Dalam seharian kita, kita ni memang banyak bercakapkan..Kuantiti bercakap tu jangan kira lah..kena pulak yang jenis 'banyak mulut'. Tapi kita perlu kira KUALITI percakapan kita. Mulut ni kalau dah bercakap laju je..Kadang-kadang tak sedar apa yang kita tuturkan. Allah S.W.T. menjadikan manusia amat istimewa dan berbeza dengan makhluk-Nya yang lain. Antara keistimewaannya yang paling utama ialah Allah S.W.T.menciptakan akal untuk manusia berfikir dan lidah untuk berbicara. Justeru, lidah menjadi jurubicara menyampaikan apa yang terasa dalam hati dan terlintas dalam fikiran manusia. Jadi akal haruslah berfikir sebaiknya adakah apa yang terlintas di hati dan fikiran kita itu elok untuk dituturkan oleh lidah kita? CK cuma nak kita berjaga-jaga dengan setiap apa yang kita cakapkan..Kat bawah ni CK ada sertakan sedikit Larangan Nabi SAW Dalam Percakapan Kita..mungkin ada di antara kita yang tak sedar tentang perkara ni..termasuk la CK sendiri..Dan sekarang CK dah tahu dan ingin berkongsi dengan kalian semua..InsyaAllah dengan menjaga percakapan kita, dapat mengurangi sedikit bebanan kita di akhirat kelak.
1.Baginda tidak suka seseorang berkata, “Manusia telah rosak.” Baginda bersabda, “Jika dia berkata seperti itu, bererti dialah yang paling rosak diantara mereka.
2.Baginda melarang perkataan, “Menurut kehendak Allah dan kehendak si Fulan. Tetapi boleh dikatakan, “Menurut kehendak Allah kemudian kehendak si Fulan.”3.Berkata kepada sesama Muslim, “Hai orang kafir.” (Ditakhrij Al Bukhari)
4.Mencaci angin yang berhembus. Yang benar adalah memohon kebaikan angin itu kepada Allah dan kebaikan yang dihembuskan, berlindung daripada keburukannya dan keburukan yang dihembuskannya. (Ditakhrij At Tirmizi, Ahmad dan Abu Daud)
6.Mencaci ayam jantan kerana ayam jantan itu boleh membangunkan manusai untuk solat. (Diriwayatkan Ahmad dan Abu Daud)
7.Mengejek dan mencaci orang Muslim. (Ditakhrij Al Bukhari)
8.Berbisik2 berdua sahaja, padahal ada orang ketiga. (Ditakhrij Al Bukhari dan Muslim)
9.Berdoa dengan ucapan, “Ya Allah, ampunilah dosaku kalau memang Engkau mengkehendaki, rahmatilah aku kalau memang Engkau mengkendakinya.” (Ditakhrij Muslim)
10.Terlalu sering bersumpah. (Ditakhrij Muslim)
Wuallahua'alam.
Sumber: Kitab Zadul Ma'ad karangan Ibnu Qayyim.
*Jika CK ada tersalah, mohon perbetulkan..tinggalkan sebarang komen atau cadangan untuk penambah baikkan.
No comments:
Post a Comment