I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, June 30, 2012

Last Exam 27 Jun 2012 I♥U


Assalamualaikum..

27 Jun 2012 adalah tarikh terakhir exam untuk final year CK..Alhamdulillah..Sekarang tinggal nak habiskan Latihan Industri pulak..Harap semuanya berjalan dengan lancar..

Malam tarikh tu, kami family tekno keluar ramai-ramai, dalam 20 orang semuanya.. Keluar dinner sama-sama dekat restoran Syarifah..Untuk cite detail pasal hangout ni, lain kali la CK story k..

Ni merupakan perjumpaan yang last sebelum kami semua berpisah ke tempat LI masing-masing..Dan insyaAllah, kami akan berjumpa lagi pada 21 Okt 2012 iaitu merupakan hari Konvo kami semua..Mudah-mudahan..

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan..Sungguh..hati ni memang berat nak meninggalkan kalian semua.. Adanya ketawa, sedih, gembira, kecewa, marah dan macam-macam lagi bila bersama kalian..Semua tu rencah kehidupan dalam berkawan..kalau bergembira je, mana nak rasa perkongsian kesedihan bersama kawan? Kalau selalu bersedih, bila nak rasa ketawa bersama rakan2?

Semua tu CK dapat rasa.. Mksh sebab sudi berkawan dengan CK..

Mksh untuk segala tunjuk ajar kalian..

Mksh untuk segala dorongan dan semangat yang kalian bagi kat CK..

Mksh sebab sudi berkongsi cerita dengan CK..

Mksh sebab sudi bersembang dengan CK..

Mksh sebab masih melayan segala kerenah CK walaupun CK selalu buat perangai yang macam baby-baby comel..hik3..

Mksh sebab sudi berkongsi makanan dan minuman dengan CK..Halalkan segala makan minum CK ye..

Mksh sebab tak lupa ajak CK kalau nak pergi mana2..

Mksh sebab jadi teman yang awesome sepanjang perkenalan kita..CK tak kan lupa..

Mksh sebab selalu buat CK ketawa bahagia bila bersama kalian..

Mksh..Mksh..Mksh...

Maafkan segala salah silap CK sepanjang perkenalan kita..Banyak yang CK buat salah..Yang buat kalian touching..Maaf sangat2..Jumpa lagi di lain waktu..

Kita hanya terpisah dek jarak..Harap hati dan ingatan antara kita tak ada penghalang untuk teruskan ukhwah ini..Sayaaaaannggg kawan2 CK sume..^_^




♥ Kalau like, klik like ♥


Friday, June 22, 2012

Pantai Yang Tidak Mempunyai Laut

Assalamualaikum semua..

Pepagi ni CK ada satu cite yang nak di story moly kan.. Tentang gosip Mak Jemah belakang rumah..hehe.. Meh dekat2 sikit..gosip2 tak boleh cakap kuat2..keh3..

Ape gosipnya?

Ce baca tajuk atas tu..Pantai Yang Tidak Mempunyai Laut..Pantai ape tu? (Kalau korang tak tau lagi, teruskan membaca ye..Kalau yang dah tau tu, buat2 tak tau then baca jugak tau!!..hihi..)

Meh CK nak story pasal pantai ni.. Nama diberi si Pantai Gulpiyuri ( Gulpiyuri Beach).. Nak sedap cikit Playa De Gulpiyuri.. Pantai ni terletak dekat Llanes, sebuah kota kecil di utara Sepanyol, di antara Punta Rociera dan Castro Molina.. Keluasan pantai ni cuma 40 meter panjang dan 15 meter lebar.. Keciknya!! Pantai ape kecik bebeno nih.. Nak naik banana bot pun tak lepas weh.. 


Kalau kita duduk depan tengok pantai ni, tak nampak macam laut biasa yang terbentang luas pun.. Yang kita nampak cuma kumpulan air masin dan tebing-tebing tinggi je..Cer tengok gambar bawah ni..



"Tipu la kau.. Tu nampak laut luas tu..bukan setakat nak naik banana bot, papaya bot pun boleh.."

Gambar atas ni belum di zoom ye..



Yang ni dah di zoom sikit..yang dalam bulatan tu..Cer bandingkan dengan gambar atas..Nampak tak lokasi sebenar kat mana?



Ni la pantai Gulpiyuri..Cantikkan?

Oleh sebab pantai ni kecik je, tak macam pantai-pantai yang lain, so jadi la nama pantai yang tak berlaut..

Celah mana datangnya air masin ni? Nampak macam tasik..Kalau tasik mesti airnya tawarkan? Ke manis? (Ok, mengarut..)

Air ni sebenarnya asal dari laut yang berjarak 100 meter dari pantai. Kan kat sebelah tu kita boleh nampak air laut? Air laut tu la yang masuk melalui gua yang berada di bawah tebing-tebing tu. Air tu masuk dan mengalir secara terus menerus.


Kat pantai ni kita tetap boleh lihat ombak yang menghempas pantai (amboi ayat..macam lirik lagu..), tapi tak ada la ombak gulung-gulung macam kat laut yang lain. Ombak dia ala-ala sopan gitu. Sedap la kalau nak mandi.. Pantai ni pun ada air pasang surut..


Oh ya..cakap pasal mandi tadi, air kat pantai ni memang sejuk..ala-ala sejuk macam mandi pagi kat Cameron Highlands jeh..(Macam aku penah mandi je kat pantai ni..) hak3..

Tapi menurut sumber la, air ni memang sejuk sebab air laut kat pantai ni kan masuk dari bawah melalui gua yang ada kat situ..confirm2 la sejuk kan sebab air dari gua..Nyamannya rasa wei..






Ni time air tengah surut agaknya..Rupa nak kering dah airnya..



Subhanallah..cantik sungguh kan pantai ni.. Ciptaan Allah..


Eh..Ada penyu kat pantai ni?
Haha..tipu je..ni gambar cilok kat lain..
Sekadar selingan..Sebab tetiba nampak cun plak penyu ni..

Kredit : Kepada semua laman2 yang ada beri info pasal pantai Gulpiyuri ni..( Banyak sangat sumbernya tadi..) Gambar2 ni semua bukan CK yang tangkap..Confirm2 la CK cilok kat google je kan..hehe.. Dan kredit kat page Anak-Anak Negeri Sembilan kat FB sebab dorang yang post pasal pantai ni dulu..Dari situ baru CK sedar kewujudan pantai yang comel kecil molek cenonet nih..huhu..

♥ Kalau like, klik like ♥

Tuesday, June 19, 2012

Exam, Mata Mengantuk, Nak Makan, Jiwa Kacau

Assalamualaikum..

Dah lama gak ek CK tak menghapdet blog..hari tu sebuk nak ciapkan thesis dan pembentangan viva.. dan sekarang sume tu dah lepas.. Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar..

Hari ni tak rasa nak menghapdet blog pun.. Penat dan busy sebab sekarang musim final exam dah..Tadi baru lepas paper yang ke 2..Ada lagi 2 paper lagi..waaa..Mata ngantuk!!!
Sedapnya kalau dapat tido cam benda alah ni..
Argghhh...aku mengantuk ni..
Sekarang ni tengah menunggu geng2 study CK sampai..nak study dulu sorang-sorang, tak de mood plak..(Padahal malasssss gileeerrrrr..)

Sementara nak tunggu tu hapdet la kejap..kang bulan ni entri sikit bebeno la plak..

Sebenornya CK tengah layan perasaan..Ewaahh...pelik plak bunyi dok layan perasaan..Dok dengar lagu TENTANG RASA nyanyian Astrid..Dorang kata ni lagu tema cite Vanila Coklat..

CK tak tahu pun tu lagu cite tu..CK bukan dok layan pun cite tu..Lagu ni pun dengar masa dalam bas semalam time OTW nak balik kolej lepas habis exam..keh3..

Dok layan lagu ni, tiba2 DUP DUP..DUP DUP..Alahai..nape hati rasa sedih ni.. Hati tersentap tadi..Emm..Cepat beno nak tacingnya..Tak pe la..telan je la ape2 pun walaupun ...

K la..nak study plak..Khamis ni ada paper lagi..Wish me luck..papai..^_^

*Mood : Rasa cam nak makan banyak2..

♥ Kalau like, klik like ♥

Saturday, June 9, 2012

Kek Batik vs Kek Coklat Kukus Cheese

Assalamualaikum..
Semalam CK bergigeh nak buat 2 jenis kek nih..(amboi..straight forward sungguh..)
Pagi CK buat kek batik..
Teringat kat kawan2 yang kata nak makan kek nih..so buat la demi kawan tersayang..keh3..
Nah!!..ambik gambar dulu..
Amboi..buruknya gambar..biasa la..tangkap gambar guna henset 33sekupang..

Malam pulak CK buat kek coklat kukus cheese..
Mulanya nak buat kek coklat biasa je..
Tapi ada seketul cheese pulak kat dalam peti ais..
Daripada membazir tak guna, baik CK campur dalam CK punya kek coklat..

Macam mana boleh datang cheese nih?
Mulanya CK teringin nak buat Tiramisu kat umah..
Yela..dah berapa lama teringin nak makan cik tiramisu tuh..
Balik umah dah plan baik punya nak buat..
Alih2 bahan tak de..Ada cheese je..
whipping cream ape sume tak ada..
So..nak wat cane..terpaksalah tukar resepi..
Nah ambik gambar nih..

Yang ni kek yang baru ciap..Punya la payah nak alih kek ni daripada loyang ke pinggan..


Time ni tengah pulun..gigeh nak potong and tangkap gambar..mak, akak, n abg lat dah tak sabar nak rasa..CK gigeh suh akak CK snap gambar ni dulu..gigeh dan pulun..

Yang ni CK baru snap guna henset 33sekupang..kek ni tengah ada dalam tapeware dalam bilik CK..kawan2 ku..meh la datang bilik CK..CK baru seminit dua sampai kat ukm nih..hehe..

♥ Kalau like, klik like ♥

Monday, June 4, 2012

Amalan terbalik yang selalu manusia buat..Betul?


Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain.

Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-


1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?


2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi.. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.


5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.


6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun.. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?


7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.


8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
From : Blog ni

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.

Sumber : Memang copy habis dari blog Because I looooooove fun..mksh ye tuan blog yang memberi kebenaran..^_^

*Amacam? Apa yang korang slalu buat tu ikut tuntutan Islam atau ikut sesedap rasa? keh3..Ada akal, ada otak, pikiaq sendiri..^_^

♥ Kalau like, klik like ♥

Saturday, June 2, 2012

Masterchef Di Bilik Sendiri

Assalamualaikum..
Hai semua..dah lunch? kalau dah, alhamdulillah..
CK pun baru je pas makan..

Cam biasa, selalu kalau time2 cam ni mesti update pasal makan..(yeke? bukan kau jarang update blog ke?) keh3..
Oleh sebab study week dah bermula, nak kua makan kat kafe jadi tersangat la malas..
Dan oleh sebab rakan2 pun dah ramai yang tengah selesa duduk kat umah, Ck pun kena la bawak diri sendiri..

Alternatif untuk cari makan sepanjang beberapa hari sebelum kawan2 balik ke ukm semula adalah :-
  1. Pegi pinjam periuk nasi kawan dulu sebelum dia balik rumah. Tanya dia balik UKM hari ape untuk pastikan berapa lama kau boleh pinjam dia punya periuk.
  2. Plan menu apa nak makan sepanjang kena tinggal sendiri2 ni.
  3. Listkan barang2 yang nak kena beli.  
  4. Pergi keluar beli barang-barang yang nak dimasak. Buat stok untuk beberapa hari.
  5. Mana-mana barang yang susah nak pergi beli, minta tolong kawan yang belikan..keh3..
  6. Asingkan barang basah dan kering. Pastikan yang mudah rosak dimasak dulu. Cth : Ayam dan udang.
  7. Ape tunggu lagi, pergi la masak!
Ishh..udah masak la..dah makan kenyang erkk alhamdulillah dah..

Menu semalam - Bihun Goreng Singapore
CK memang suka makan bihun ni. 1st time makan masa jamuan ape ntah dekat asrama waktu sekolah menengah. Time tu rasa cam seronok sangat dapat makan makanan yang lain dari yang lain sebab tak pernah rasa lagi bihun tu. Dah makan tu rasa macam.."Wah..sedapnya bihun ni.."

Semalam untuk dinner, 1st time CK try buat sendiri bihun tu..Nak kata jadi tu, tak tau la kan..tapi ikut tekak CK ok je..hehe..Senang pun senang nak memasaknya.. Oleh sebab CK adalah blogger yang sangat kecian sebab tak ada kamera nak tangkap gambar and upload kat entri, so CK cuma mampu menaburkan air liur je la kat sini..(EEEEE..gile geli kau nih!!) - Tak perlu la nak caps lock eeeee tu kan..gigeh..

Hanya mampu letak gambar hasil Pak Google jeh..;(
Rupa bihun dia lebih kurang camni la..nampak sedap tak? hehe..

Tak lupa jugak ayam goreng dijadikan side dish untuk makan dengan bihun singapore. nak tunggu ayam ni masak agak lama jugak la..Mana tak nya, goreng guna rice cooker je pun..hehe..Tapi rice cooker itu dah berjasa kepada perutku..hehe..

Menu hari ni - Nasi Putih, Tomyam Sayur Campur dan Ikan Bilis Goreng Pedas
Oleh sebab ayam dan udang mudah rosak, CK dah masak semua ayam n udang tu untuk dinner semalam. So, untuk hari ni tinggal sayur mayur je..Nak kasi nampak best cikit, CK wat sayur ala-ala tomyam gitu. Nak kata tomyam pure, tak la sebab banyak bahan2 untuk tomyam pure xde. Cth : Serai dan daun limau purut.

But rasa dia not bad..hahaha..puji diri sendiri..Ikan bilis sebagai lauk kecil-kecilan. Taruk cili api dan bawang, goreng dengan ikan bilis..Agak mengancam rasa dia..Kalau lagi pedas, lagi best..

Menu malam ni - Tak tahu lagi..hahaha..
Malam belum berlalu. So tak tahu la nak makan ape untuk malam ni..Kalau ada rezeki dan peluang, nak g pasar malam jeh..Senang, tak yah masak..Kalau tak de peluang tapi rezeki tu ada lagi, wat nasi goreng je la gamaknya..hehe..rezeki jugak tu..Alhamdulillah..

Sekian saja entri untuk kali ni..Saje nak layan perut yang tengah kenyang, tu yang buat entri pasal makan..hehe..pulunnya ekau!..^_~

♥ Kalau like, klik like ♥

Meh Baca Yang Ni Jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...