Tolong beritahu
si dia... Aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu
si dia...Cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu
si dia...Cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati
si dia..Jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati
si dia..Jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa...
Tolong nasihati
si dia..Jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan
pada si dia..Dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia..Dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.”
( An-Nahl : 78 )
Tolong ingatkan
si dia..Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
IMAN bukan untuk
diwarisi tetapi perlu dicari..
Tolong ingatkan
si dia..Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
ZUHUD dan YAKIN
menghilangkan tamak dan syak wasangka
Tolong ingatkan
si dia..Aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si
dia bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si
dia bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si
dia andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan
si dia, aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan
si dia, aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan
si dia, tanggungjawabnya besar pada keluarganya..
Tolong sabarkan
si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan
si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan
padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan
padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan
padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan
pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan
pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan
pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan
pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan
pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan
pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha
Kuasa..
Tolong sampaikan pada si dia, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri,,
CINTA..
lahirnya dari
dua hati..hadirnya tanpa dipaksa..
Ya Allah..Aku
jatuh cinta!!..
Ya Allah Ya
Tuhanku..
Telah datang padaku seorang insan yang mengetuk pintu hati ini..
Sekiranya dia
adalah jodohku yang terbaik, yang telah Engkau tetapkan buatku sejak dari
kandungan ibuku lagi, maka permudahkanlah urusanku..permudahkanlah urusan
dia..dan permudahkanlah urusan kami berdua..
Ya Allah Ya Rahman
Ya Allah Ya Rahim..
Lindungilah
imanku Ya Allah..lindungilah iman dia Ya Allah..dan lindungilah iman kami
berdua, Ya Allah..
♥ Kalau like, klik like ♥
No comments:
Post a Comment