I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, June 22, 2013

Resepi NUTELLA BROWNIES.. 3 Bahan je!!!

Assalamualaikum, Semua.. :)


Hai..hai..hai...


Hari ni hari sabtu.. So hari2 cuti camni slalunya CK akan buat somethings like dessert kat rumah.. Untuk saje2 nak makan je..


Terus godek2 kat internet nak cari idea untuk membaking.. Dok tengah mencari tu, CK jumpa resepi yang sangat la simple mimple.. Resepi Nutella Brownies..


Tengahari tadi terus gerak pergi pekan untuk cari barang nak buat benda alah ni selain meneman mak ke pekan.. Sambil2 tu boleh beli bahan nak buat brownies ni.. Brownies ni lebih kurang cam kek la.. Kek coklat..


Bahan utama brownies ni ialah NUTELLA la.. Kalau letak Peanut Butter kang jadi brownies lain plak kan.. Tapi sangat la menjadi masalah bila round2 kat Gerik tu, tak jumpa kedai yang jual si nutella ni.. Down giler la kan.. Semangat dah berkobar2 nak buat. watak utamanya pulak takde.. Hampeh...


Masih tak berputus asa masa tu, CK just fikir lagi satu tempat ni.. kalau xde jual jugak, memang batal terus nak buat si brownies ni.. Pergi pergi terus cari tempat2 yang jual jem2 ni.. Tengok2 ada.. Menyengih terus..hahaha... Yeeeyyyy!!! Ada..ada...ada.... Boleh buat..yeeeeyyyy!!!


Balik dari Gerik terus solat asar dan start bersilat kat dapur... huahahahaha..


Nak tau cara-cara nak membuatnya??  Cuma menggunakan 3 bahan je... 3 bahan je????? Biar betik!!


Bahan-bahannya :

  1. 2 biji telur ayam... Bukan telur itik atau telur angsa atau telur ikan ye..
  2. 10 sudu sederhana besar tepung gandum.. Bukan sudu kecik atau sudu besar ye.. SEDERHANA
  3. 1 cawan NUTELLA.. Tapi CK guna 1 bekas nutella yang 200g tu je.. Malas nak sukat2 bagai..
Oh ya.. CK ada tambah 3 sudu kecil susu pekat manis sebab bagi CK brownies ni tak berapa cukup manis..

*Sukatan ni cukup untuk 40 biji..

Cara-cara membuatnya : 


Putar telur dan nutella sehingga sebati.. Dah sebati baru masukkan tepung sedikit demi sedikit.



Adunan yang dah sebati tu dimasukkan dalam paper cup yang comel macam ni.. Jangan letak penuh sangat..Just 3/4 cup je sebab nanti ia akan kembang.

Yang ni CK letak chocolate chip kat tengah2 tu.. Letak sikit adunan tu dalam paper cup, letak 2 atau 3 biji chocolate chip tengah2 tu, then tambah adunan tu sikit lagi untuk tutup chocolate chip tu tadi..


Bakar dalam oven dengan suhu 180C dalam masa 15 minit..lebih kurang la.. Ikut oven masing-masing la ye.. Jangan la bakar lama sangat sebab nanti hangit dan rasa kering.. CK tau sebab tadi masa bakar terlebih masa pulak..lebih 2 3 minit je pun..


Ni yang dah siap bakar.. nampak tak hitam-hitam yang kat atas tu.. Yang tu bukan hangit ye, tapi coklat chip yang cair tapi gatal nak keluar kat atas pulak.. Hoho..

Brownies ni rasa crunchy kat bahagian luar tapi lembut di bahagian dalam.. Sedap la bila makan..


Tunggu la sejuk kejap.. Lepas tu boleh la nak hias ikut kehendak masing-masing..  Tadi cadangnya la letak topping coklat macam yang topping atas kek coklat tu.. Tapi malas pulak nak buat, so CK colet je nutella kat atas tu, then tabur badam cincang.. Siappp!!!


Adik CK balik tadi time CK tengah tabur si badam ni.. Dia tanya, "Kak buat ape plak kali ni?"

Dia tengok.. Dia tanya, "Ni ape pulak namanya?"

"Ni kak pun tak tau nak kata kek ataupun biskut sebab dia keras2 kat luar tapi lembut kat dalam... Rasa la dulu sedap ke tak.."

Si adik ambik.. Dia makan sebiji terus masuk dalam mulut..

"Emmmm.. Sedaaappp.. nak lagi satu boleh?? hehe.."

"Ambik la.. Memang buat untuk makan pun..hehe.."

Terus dia ambik piring letak banyak2 dalam piring.. CK sengih.. seronok + bangga dapat buat benda ni dan keluarga pun suka..

Korang pun cuba la ye.. ;)


*Oh ya.. Tadi usha2 blog, jumpa CIK EPAL pun ada buat brownies ni jugak..hehe..



♥ Kalau like, klik like ♥



Tuesday, June 4, 2013

Inilah DUGAAN yang sering kita hadapi..

Assalamualaikum...

Lama betul tertutup pintu blog ni kan.. Bila bukak asyik cerita pasal budak sekolah tu je.. Sekarang mood untuk aku update blog dah datang..huhu... Tentang ape?

DUGAAN...


Hidup kita tak meriah kalau tak ada dugaan kan? Tapi percaya tak, kerana dugaan itulah kadang2 kita tersalah langkah? Ikutkan hati, mati..Ikutkan rasa, binasa. Dan percayalah, kerana dugaan itulah kadang2 kita semakin matang harungi hidup ni. Kita boleh pilih, mana satu yang kita nak. Yang baik atau yang buruk? tak siapa yang dapat menghalang kita kecuali yang satu, Pencipta kita.

Tahu tak kenapa Dia turunkan dugaan pada kita? Kadang2 selalu sangat. Bayangkan dari kecik kita diduga. kita tak dapat apa yang kita nak, kita kena buat apa yang kita tak nak..sebabnya, Dia terlalu sayangkan kita. 

Bayangkan, setiap dugaan yang kita tempuh dengan sabar, dan setiap itulah kita dilimpahi rahmat dan kasih sayang dari Allah swt dan tak lupa dosa2 kita yang turut dihapus.

Bayangkan, dalam ramai2 manusia di muka bumi ni, kita insan terpilih. Terpilih untuk dekat denganNya. InnaAllaha ma'as sobirin.. Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang bersabar.. 


Dan bayangkan, kita yang terpilih untuk diduga merupakan sebaik-baik manusia untuk diduga, sebab Allah hanya akan menduga hambaNya yang benar-benar boleh menerima dugaan itu.

Kita selalu bertanya kan, kenapalah kita yang diduga??? Kenapa tidak orang lain? Sepatutnya kita kena berkata, "Alhamdulillah kerana aku yang diduga, tidak orang lain.."


Mungkin dulu kita pernah tersesat seketika, kerana tidak tahan dengan dugaanNya. Kita lupakan Dia seketika, kita tak buat apa yang disuruh, dan kita buat apa yang dilarang.. tak mengapa, kita masih ada waktu untuk berpatah balik, Selagi bernafas selagi itulah pintu taubat terbuka untuk kita semua. Cuma nak dengan tak nak je. 

Aku ingat lagi kata seorang guru, bila kita berbuat salah dengan manusia, kita perlu minta maaf semula. Sama jugak bila kita berbuat dosa dengan Tuhan, kita perlu mohon ampun dan bertaubat. Cuma yang membezakan, Allah lebih mudah mengampunkan dosa hambaNya, daripada manusia yang suka menyimpan dendam dan perasaan tidak puas hati.

Kalau dulu kita pernah tersesat dari jalanNya, mohonlah ampun..nescaya kita diampunkan. Dan janganlah kita terus menerus hidup dalam perasaan bersalah, tinggalkan kisah hitam tu dan mulakan kisah warna warni kita.

Aku pernah membaca daripada sebuah buku..di mana setiap yang terjadi itu ada hikmahnya. Allah telah merancang perjalanan hidup kita semua dengan sebaik-baik perancangan, kita hanya mampu merancang tapi perancangan Allah lebih tepat. Hanya doa yang dapat mengubah takdir tu... tapiiiiiii.....Kenapa kadang2 kita mendoakan sesuatu yang kita hajati tapi tak dimakbulkan????!!

Sebenarnya, Allah itu Maha Adil. Dia tetap akan makbulkan permintaan kita cuma cepat atau lambat je. Bila tiba masa yang sesuai Allah akan kabulkan permintaan kita tu ataupun...........................................

Permintaan kita tak akan dikabulkan pun.. Kenapa?


Allah itu Maha Mengetahui. Mungkin permintaan kita tu akan mendatangkan masalah atau kemudaratan di masa akan datang, jadi Allah tidak kabulkan... Tapiiiiiii....................................

Allah tetap memberi sesuatu kepada hambaNya, mungkin lebih baik dari apa yang diminta dan dihajati.

Kadang2 kita terfikir, malangnya hidup kita. Kita tak bernasib baik macam orang lain. Kita miskin, kita tak pandai, kita tak cantik, kita gemuk, kita kurus sangat dan banyak la kita kita kita kitaaaa........ Tapi kita tak sedar, bahawa kita antara yang beruntung dan bertuah. 

Kita kata family kita tak bahagia!! Tahu tak kat luar sana ada orang tak berfamily, tak ada mak, tak ada ayah..

Kita kata kerja kita membebankan!! Tahu tak kat luar sana ramai yang tak ada kerja, menganggur dan tak makan berhari2...



Allah...Allah...Allah...


Kita kata tak hensem, tak lawa!! Bersyukur la woi daripada orang lain yang buta, bisu, pekak dan cacat..

Belajar la bersyukur sebelum Allah menarik semula nikmat yang telah Dia berikan kepada kita.

Aku di sini, sekadar ingin berkongsi apa yang aku lalui dan apa yang aku rasai..Dari aku dan orang sekeliling...



♥ Kalau like, klik like ♥


Meh Baca Yang Ni Jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...