biskut dalam susu ni.. jangan lama.. celup angkat terus, kemudian susu dalam loyang yang nak digunakan..

Bila ada ruang yang tak penuh tu yang leceh cikit tu.. Kena potong biskut kecik2 pulak nak bagi muat kat tepi2 tu..



Dah susun biskut tu, sapu cheese tu atas biskut tu.. Ikut la nak tebal mana.. CK tak letak tebal sangat sebab mulanya risau cheese tu payah nak keras.. Rupanya ok je.. So ikut la korang nak letak tebal cikit pun takpe sebab lagi banyak cheese, lagi sedap..



Kemudian susun lagi biskut tu yang dah dicelup dalam susu tadi..



Letak cheese lagi.. ulang ulang ulang ulang sampai la cheese tu nak abis.. Yang last skali tu letak la cheese banyak ckit..

Kikis2 dalam bekas mixer tu tadi sampai licin...



Last skali boleh taburkan nestum kat atas tu.. Cam Cik Epal, dia tabur nestum by layer lepas letak cheese.. So, ikut korang la nak buat macam mana.. Its up to you, ok....

Then sejukkan dalam peti ais.. Dalam 3 4 jam jugak la.. Atau pun sampai cheese yang atas tu keras.. Lepas tu boleh la potong dan ngap..hehe... Sedaaaappppppp...



Dah tinggal half dah...



Zoom sikit.. Tengok cane struktur dalaman dia..



closed up lagi..


So, sila la cuba ye.. Boleh ikut mana2 resepi yang anda suka..

 Boleh jamu tetamu yang datang esok time raya..

Rasanya yang CK buat ni macam tak sempat nak jamu tetamu esok je.. makin sikit dah tu..huhu...

Selamat mencuba... Dan Selamat Hari Raya!!!!!



♥ Kalau like, klik like ♥



6 comments:

Vee said...

nak try buat nih ...

KaKTuS BeRDuRi said...

Vee.. try la buat..sedap.. :)

dalila said...

Salam..
Singgah sini cari resepi kek batik cheese ni..
Tq for sharing..

KaKTuS BeRDuRi said...

Salam, Dalila..
try2..confirm tak menyesal..hehe..

fida said...

Salam..
Perkongsian yang menarik.
Nanti nak try buat.. :)

KaKTuS BeRDuRi said...

Kak Fida try la.tak rugi..sedap sgt... :)

Meh Baca Yang Ni Jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...