Assalamualaikum..
Entri ke3 dalam tahun ni.. hahaha..teruk giler, jarang update...
Kali ni CK nak cite pasal kitorang keluar pergi ala2 picnic kat Sungai Tengkek pada 11 October 2014 hari tu. Xpdc ni CK pergi dengan rakan sekerja. Ex-officamate yang dah berenti pun join kitorang jugak haritu. So ramai giler la yang join.. Dalam 25 orang jgk la..
Plan nak pergi picnic ni lama jugak dorang plan.. Leadernya lelaki la kan.. yang pompuan mengikut je. Tapi memula kitorang nak pergi picnic kat Jeram Toi.. Last minit hari khamis tu baru kitorang tau Jeram Toi tu ditutup sebab kawasan tu dah dijangkiti kencing tikus. Planning kitorang dah macam terumbang ambing.. Buntu xtau nak pergi mana dah.
Macam2 nama tempat jadi cadangan tapi still takde kata putus. Hari sabtu tu kitorang gerak tanpa ada destinasi yang tetap lg..haha..
Kami ada nak buat bakar2 ayam ni.. So my buddies ditugaskan untuk memerap ayam. JUmaat tu memasing balik dari kerja sharp sbb nak pergi shopping barang memasing yang kena bawak keesokan harinya. CK secara sukarela nak bawak nasi goreng kampung.. Tapi ingat nak bawak sikit je, saje suka2 je kan.. bila campur2 makanan yang lain mesti la jadi bnyak kan.
Tapi bila dorg tau kata ada nak bawak nasi goreng, sume kata nak makan nasi goreng. Takkan CK nak bawak 1 bekas kecik je kan.. Kang sorg sesudu je dapat makan..haha..giler kedekut tu..
Malam sabtu CK prepare siap2 bahan untuk menggoreng esok. Nasi CK masak 3 periuk tau. Beras tu hampir 1kg or 2kg CK guna untuk buat nasi goreng ni.. (tak ingat 1 bungkusan beras tu berapa kg). Buddies 3 orang sibuk shopping ayam.
CK bangun pukul 5.30pagi untuk operasi buat nasi goreng. Sebab ura2 mengatakan si driver nak datang ambil kitorang pukul 7.15.. Gigih goreng nasi 3 round. CK xde kawah nak masak semua skali gus.
Kitorang bertolak pukul 8.10 camtu rasanya. Pastu ada berkumpul kat R&R (x ingat nama R&R tu). Pukul 10 lebih baru konvoi ramai2 4 kereta pergi ke destinasi yang masih menjadi tanda tanya. Kami yang 1 kereta ni dok tengah2. Follow je kereta depan. hehehe..
Finally sampai ke Sungai Tengkek hampir pukul 12 tghari. Sampai sana rasa sunyi giler. Serius macam xde orang langsung. Sume bawak barang masing2, gerak ke tempat air terjun. 2 kereta dah sampai awal2 lagi, kononya nak cop tempat..xde nka berebut ngan sesape pun sebab xramai langsung orang lain yg datang.. Ada dua tiga orang je.
Baru nak setup barang, dah hujan rintik2.. Alamak.. Cane nak membakar2 ni. Nasib sebelah tu ada pondok, besar la jugak.. Muat la untuk kami bertapa kat dalam tu. Hujan dah start lebat. CK memang tak plan nak mandi sungai pun, dok kat pondok je la..Yang memang nak mandi, ape heran baju basah pun kan.
Oh ya.. Air kat situ tak dalam mana. Cetek je.. Kesian sape yang beragan nak kuak rentang kat situ..haha... Operasi membakar dijalankan. Kami berempat tak membakar langsung.. Fair sebab kami dah bertungkus lumus sebelum datang kan.. So kami tunggu ayam masak je..hehe..
Datang sini langsung takde line.. So handphone mmg simpan dalam beg je.. So lupa la nak snap gambar2.. Yang ada ni pun gambar ihsan dari dorg yang dok selfiiiieeee..
Dorang ni memang rapat lama dah.. Yang dah bertukar tempat kerja pun ada datang join.
Mereka yang menjadi duyung dan dugong..hehe..
Cetek kan air kat sini.. Mereka yang kecewa..haha..
Cetek tak bermakna tak havoc.. Mereka yang sangat funny, even kat ofis or kat luar jugak..
Ke mana CK????
Kami ada kat sini.. Berjemur kat tempat yang kering..hehe..
Bergambaar sebelum balik..
Happy benau ye mereka..
Sebelum balik, kami singgah makan di Restoran Warisan. Malam tu kami singgah, kebetulan ada 1 kumpulan tradisional warisan yang memang dijemput untk membuat persembahan pada setiap hari Sabtu malam.
Tapi kami felt bad sebab meja kami bersebelahan je dengan tempat persembahan tu. CK dah memang sakit kepala malam tu sebab tak cukup tidur lagi bertambah sakit kepala bila dorg menyanyi terlampau kuat (speaker kat sebelah je..)
So bila nak bersembang tu memang dah tak dengar ape. Nak bercakap ngn orang sebelah pun kena cakap kuat2.. Strees jap masa tu. Dan makanan kat situ pun CK boleh bagi 5/10 je..
Ni je gambar yang ada..
Fuh..dah start rasa malas nak menaip ni.. Sebab tu ayat2 atas tu semua pendek2..haha..
K la.. Sampai sini je la dulu..
Pape pun thanks a lot pada yang memula plan nak buat xpdc ni dan semua buddies yang involved. Even plan yang mula2 tak jadi, still i'm so happy because dapat keluar ke tempat yang mendamaikan. You all so funny dengan kerenah memasing. toing toing toing..
Hope dapat join lagi..
♥ Kalau like, klik like ♥